omniture

Taiwan Expo Bakal Mengagumkan Pulau Pinang Kali Pertama

12 pavilion dan 6 kategori untuk meningkatkan kolaborasi Malaysia-Taiwan bermula 5 Julai
Taiwan External Trade Development Council (TAITRA)
2019-06-18 15:11 124

PENANG, Malaysia, Jun 18, 2019 /PRNewswire/ -- Taiwan Expo kembali ke Malaysia berikutan sambutan hebat acara tersebut di Kuala Lumpur sejak dua tahun lalu. Pameran Taiwan Expo dianjurkan oleh TAITRA. Tahun ini, Taiwan Expo 2019 akan diadakan di Pulau Pinang untuk bertemu dengan ramai lagi rakyat Malaysia pada 5 dan 6 Julai. Pameran ini mempunyai 6 kategori yang disesuaikan untuk pelan pembangunan Pulau Pinang, termasuk kategori Industri 4.0, teknologi hijau, perubatan, produk halal, fesyen, budaya dan pelancongan. 

Sejak 2017, penganjur acara ini Bureau of Foreign Trade, BOFT (Biro Perdagangan Luar Negeri) dan TAITRA telah berusaha gigih menengahkan Taiwan Expo sebagai satu platform untuk masyarakat Malaysia mengenali Taiwan dengan lebih mendalam. Sebanyak 88% daripada pengunjung telah menyuarakan hasrat mereka untuk melawat Taiwan dalam masa yang terdekat. Di tahun-tahun yang lepas, acara ini telah menerima seramai 42,000 pengunjung dan berjaya mencetuskan peluang perniagaan berjumlah USD 86 juta.

Taiwan Expo 2019 akan disertai lebih daripada 100 pengilang di 110 gerai pameran. 12 pavilion bertema dan 2 kawasan pameran dipilih untuk menonjolkan kekuatan penyelidikan dan pembangunan, kapasiti pengeluaran dan kewibawaan pemasaran Taiwan. Contohnya Smart & Greentech, peneraju Taiwan dalam Industri 4.0, rawatan pintar, runcit pintar serta solusi rendah karbon dan cekap tenaga untuk bandar pintar.

Pelbagai khidmat rawatan dan perubatan canggih dari Taiwan akan diperkenalkan seperti rawatan kanser TerapiPhoton, pemindahan sum-sum tulang dan rawatan sel, cermin mata perubatan pertama di dunia yang mampu mengurangkan komplikasi pembedahan ortopedik dan mesin semburan pembasmi kuman pertama di dunia yang hanya memerlukan input air.

Tambahan lagi, Taiwan Halal & Bubble Tea Pavilion akan memperkenalkan pelbagai produk terbaik dari Taiwan yang disahkan halal untuk menguatkan lagi kerjasama teknikal di antara industri halal Malaysia dan Taiwan. Antara acara menarik di ekspo ini termasuklah sesi perkongsian Taiwan Halal Bubble Tea dan masakan Nyonya menggunakan ramuan halal dari Taiwan. Acara ini akan diketuai oleh Nurilkarim, chef selebriti dari Pulau Pinang.

Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang ekspo ini termasuk mesyuarat perniagaan, sidang media, seminar, demonstrasi produk dan pertunjukan kebudayaan untuk memperkenalkan sektor pelancongan, pendidikan, kebudayaan dan lain-lain industri Taiwan kepada masyarakat Malaysia.

Taiwan Expo akan berlangsung pada 5 dan 6 Julai di Setia SPICE Convention Centre, Pulau Pinang dari 10am ke 6pm. Kemasukan adalah percuma.

Source: Taiwan External Trade Development Council (TAITRA)
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Food/Beverages Health Care/Hospital Travel Trade show news Future Events