omniture

NGO Alam Sekitar Terkemuka Bersatu Gesa Liputan Pemerhati 100% terhadap Kapal Penangkapan Ikan Tuna Perindustrian

NGO Tuna Forum
2019-06-26 00:08 102

PITTSBURGH, 26 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Sebanyak 13 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) alam sekitar terkemuka yang memberi tumpuan pada pemuliharaan ikan tuna global hari ini mengumumkan bahawa mereka teguh bersama-sama menggesa Organisasi-organisasi Pengurusan Penangkapan Ikan Serantau (RFMO) yang mengawal selia penangkapan ikan tuna di Lautan Hindi, Pasifik, Atlantik dan Lautan Selatan bagi menuntut liputan pemerhati ke atas semua kapal penangkapan ikan tuna perindustrian.

NGO ini terdiri daripada Birdlife International, Conservation International, The Earthworm Foundation, Ecology Action Centre, Environmental Defense Fund, Fishwise, Greenpeace, International Seafood Sustainability Foundation (ISSF), Monterey Bay Aquarium, The Nature Conservancy, PEW Charitable Trusts, Sustainable Fisheries Partnership dan World Wildlife Fund. Berikut merupakan kenyataan mereka.

Penangkapan ikan tuna yang tidak dipantau adalah sesuatu yang tidak dapat diterima.

Dalam kebanyakan kegiatan penangkapan ikan tuna di seluruh dunia, kekurangan pemantauan bebas terhadap aktiviti penangkapan ikan bermakna banyak aspek yang tidak dapat kita lihat  – termasuk banyak masalah pemuliharaan dan pematuhan yang diketahui seperti penangkapan ikan secara haram, penangkapan yang disalah lapor atau tidak dilapor dan tangkapan sampingan spesies-spesies yang terancam, hampir terancam & terlindung. Apa yang tidak dapat dilihat menimbulkan risiko terhadap stok ikan, perikanan dan juga syarikat yang membeli ikan tuna.

Organisasi-organisasi Pengurusan Penangkapan Ikan Serantau (RFMO) berkuasa untuk mengurangkan risiko-risiko ini dengan menuntut liputan pemerhati 100%– manusia dan/atau elektronik – ke atas kapal penangkapan ikan tuna perindustrian. 100% liputan pemerhati memberi jalan untuk mengurangkan isu-isu pemuliharaan dan pematuhan yang memberi risiko terhadap stok ikan tuna, ekosistem lautan dan rantaian bekalan ikan tuna.

Liputan pemerhati 100% boleh dan perlu dilaksanakan dalam masa terdekat. Tiada lagi alasan yang munasabah untuk menangguhkannya.

Kami komited untuk bekerjasama bagi menjadikan liputan pemerhati 100% suatu kenyataan. Sertai kami dalam menyokong liputan pemerhati 100% dalam seluruh RFMO tuna.

#unmonitoredunacceptable  

NGO-NGO ini akan mendapatkan sokongan meluas daripada firma komersial, organisasi perikanan, organisasi dan yayasan pemuliharaan untuk keperluan liputan pemerhati 100% dalam seluruh RFMO dan agensi perikanan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan stok ikan tuna global.

Para pengguna boleh menyertai NGO ini dalam gesaan mereka terhadap liputan pemerhati 100% ke atas kapal penangkapan ikan tuna perindustrian dengan menurunkan tandatangan mereka pada kenyataan sokongan di atas dengan mengklik pautan berikut: #UnmonitoredUnacceptable .

DARIPADA:  Yellow Bridge Communications 
Perhubungan Media: Samantha Bridger
Samantha.Bridger@yellowbridgecommunications.com 
724-272-1757

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/927639/SOS_Logo.jpg  

Source: NGO Tuna Forum
Keywords: Environmental Products & Services Maritime/Shipbuilding Transportation Advocacy Group Opinion Conservation/Recycling Environmental Issues Public Interest