omniture

Risen Energy terus kukuhkan pasaran PV Vietnam

Projek PV 50 MW Bitexco di Vietnam berjaya disambungkan kepada grid
Risen Energy Co., Ltd
2019-07-03 23:11 260

NINGBO, China, 3 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Memastikan kos di bawah kawalan dan menyediakan sambungan berpatutan kepada grid merupakan dua kunci kejayaan untuk pembuat PV yang beroperasi dalam pasaran solar antarabangsa, dengan pemaksimuman faedah-faedah yang dapat diberikan oleh stesen-stesen janakuasa PV kepada masyarakat setempat menjadi faktor utama untuk syarikat-syarikat PV utama yang ingin meningkatkan daya saing mereka. Risen Energy, penyedia penyelesaian PV berpangkalan di China yang terkemuka yang didagangkan sebagai saham-A pada Bursa Saham Shenzhen China, baru-baru ini mengumumkan bahawa projek stesen janakuasa solar 50MW NHI HA yang dimiliki oleh subsidiari Bitexco Group yang berpangkalan di Vietnam, Thap Cham Solar, yang melaluinya Risen Energy berjaya memenangi bidaan pada Oktober lalu, berjaya disambungkan kepada grid. Kualiti tinggi projek ini menjadikannya projek yang mewakili kemudahan-kemudahan PV yang disambungkan kepada grid di Vietnam sebelum 30 Jun, lalu membolehkan kemudahan ini mendapat manfaat daripada subsidi tarif galakan (FiT) seluruh negara untuk pemasangan PV.

Risen Energy further strengthens Vietnamese PV market, while Bitexco’s 50 MW PV project in Vietnam completes connection to the grid
Risen Energy further strengthens Vietnamese PV market, while Bitexco’s 50 MW PV project in Vietnam completes connection to the grid

Bitexco Group ialah salah satu daripada sepuluh pemaju pusat membeli belah dan hotel terbaik di Vietnam, selain menjadi penyedia kejuruteraan hidraulik serta perkhidmatan kejuruteraan jalan raya dan juga lebuh raya. Kemudahan 50 MW milik subsidiarinya terletak di Ninh Thuan, Vietnam. Risen Energy, kontraktor kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC), menyediakan kemudahan dengan 5 komponen voltan tinggi 1500 V grid utama. Risen Energy berkata bahawa kejayaan sambungan grid bukan sahaja membantu syarikat mendapat manfaat daripada subsidi ini, tetapi turut memberi akses kepada penduduk tempatan kepada kuasa PV bersih yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Kemudahan ini juga akan terus meningkatkan dan mengoptimumkan struktur tenaga tempatan di Vietnam.

Vietnam, sebuah negara Asia Tenggara yang mana lebih 85% stesen janakuasa PV (apabila diukur mengikut saiz) milik kemudahan awam negara ini, bakal mencapai kapasiti dipasang sebanyak 12 GW bagi kilang PV menjelang tahun 2030. Dengan tujuan untuk terus mempromosikan pembangunan pasaran PV Vietnam, pihak kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan insentif PV baharu dan akan menetapkan terma-terma subsidi berdasarkan keamatan radiasi solar dan jenis projek di kawasan-kawasan berbeza. Sebelum pelaksanaan dasar baharu, stesen-stesen janakuasa yang disambungkan kepada grid di Vietnam menikmati harga 9.35 US sen bagi setiap kilowatt jam (kWj).

Zhuang Yinghong, pengarah pemasaran global Risen Energy, berkata, "Dengan teknologi cekap dan keupayaan kerja berpasukan yang mantap daripada Risen Energy, projek ini berkembang dengan jayanya kepada sambungan grid sebelum tarikh akhir 30 Jun. Sebelum projek ini, projek PV 61MW Risen Energy dengan Tasco, sebuah syarikat yang berpangkalan di Vietnam, turut disambungkan kepada grid. Projek-projek ini meningkatkan keyakinan kami untuk terus berkembang ke dalam pasaran Vietnam. Kini kami sedang mempercepatkan pembangunan portfolio dalam pasaran-pasaran di luar negara asal kami mengikut hala tuju kami, dengan matlamat untuk meningkatkan kesedaran terhadap jenama kami selain peranan kepimpinan kami dalam pasaran-pasaran luar negara."

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190702/2511626-1

Source: Risen Energy Co., Ltd
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities