omniture

Systech dan Toppan Tandatangani Perjanjian Perkongsian Bawakan Penyelesaian Perlindungan Jenama ke Seluruh Dunia

Systech
2019-06-17 14:00 119

PRINCETON, New Jersey, 17 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Systech, peneraju global bagi keselamatan rantaian bekalan dan perlindungan jenama, serta Toppan Printing (Toppan), sebuah syarikat pencetakan global yang terkemuka dan penginovasi bagi pempakejan produk dan penyelesaian keselamatan, telah menandatangani perjanjian pelesenan global selama lima tahun bagi menyepadukan teknologi digital e-Fingerprint® Systech ke dalam tawaran penyelesaian pencetakan Toppan.

Alami Hebahan Berita Berbilang Saluran interaktif di sini:
https://www.multivu.com/players/English/8471151-systech-toppan-partnership-brand-protection-solutions/

Ara Ohanian, Ketua Pegawai Eksekutif Systech, berkata "Pembenaman teknologi e-cap jari ke dalam tawaran Toppan yang terkenal menjanjikan pempakejan pintar pada skala global yang luas."  

Kolaborasi ini membolehkan Systech dan Toppan menyediakan penyelesaian perlindungan jenama inovatif yang memerangi pemalsuan dan mencegah pelencongan produk pada skala global. Gabungan tawaran ini juga membantu jenama-jenama berlindung daripada hakisan pendapatan akibat daripada kecurian rantaian bekalan dan paling penting, melindungi pengguna daripada produk-produk yang mungkin berbahaya.

Takeshi Kabayama, ketua Pusat Perniagaan Platform Toppan menambah, "Kami berbangga untuk mengukuhkan perkongsian kami dengan Systech. Penyelesaian keselamatan jenamanya yang unik, terbukti dan bukan aditif memanfaatkan kod bar dan pempakejan produk sedia ada untuk menghasilkan tanda pengenalan unik yang tidak boleh ditiru. Gabungan kepakaran kami melindungi ekuiti jenama dan menyediakan keselamatan pengguna."

Jenama-jenama pembuatan utama mengguna pakai teknologi sedia ada dengan pesat bagi memerangi isu pemalsuan dan pelencongan produk yang semakin meningkat. Walau bagaimanapun, banyak unsur pempakejan ini bersifat aditif dan mahal. Pencerobohan rantaian bekalan global semakin meningkat dan ia menjadi lebih sukar untuk mengesan dan menjejak produk-produk sebenar dengan teknologi ketinggalan zaman yang boleh direplikasi.

Statistik yang ditunjukkan adalah mengejutkan dengan syarikat-syarikat membelanjakan lebih $150 bilion setiap tahun dalam pempakejan antipemalsuan aditif. Segala-galanya daripada hologram, cap dan dakwat khas, tera air, kepada tag RFID digunakan – kesemuanya menambah kos dan perubahan pengeluaran dengan keputusan yang marginal. Teknologi Systech bersifat bukan aditif dan berkesan kos serta boleh dilaksanakan dengan mudah pada produk sedia ada dan tertib pengeluaran pelabelan.

Latar Belakang Systech 
Systech merevolusikan perlindungan jenama. Selama lebih 30 tahun, jenama-jenama global bergantung pada perisian canggihnya untuk memerangi pemalsuan, mencegah pelencongan produk dan memenuhi pematuhan kawal selia. Inovasi telah berakar umbi dalam DNA Systech—dengan asal usul permulaan dalam visi mesin termaju kepada mempelopori penyirian farmaseutikal dan mengubah kebolehkesanan dan pengesahan bukan aditif. Penyelesaian perisian Systech memastikan produk adalah tulen, selamat dan terhubung dalam seluruh rantaian bekalan—bermula dari pembuatan hinggalah ke tangan pengguna.

Latar Belakang Toppan
Toppan ialah penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian bersepadu dalam bidang-bidang pencetakan, komunikasi, keselamatan, pempakejan, bahan hiasan dan barangan elektronik. Menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan dalam setiap sektor perniagaan dan industri, pasukan global Toppan melibatkan lebih 50,000 kakitangan menawarkan penyelesaian optimum yang didayakan oleh kepakaran dan teknologi yang utama dalam industri bagi menangani pelbagai cabaran yang dihadapi oleh syarikat dan masyarakat dalam pasaran yang pantas berubah hari ini. Untuk maklumat lanjut kunjungi www.toppan.com/en atau ikuti Toppan di LinkedIn https://www.linkedin.com/company/toppan-printing/

Perhubungan Media:

Jefferson Barr, Naib Presiden Pemasaran, Systech
Jefferson.barr@systechone.com

Bahagian Perhubungan Awam, Toppan Printing
kouhou@toppan.co.jp

Source: Systech
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Broadcast feed announcements Contracts New products/services