omniture

Aluminium China & Lightweight Asia 2019 Terus Tonjolkan Kemajuan dalam Industri Ringan Automotif

Reed Exhibitions (China)
2019-07-02 09:00 268

SHANGHAI, 2 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Aluminium China dan Lightweight Asia 2019, yang akan diadakan oleh Reed Exhibitions pada 10-12 Julai, akan mempamerkan lembaran baharu dalam industri aluminium dengan meneroka trend pembuatan mesra alam yang terlibat dalam pembangunan dan produk dalam pelbagai industri, khususnya industri automotif.

Automobil Ringan Adalah Kuncinya 

Penggunaan kenderaan aluminium ringan dapat menggabungkan penjimatan tenaga dengan pengurangan emisi menerusi penggunaan bahan baharu untuk digunakan dalam pengeluarannya.

Bahan-bahan ringan biasa dibahagikan kepada kategori logam dan bukan logam. Bahan-bahan logam terutamanya termasuk keluli berkekuatan tinggi, aloi magnesium dan aluminium manakala bahan-bahan bukan logam termasuk plastik kejuruteraan dan bahan komposit.

Pameran Perdagangan Ringan Automobil Asia tahun ini akan melibatkan forum tentang Aplikasi Inovatif Teknologi Ringan Automotif dan Bahan Berkaitan selain Forum Antarabangsa tentang Aplikasi Inovatif Kenderaan dan Komposit Tenaga Baharu bagi meneroka aspek ini.

Dengan pertumbuhan kenderaan ringan, jumlah aluminium yang digunakan dalam setiap kenderaan di China meningkat secara berperingkat-peringkat, khususnya dalam kenderaan untuk tujuan pengangkutan penumpang.

Menurut statistik daripada Persatuan Industri Logam Bukan Ferum China, pada tahun 2010 purata penggunaan aloi aluminium untuk kenderaan penumpang di China ialah 99kg. Hasil daripada kemajuan teknologi, galakan dasar dan pembangunan kenderaan tenaga baharu, penggunaan aloi aluminium ini meningkat kepada 142 kg bagi setiap kereta pada tahun 2017 dan 156kg bagi setiap kereta pada tahun lalu.

Forum Teknologi Pemprosesan Ringan Automotif dan Aplikasi Inovatif Bahan Berkaitan akan melihat kepada aspek perkembangan teknologi dan ceramah penting daripada OEM serta pembekal komponen auto dari seluruh dunia untuk membincangkan topik-topik termasuk percantuman dan pembentukan serta penggunaan bahan-bahan berkaitan seperti keluli, aluminium dan magnesium dalam automobil.

Dengan kerjasama cnfrp.com, pihak penganjur akan melancarkan Forum Antarabangsa tentang Aplikasi Inovatif Kenderaan dan Komposit Tenaga Baharu di Lightweight Asia, yang menonjolkan kemajuan teknologi dalam bidang ini seperti peranan bahan-bahan komposit berprestasi tinggi yang baharu dalam kenderaan tenaga baharu.

Aluminium China 2019 dan Lightweight Asia 2019, dianjurkan oleh Reed Exhibitions, akan berlangsung dari 10 hingga 12 Julai di Shanghai. Pengunjung-pengunjung boleh mendapatkan tiket untuk acara ini dengan berkunjung ke: www.aluminiumchina.com/en atau www.lightweightasia.com/en

Perhubungan Media:
Julia Zhu
Tel: +86 10 5933 9054
Emel: julia.zhu@reedexpo.com.cn

Source: Reed Exhibitions (China)
Keywords: Auto Mining/Metals Transportation Trade show news