omniture

Modul Mono-Tuang GCL SI Sumbang kepada Masa Depan Tenaga Mesra Alam Jepun

GCL System
2019-06-20 11:29 309

SUZHOU, China, 20 Jun 2019 /PRNewswire/ -- GCL System Integration Technology Co. Ltd (GCL SI), penyedia sistem tenaga pintar dan bersepadu secara sehenti yang terkemuka di dunia, telah membekalkan modul-modul solar Mono-Tuang terkininya kepada dua projek tenaga mesra alam yang dimulakan oleh SB Energy, subsidiari milik penuh Jepun SoftBank Group Corp.

SB Energy mengumumkan bahawa ia akan membina dua stesen kuasa fotovolta berskala luas di Wilayah Tochigi dan Hokkaido yang mempunyai modul-modul solar yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh GCL System. Kedua-dua stesen kuasa solar dijadualkan untuk membuat sambungan grid pada lewat tahun 2019.

"Kami berasa gembira untuk menawarkan teknologi dan produk solar baharu kami kepada SB Energy dan menyumbang kepada masa depan tenaga mesra alam Jepun," kata Eric Luo, Pengerusi GCL System. "Modul-modul mono-tuang kami akan menyediakan kedua-dua tapak tersebut dengan penjanaan kuasa berkecekapan tinggi dan andal untuk memenuhi keperluan tenaga wilayah tersebut."

Tapak Tochigi milik persendirian yang berkeluasan 42,000 meter persegi itu, setelah siap, akan memiliki output fotovolta sehingga 2.0MW dan output grid kira-kira 1.5MW, menjana kuasa setanding dengan penggunaan kuasa elektrik biasa untuk 687 isi rumah atau sekitar 2,474,000 KWh.

Output kuasa modul PV bagi stesen Hokkaido berkeluasan 63,000 meter persegi itu dijangka mencecah 3.1MW dengan output grid sekitar 2.0MW, lalu dapat menjana kuasa yang mencukupi untuk 1,053 isi rumah atau 3,792,000 KWh.

Di lokasi seperti Hokkaido, yang mana suhunya boleh jatuh ke negatif 10 darjah Celsius manakala curahan salji boleh mencecah kedalaman 20 sentimeter, penjagaan yang teliti perlu diambil untuk memastikan operasi yang berterusan. Bagi menghadapi keadaan cuaca yang teruk, sudut pemasangan modul-modul fotovolta sengaja ditetapkan kepada 30 darjah bagi menjamin penjanaan kuasa sepanjang tahun.

"Modul-modul Mono-Tuang" yang dibekalkan oleh GCL System menggabungkan pembuatan sel monohabluran dengan teknologi penuangan jongkong berbilang habluran bagi mencapai tahap kecekapan sehingga 19.4 peratus. Modul ini mengguna pakai sel-sel 158.75mm yang memiliki kadar degradasi yang rendah hasil daripada kandungan oksigen yang rendah – 40 mata peratusan lebih rendah berbanding monohabluran. Selain itu, Modul-modul Mono-Tuang dapat meningkatkan kecekapan dengan menyediakan lebih 2% ruang bagi menyerap cahaya berbanding modul-modul PERC mono.

"Modul-modul Mono-Tuang" GCL SI disediakan sebagai modul 60-kepingan 310-325W atau modul 72-kepingan 375-390W.

Latar Belakang GCL System 

GCL System merupakan sebahagian daripada GCL Group, konglomerat tenaga global, Syarikat Tenaga bukan milik negara yang terbesar di China dengan tumpuan pada tenaga baharu, tenaga bersih dan perkhidmatan yang berkaitan. Penyepaduan GCL System kini beroperasi di seluruh dunia dan mempunyai lima pangkalan pengeluaran modul di tanah besar China dan satu di Vietnam, dengan kapasiti pengeluaran 6GW, dan tambahan 2GW kapasiti bateri berkecekapan tinggi, menjadikannya pengeluar modul yang bertaraf dunia. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.gclsi.com/

Latar Belakang SB Energy 

SB Energy, subsidiari SoftBank Group Corp., ialah sebuah syarikat tenaga boleh diperbaharui yang terkemuka di Jepun. Setakat Mei 2019, ia mempunyai 39 loji dengan kapasiti penjanaan kuasa 456.1 MW (bersamaan dengan kuasa yang diperlukan untuk membekalkan kepada kira-kira 143,179 isi rumah) di Jepun dan 50MW ladang angin di Gurun Gobi Mongolia. SB Energy bermatlamat untuk menyebarkan dan meluaskan penggunaan tenaga boleh diperbaharui yang berasal daripada sumber semula jadi seperti penjanaan kuasa solar berskala luas (Solar Mega) dan kemudahan penjanaan kuasa angin. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.sbenergy.co.jp/en/  

Source: GCL System
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities