omniture

Sektor Perniagaan berpangkalan di Massachusetts Merck Dinamakan 'Tempat Terbaik untuk Bekerja' oleh Boston Business Journal

Merck
2019-06-21 23:11 106

- Perniagaan Sains Hayat, Penjagaan Kesihatan dan Bahan Prestasi termasuk dalam senarai majikan terbaik Massachusetts berprestij bagi tahun 2019

DARMSTADT, Jerman, 21 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa sektor-sektor perniagaan yang berpangkalan di Massachusetts dinamakan ke dalam senarai "Tempat Terbaik untuk Bekerja" tahunan oleh Boston Business Journal. Merck dipilih berdasarkan respons tinjauan yang diberikan oleh pekerja.

"Pengiktirafan ini memperlihatkan komitmen kami untuk membina budaya yang membolehkan bakat kami berkembang maju dan orang ramai dapat menikmati kerjaya yang mendatangkan kepuasan – khususnya di Boston, salah satu hab bioteknologi yang paling kompetitif di dunia," kata Chris Ross, jurucakap negara untuk sektor-sektor perniagaan berpangkalan di A.S. Merck. "Kami akan terus bekerja keras untuk menarik bakat terbaik, memastikan golongan wanita mendapat laluan ke arah kepimpinan dan membantu memastikan kawasan Boston kekal menjadi tempat yang hebat untuk bekerja dan menetap."

Ini merupakan tahun ke-17 Boston Business Journal menerbitkan senarai Tempat Terbaik untuk Bekerja dan buat julung kalinya Merck berjaya dengan ketiga-tiga perniagaan A.S. berpangkalan di Massachusetts tersenarai. Syarikat ini berjaya dalam kategori syarikat amat besar dan merupakan salah sebuah daripada hanya sembilan syarikat amat besar yang berjaya. Tempat Terbaik untuk Bekerja memberi pengiktirafan kepada majikan terkemuka di kawasan tersebut yang melangkaui norma untuk memupuk persekitaran kerja yang bermakna serta menyeronokkan dan berdasarkan keputusan tinjauan pekerja dalaman.

Syarikat-syarikat Tempat Terbaik untuk Bekerja tahun ini dibahagikan kepada lima kategori berbeza: Amat kecil (20 hingga 49 pekerja), kecil (50 hingga 99 pekerja), sederhana (100 hingga 249 pekerja), besar (250 hingga 999 pekerja) dan amat besar (1,000 pekerja ke atas). Merck mempunyai kira-kira 2,900 pekerja di Massachusetts.

Tinjauan Tempat Terbaik untuk Bekerja oleh Boston Business Journal dan pemberian skor respons selanjutnya disediakan dengan kerjasama Quantum Workplace.

Ikuti Merck di Twitter @Merckgroup, di Facebook @merckgroup dan di LinkedIn.

Semua siaran berita Merck diedarkan melalui e-mel dan dalam masa yang sama turut tersedia di laman sesawang Merck. Sila layari www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar secara dalam talian, menukar pilihan anda atau menghentikan perkhidmatan ini.

Latar Belakang Merck
Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, beroperasi merentas segmen penjagaan kesihatan, sains hayat dan bahan prestasi. Sekitar 52,000 kakitangan bekerja untuk membawa perubahan positif kepada berjuta-juta kehidupan individu saban hari dengan mencipta cara yang lebih menyeronokkan dan mampan untuk menjalani kehidupan. Bermula dengan memajukan teknologi penyuntingan gen dan menemui cara-cara unik bagi merawat penyakit yang paling mencabar hinggalah kepada mendayakan kecerdasan peranti, Merck berada di merata-rata tempat. Pada tahun 2018, Merck menjana jualan sebanyak €14.8 bilion di 66 negara.

Penerokaan saintifik dan keusahawanan bertanggungjawab menjadi kunci kepada kemajuan teknologi dan saintifik Merck. Dengan cara inilah Merck berkembang maju sejak ditubuhkan pada tahun 1668. Keluarga pengasas kekal sebagai pemilik majoriti syarikat senaraian awam ini. Merck memegang hak global kepada nama dan jenama "Merck". Satu-satunya pengecualian ialah Amerika Syarikat dan Kanada, yang mana sektor-sektor perniagaan Merck beroperasi sebagai EMD Serono dalam bidang penjagaan kesihatan, MilliporeSigma dalam sains hayat dan EMD Performance Materials.

 

Source: Merck
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Awards