omniture

Sirtex Medical mencapai detik penting penghantaran ke-100,000 dos pesakit mikrosfera resin SIR-Spheres® Y-90

Sirtex Medical
2019-06-24 21:00 90

Pakar dan kakitangan diiktiraf atas peranan mereka dalam pencapaian bersejarah ini dan impak yang dibuat terhadap kehidupan pesakit

WOBURN, Massachusetts, 24 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Sirtex Medical, pengilang terkemuka terapi kanser hati disasarkan, hari ini mengumumkan penghantaran ke-100,000 dos pesakit mikrosfera resin SIR-Spheres® Y-90, rawatan untuk pesakit kanser hati. * Lebih daripada 1,000 penyedia penjagaan kesihatan dan sistem hospital di seluruh dunia menawarkan rawatan ini.

"Kejayaan ini tidak mungkin dapat dilakukan tanpa sokongan profesional penjagaan kesihatan di seluruh dunia, bersama-sama dengan pelaburan besar Sirtex dalam program klinikal Onkologi Intervensi kami. Kami juga amat berbangga untuk mempunyai pekerja yang berdedikasi yang mengutamakan pesakit dan memberi tumpuan kepada pencapaian kecemerlangan dalam usaha mereka untuk meningkatkan kualiti dan panjang umur hidup pesakit," kata Kevin Smith, Ketua Pegawai Eksekutif interim Sirtex. "Bagaimanapun, ini adalah yang pertama daripada banyak peristiwa penting kerana kami terus berusaha untuk membangunkan kaedah-kaedah baharu untuk meningkatkan penghantaran mikroskop resin SIR-Spheres Y-90 dan memajukan standard penjagaan."

Sejak penubuhan syarikat, Sirtex komited untuk menyediakan latihan, sokongan dan pendidikan terbaik dalam kelas kepada pasukan pelbagai disiplin yang menjaga pesakit dengan kanser hati untuk memastikan mereka yang mendapat manfaat sebaik-baiknya daripada terapi sinaran dalaman mempunyai akses kepada rawatan dan penjagaan ini. Mencapai tanda dos ke-100,000 ialah pengiktirafan usaha di seluruh dunia untuk mengembangkan jangkauan rawatan yang disasarkan kepada hati dengan terapi mikrosfera resin SIR-Spheres Y-90.

"Penyelidikan klinikal telah lama menunjukkan manfaat Terapi Radiasi Dalaman Selektif (SIRT) dengan mikrosfera resin SIR-Spheres Y-90 untuk pesakit dengan metastasis hati kolorektum di Amerika Syarikat. Prosedur invasif minima ini direka untuk mengawal tumor hati, dan pada masa yang sama dapat diterima dengan baik oleh pesakit dan mengekalkan kualiti hidup pesakit1,2," kata Dr. Charles Nutting, seorang pakar Radiologi Intervensi Fellowship Terlatih yang Disahkan Lembaga, yang di Minimally Invasive Treatment Specialists di Colorado di mana beliau menumpukan pada terapi kanser yang disasarkan pada hati. Pada tahun 2002, Dr. Nutting merupakan doktor pertama yang mengendalikan mikrosfera resin SIR-Spheres Y-90 di A.S.. "Saya rasa berbesar hati dan teruja untuk meneruskan kerjasama dengan Sirtex bagi memberikan rawatan ini kepada pesakit A.S.."

Profesor Thomas Helmberger, Pengerusi Jabatan Radiologi, Neuroradiologi dan Perubatan Nuklear di Klinikum Bogenhausen di Munich, Jerman, melaksanakan SIRT pertama di Eropah, Timur Tengah dan Afrika dengan mikrosfera resin SIR-Spheres Y-90 pada tahun 2002. "Ini ialah pilihan rawatan yang boleh dilaksanakan yang saya galakkan pesakit untuk dipertimbangkan sebagai sebahagian daripada rancangan penjagaan mereka," kata Pr. Helmberger. "Saya berbangga untuk menyertai Sirtex dan komuniti perubatan dalam meraikan peristiwa penting ini."

Profesor Guy van Hazel, Pakar onkologi Perubatan di Mount Hospital di Perth Barat dan Profesor Klinikal di Sekolah Perubatan dan Farmakologi di University of Western Australia, terlibat dalam pembangunan awal mikrosfera resin SIR-Spheres Y-90. Beliau mengulas, "Ini ialah pilihan rawatan yang penting untuk para pesakit saya dan ia satu detik sejarah yang membuatkan saya gembira kerana terlibat dalam usaha ini."

* Di Amerika Syarikat, mikrosfera resin SIR-Spheres Y-90 menerima Kelulusan Prapasaran (PMA) daripada FDA dan diarahkan untuk rawatan tumor hati metastatik tidak boleh dibedah daripada kanser kolorektum primer dalam kombinasi dengan kemoterapi arteri intrahepati menggunakan floksuridina. Mikrosfera resin SIR-Spheres Y-90 diluluskan untuk rawatan tumor hati tidak boleh dibedah di Australia, Kesatuan Eropah, Argentina, Brazil, Kanada dan beberapa negara di Asia, seperti India dan Singapura.

Latar Belakang Terapi Radiasi Dalaman Selektif (SIRT) menggunakan mikrosfera resin SIR-Spheres Y-90
Mikrosfera resin SIR-Spheres Y-90 ialah peranti preskripsi untuk rawatan tumor hati tidak boleh dibedah. Ia merupakan rawatan invasif minima yang memberikan dos tinggi radiasi beta tenaga tinggi langsung kepada tumor. SIRT diberikan kepada pesakit oleh ahli radiologi intervensi, yang memasukkan berjuta-juta mikrob resin radioaktif melalui kateter ke arteri hati yang membekalkan darah kepada tumor. Dengan menggunakan bekalan darah tumor, mikrosfera secara selektif menyasarkan tumor hati dengan dos radiasi yang sehingga 40 kali lebih tinggi daripada radioterapi konvensional, dan pada masa yang sama mengekalkan tisu yang sihat.

Latar Belakang Sirtex
Sirtex Medical ialah perniagaan penjagaan kesihatan global dengan pejabat di A.S., Australia, Jerman dan Singapura, yang berusaha untuk menambah baik keputusan rawatan pada penghidap kanser. Produk utama kami ialah terapi radiasi bersasaran untuk kanser hati yang dikenali sebagai mikrosfera resin SIR-Spheres Y-90. Lebih daripada 100,000 dos telah dibekalkan untuk merawat pesakit dengan kanser hati di lebih daripada 1,000 pusat perubatan di lebih 40 negara. Untuk maklumat lanjut, lawati www.sirtex.com.

SIR-Spheres® ialah tanda dagang berdaftar Sirtex SIR-Spheres Pty Ltd.

Rujukan
1 Kennedy A., Cohn M., Coldwell D.M. et al. (2017). "Updated survival outcomes and analysis of long-term survivors from the MORE study on safety and efficacy of radioembolization in patients with unresectable colorectal cancer liver metastases," Journal of Gastrointestinal Oncology. 8(4): 614-624. Tersedia di: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5582033/, diakses pada 06/05/2019.
2 Cosimelli M., Golfieri R., Cagol P.P. et al (2010). "Multi-centre phase II clinical trial of yttrium-90 resin microspheres alone in unresectable, chemotherapy refractory colorectal liver metastases," British Journal of Cancer. 103(3): 324–331. Tersedia di: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20628388, diakses pada 06/07/2019.

DOC ID: 196-EUA-0619  

Photo - https://mma.prnewswire.com/media/926923/Sirtex_Medical_Logo.jpg

Source: Sirtex Medical
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals