omniture

MSB (Erstwhile Maritime Bank) Tingkat Pengalaman Pelanggan Dengan Xelerate® SunTec

Perkenal keupayaan baharu untuk guna Pengubahsuaian Produk, Harga Pengecualian Berdasarkan Hubungan, Pengurusan Tawaran, dan Automasi Kutipan Yuran
SunTec
2019-06-26 11:28 128

THIRUVANANTHAPURAM, India dan SINGAPURA, 26 Jun 2019 /PRNewswire/ -- SunTec, peneraju dalam pengurusan hasil, penentuan harga berdasarkan hubungan, pengebilan, dan perancangan pengalaman pelanggan, mengumumkan kejayaan pelancaran Sistem Sentrik Pelanggan, yang dikuasakan oleh Xelerate® SunTec, di MSB (dahulunya dikenali sebagai Maritime Bank), Vietnam. Pelaksanaan ini akan memperkasakan lagi MSB dengan keupayaan tambahan untuk berinovasi, menawarkan dan menguruskan produk & perkhidmatan berpusatkan pelanggan secara berkesan untuk setiap segmen sasaran dan membawakan kegembiraan kepada pelanggan berharganya melalui tawaran yang diperibadikan di peringkat pelanggan.

MSB bermatlamat untuk membawakan pengalaman terbaik kepada pelanggan dan melabur dengan banyak dalam transformasi digital. Bank ini berpendapat transformasi digital sebagai alat kritikal untuk memahami keperluan pelanggan dengan lebih baik, melayan mereka dengan lancar, dan menyediakan pengalaman pelanggan yang terbaik secara konsisten. Pelaksanaan Xelerate® SunTec merupakan pencapaian penting dalam perjalanan ini ke arah membina infrastruktur IT yang tangkas dan fleksibel dan pendekatan berpusatkan pelanggan yang membina hubungan yang sangat terlibat.

MSB, dengan keupayaan unik Xelerate™ SunTec ini, kini boleh mensegmenkan pelanggan perbankan runcitnya secara automatik, berdasarkan kepada pelbagai parameter perniagaan pratakrif; ini membolehkan MSB untuk memperkenalkan produk & perkhidmatan yang disesuaikan untuk setiap segmen sasaran pada masa nyata. Pengenalan keupayaan harga pengecualian ini merupakan satu lagi pengubah industri kerana ia melengkapkan bank dengan keupayaan tambahan yang berkaitan IT untuk menawarkan dan menguruskan harga berdasarkan hubungan secara lebih berkesan sehingga peringkat pelanggan.

MSB telah mula memanfaatkan fungsi-fungsi Sistem Sentrik Pelanggan yang beraneka untuk meningkatkan kecekapan operasi, pengalaman pelanggan, dan penawaran produknya. Berdasarkan sistem ini, kini MSB dapat memberi perkhidmatan kepada pelanggannya dengan lebih cepat dan tepat melalui penghargaan automatik untuk urusniaga pelanggan. Di MSB, kini juruwang tidak lagi perlu lagi untuk meminta pelanggan menunggu sementara mengira yuran urus niaga secara manual; yuran yang berkaitan kini boleh dikira dan dipaparkan pada skrin juruwang serta merta oleh sistem secara automatik. Xelerate™ SunTec seterusnya telah membolehkan bank untuk mereka pakej / tawaran produk yang berasingan untuk memenuhi pelbagai keperluan setiap segmen pelanggan. Salah satu tawaran disesuaikan yang dilancarkan oleh MSB baru-baru ini ialah M-Saving yang menawarkan kadar faedah utama istimewa sehingga 8.9% untuk pelanggan yang mempunyai simpanan dalam talian dan akaun CASA dengan MSB. Maklum balas adalah sangat positif dengan perolehan ketara untuk semua pelanggan yang mendaftar bagi tawaran M-Savings dan bank.

Nanda Kumar, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif SunTec, berkata, "Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan MSB dalam perjalanan transformasi digital mereka. Kami sedang berusaha ke arah matlamat bersama untuk mencipta keterlibatan pengalaman pelanggan yang lebih beraneka, kontekstual dan pelaksanaan ini merupakan lonjakan yang hebat ke arah memacu pengayaan dalam perbankan digital. 

Saya juga teruja bahawa kami kini mempunyai penyelesaian yang boleh digunakan dengan cepat untuk semua saiz Bank untuk meningkatkan inovasi produk dan keupayaan pengurusan pengalaman pelanggan mereka dengan cepat, tanpa perlu menggantikan penyelesain perbankan teras mereka yang sedia ada."

