omniture

GAC Motor Perluas Kehadiran dalam Pasaran Serantau menerusi Pertumbuhan Luar Negara yang Mantap

GAC Motor
2019-06-25 03:26 265

GUANGZHOU, China, 25 Jun 2019 /PRNewswire/ -- GAC Motor telah bergiat aktif dalam pasaran global akhir-akhir ini, melancarkan beberapa model baharu di Timur Tengah, membuka empat kedai pengedar di Ecuador serta membuat persiapan untuk melancarkan GS8 dalam pasaran Rusia lewat tahun ini.

En. Yu Jun, Presiden GAC Motor, mendedahkan kemas kini rancangannya untuk menembusi pasaran Rusia di Pameran Motor Antarabangsa St. Petersburg 2019
En. Yu Jun, Presiden GAC Motor, mendedahkan kemas kini rancangannya untuk menembusi pasaran Rusia di Pameran Motor Antarabangsa St. Petersburg 2019

"GAC Motor komited untuk merealisasikan kehadiran jenama global dan telah mengukuhkan usaha-usaha untuk meluaskan perkongsian antarabangsa ke seluruh dunia," kata Yu Jun, Presiden GAC Motor.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, GAC Motor menyaksikan perkembangan mantap sejak melancarkan strategi pengantarabangsaannya dan kini berada di 16 negara menerusi produk-produk termasuk sedan, SUV dan MPV serta diiktiraf sebagai jenama auto yang terkemuka dalam beberapa pasaran. Pada tahun 2018, GAC Motor melaporkan peningkatan 69% berbanding tahun sebelumnya dalam jualan antarabangsa.

Persidangan Pengedaran Antarabangsa GAC Motor 2019
Persidangan Pengedaran Antarabangsa GAC Motor 2019

Sejak awal tahun 2019, GAC Motor terus menambah baik operasi antarabangsanya, meningkatkan daya saing global jenama. Subsidiari Rusia GAC Motor, GAC Motor RUS, yang merupakan percubaan pertama untuk syarikat mengendalikan sebuah subsidiari luar negara secara bersendirian, memulakan operasi pada awal April dan telah memulakan persiapan untuk tujuan pelancaran produk serta pembukaan kedai-kedai baharu.

Pada April tahun ini, GAC Motor menganjurkan Persidangan Pengedar Antarabangsa 2019 bagi membincangkan tentang pembangunan perniagaan global bersama pengedar-pengedar seluruh dunia. Semasa berlangsungnya persidangan berkenaan, Yu menyatakan: "Kami akan terus melabur bagi menyokong pengedar dan rakan kongsi kami untuk mewujudkan model kolaborasi yang berjaya."

GAC Motor International Limited Dibuka di Hong Kong
GAC Motor International Limited Dibuka di Hong Kong

Pada bulan Mei, GAC Motor International Limited, subsidiari milik penuh GAC Motor dibuka di Hong Kong akan berperanan sebagai platform GAC Motor untuk tujuan modal, bakat dan pelaburan, mengoptimumkan proses penerimaan dan pembayaran serta bekerjasama dengan institusi-institusi kewangan bagi menyediakan perkhidmatan pemilikan inventori kepada pengedar-pengedar antarabangsa. Bersama-sama subsidiari Rusia milik syarikat dan subsidiari-subsidiari luar negara yang lain, ia akan menyokong strategi GAC Motor dari segi kehadiran jenama global.

Selain itu, GAC Motor turut berusaha untuk mendekati lebih ramai pengguna global dengan pelbagai cara. Syarikat ini menjadi rakan kongsi kereta rasmi Miss Universe Myanmar 2019 pada bulan Mei. Hampir seminggu lalu, di Kalayaan Cup, perlumbaan ketahanan selama 12 jam untuk pelumba-pelumba tegar Filipina, pasukan perlumbaan GAC Motor membawa pulang anugerah emas dalam beberapa kategori sebagai pendatang baharu acara tersebut.

Untuk memberi respon kepada maklum balas pasaran yang positif, GAC Motor merancang untuk mempercepatkan usaha peluasan antarabangsa sekaligus terus memperkenalkan model-model baharu kepada pasaran-pasaran berbeza di seluruh dunia, mengambil bahagian dalam acara-acara perindustrian global utama serta melancarkan kempen-kempen pemasaran luar negara.

Untuk maklumat lanjut tentang GAC Motor, sila kunjungi: 
http://www.gac-motor.com/ 

Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor  
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor   
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor    
YouTube: http://www.youtube.com/c/GACMotorOfficial   

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190624/2505866-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190624/2505866-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190624/2505866-1-c

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Transportation Corporate Expansion