omniture

JCB lantik Mach 1 di Malaysia Barat

JCB
2019-06-25 09:00 137

SINGAPURA, 25 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Mach 1 telahpun dilantik sebagai pengedar rasmi JCB di Malaysia Barat. Mach 1 akan beroperasi dari dua pusat jualan, perkhidmatan dan alat ganti JCB bersepadu unggulannya di Shah Alam dan Johor Bahru berserta empat cawangan jualan dan perkhidmatan tambahan yang dirancang untuk dibangunkan oleh syarikat tidak lama lagi pada tahun 2019.

Mach 1 memiliki pemahaman yang mendalam tentang pasaran, selain keperluan pelanggan Malaysianya. Menerusi jaringannya di Malaysia Barat, Mach 1 berkedudukan sempurna untuk menyediakan pelanggannya dalam sektor-sektor Pembinaan, Perindustrian, Minyak & Gas serta Perladangan dengan akses yang ketara lebih baik kepada pelbagai rangkaian produk JCB, selain membawakan ketersediaan perkhidmatan penyelenggaraan dan alat ganti yang komprehensif.

Pan Chee Seng, Pengarah Eksekutif Kumpulan, Mach 1 Group: "Saya berasa gembira kerana JCB memilih kami untuk seluruh Malaysia Barat. JCB ialah jenama yang sentiasa menarik minat saya dan saya yakin dengan pengalaman kami bahawa kami akan dapat memberi sokongan bertaraf dunia kepada pelanggan kami."

Mach 1 akan memastikan pelanggan dapat menikmati akses mudah kepada rangkaian produk JCB. Gabungan kemudahan pelanggan Mach 1 di Shah Alam dan Johor Bahru menawarkan 10 ruang servis dan 30 kakitangan berdedikasi yang terlatih sepenuhnya, disokong oleh kakitangan jualan dan selepas jualan yang mempunyai pengalaman sehingga 25 tahun lamanya. Pelanggan boleh mengharapkan sokongan bertaraf dunia dengan faedah-faedah program bantuan kerosakan, perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan JCB.

Vipin Sondhi, Ketua Pegawai Eksekutif JCB untuk India, Asia Tenggara dan Pasifik: "Mach 1 berkongsi cita-cita yang sama dengan JCB untuk menjadi pembekal peralatan pembinaan nombor satu di Malaysia. Kesediaan mereka untuk melabur dalam kakitangan, latihan, proses serta pengedaran bermakna Mach 1 mempunyai dorongan dan kesungguhan yang sama dengan JCB untuk berkhidmat kepada pelanggan."

JCB ialah nama hebat dan merupakan salah satu nama yang paling lama bertapak kukuh dalam industri pembinaan di Malaysia. Rancangan segera dan jangka panjang Mach 1 adalah untuk memanfaatkan nilai jenama ini bagi memacu bahagian pasaran 5% semasa JCB kepada 10% bahagian pasaran dalam tempoh 5 tahun. Ini memperlihatkan cita-cita JCB di rantau ini untuk meletakkan produk, kakitangan dan alat ganti yang tepat bagi mengatasi pasaran pada tahun 2019.

Max Lytle, Pengarah Urusan, JCB Asia Tenggara: "Saya berasa gembira kerana Mach 1 dan JCB akan berganding bahu. Kami berasa kagum dengan pendekatan Mach 1 yang mengutamakan pelanggan dalam seluruh jenama sedia adanya dan saya yakin pendekatan ini akan menyediakan pelanggan JCB dengan produk serta sokongan selepas jualan yang diperlukan oleh mereka untuk menyokong operasi mereka."

 

Source: JCB
Keywords: Construction/Building Licensing/marketing agreements