Ketua Pegawai Eksekutif MSB, En Quang Huynh Buu, menambah: "SunTec telah membantu mempercepatkan perjalanan transformasi digital kami, dan fungsi Xelerate membolehkan kami untuk meningkatkan kualiti penglibatan dengan pelanggan kami dengan ketara. Mengautomasi penawaran dan proses pelanggan kami memberikan kami kefleksibelan yang amat diperlukan untuk menyediakan pelbagai pilihan produk kepada pelanggan, yang seterusnya memberikan kami kelebihan berbanding bank-bank lain. Ini adalah fasa yang menarik untuk MSB sewaktu kami meningkatkan keupayaan inovasi digital kami dan membawa pengurusan hubungan pelanggan kami ke peringkat seterusnya."

Untuk mengetahui lebih tentang penawaran perkhidmatan kewangan SunTec termasuk suit produk Xelerate®nya, sila layari https://www.suntecgroup.com/industry/financial-services/ 

Latar Belakang MSB (sebelum ini dikenali sebagai Maritime Bank)

MSB telah ditubuhkan dalam tahun 1991, dengan ibu pejabat berdaftar di Hanoi, Vietnam. MSB kini merupakan salah sebuah daripada bank komersial terkemuka di Vietnam. Bank ini mempunyai hampir 300 cawangan di seluruh negara, melayani lebih daripada 1.8 juta pelanggan individu dan kira-kira 40,000 pelanggan PKS dan telah menyediakan produk dan perkhidmatan perbankan kewangan cemerlang yang menyeluruh. Dengan strategi perniagaan yang jelas, kepimpinan yang mantap daripada pasukan pengurusan yang berbakat dan berpengalaman, dan tenaga kerja yang berdedikasi dan kreatif yang terdiri daripada lebih 6,000 kakitangan, MSB yakin dapat mencapai sasarannya untuk menjadi bank komersial terbaik di Vietnam.

Bank ini telah melabur secara berterusan dalam peningkatan platform teknologi ini, produk, dan kualiti perkhidmatan yang lebih baik berdasarkan kepada pemahaman terhadap permintaan pelanggan; membangunkan sumber manusia, mewujudkan persekitaran bekerja yang profesional dan berprestasi tinggi dan khususnya memberi tumpuan kepada formulasi model bank dan tadbir urus risiko yang berdasarkan piawaian antarabangsa untuk memastikan pertumbuhan yang kukuh dan mampan.

Latar Belakang SunTec

Di SunTec Business Solutions, kami membantu para pelanggan meningkatkan nilai seumur hidup bagi hubungan pelanggan mereka melalui pengurusan hasil yang berkesan dan pengurusan pengalaman pelanggan masa nyata. Kami ialah pembekal terkemuka bagi penyelesaian pengurusan pengalaman bukan hanya kepada perkhidmatan kewangan tetapi juga industri perkhidmatan digital dan komunikasi. Dengan legasi pelaksanaan di 40+ negara, SunTec ialah rakan kongsi bank dan penyedia perkhidmatan digital dan komunikasi terkemuka dunia yang dipercayai. Beribu pejabat di India, kami mempunyai pejabat-pejabat kami di AS, UK, Jerman, Emiriah Arab Bersatu dan Singapura.

Dengan satu pasukan kakitangan yang berkemahiran tinggi dan model pembangunan produk yang sangat inovatif, kami membantu para pelanggan kami untuk sentiasa kekal berada di hadapan dalam kecanggihan teknologi. Suit produk yang stabil, matang dan fleksibel, Xelerate® sering dijadikan penanda aras untuk prestasi yang optimum. Digandingkan dengan pandangan daripada pakar industri dan pelan hala tuju masa depan yang kukuh, Xelerate® terus membangun bersama pasaran. Boleh bersepadu dengan mana-mana ekosistem dengan lancar, ini merupakan produk terpantas untuk dilaksanakan. Baca lebih lanjut tentang SunTec: www.suntecgroup.com

Untuk pertanyaan media, hubungi:
SunTech:
Anoop M George
Ketua Korporat & Pemasaran Digital
Emel: anoopmg@suntecgroup.com

MSB
Do Dinh Bao Ngoc
Ketua Komunikasi dan Hubungan Awam
Emel: ngocddb@msb.com.vn

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/927544/SunTec_Logo.jpg

 

Source: SunTec
Keywords: Banking/Financial Service Computer Networks Computer/Electronics Contracts New products/services