omniture

Keputusan Undian Peminat diperoleh untuk PUBG MOBILE Star Challenge 2019

VSPN
2019-07-09 11:33 347

16 Pencipta Permainan Terbaik Akan Mara ke Peringkat Seterusnya

SHANGHAI, 9 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Pusingan pertama undian peminat untuk PUBG MOBILE Star Challenge 2019 (PMSC 2019) telahpun selesai minggu ini, yang menandakan permulaan acara e-sukan mudah alih inovatif ini yang menghimpunkan pencipta-pencipta permainan YouTube kegemaran peminat dan pemain-pemain profesional PUBG MOBILE terbaik dari serata dunia.

PUBG MOBILE Star Challenge 2019
PUBG MOBILE Star Challenge 2019

PMSC 2019 dianjurkan oleh VSPN, dibenarkan oleh Tencent Games dan PUBG Corporation, dibawakan oleh Google Play dan disiarkan secara eksklusif di YouTube. Direka bagi tujuan interaksi peminat yang maksimum, PMSC 2019 membawakan cabaran dalam permainan yang menarik, undian peminat, siri video YouTube yang eksklusif serta Pusingan Akhir selama dua hari di Taipei dengan jumlah hadiah terkumpul sebanyak USD $250,000. Antara 1 Julai hingga 7 Julai, peminat-peminat setia menuntut agar suara mereka didengari dengan mengundi untuk memilih 16 pencipta permainan YouTube kegemaran mereka untuk mara ke peringkat seterusnya. Dalam bahagian perjalanan mereka seterusnya, 16 pencipta ini akan digandingkan dengan pasukan-pasukan profesional PUBG MOBILE yang terbaik di dunia untuk merebut gelaran PMSC 2019 , manakala perjalanan di belakang tabir mereka didokumentasikan dalam siri mini 6 episod. Bermula dengan adegan mengeratkan hubungan pasukan hinggalah kepada keterujaan kemenangan, PMSC 2019 bertujuan untuk merakamkan detik-detik yang paling menarik perhatian dan memberi akses barisan depan kepada wira-wira e-sukan mereka.

"VSPN sentiasa berusaha untuk membawakan pengalaman esukan yang terbaik kepada peminat kami," kata Danny Tang, pengasas bersama VSPN, yang turut menyelia perniagaan global VSPN. "Kami teruja untuk berkolaborasi dengan Google Play dan PUBG MOBILE untuk membawakan PMSC 2019 pada musim panas ini bagi meraikan pencipta permainan dan pemain profesional daripada komuniti PUBG MOBILE. Ini merupakan pencapaian penting untuk VSPN tatkala kami berkembang ke seluruh dunia - kami akan terus mencipta kandungan e-sukan yang baharu dan menarik untuk peminat-peminat kami di seluruh dunia."

Tempat Luar Talian VSPN
Tempat Luar Talian VSPN

"PUBG MOBILE ialah salah satu permainan mudah alih yang paling popular di dunia. Ia menarik minat berjuta-juta pemain dengan ciri-ciri corak permainan yang menarik dan pelbagai acara serta kolaborasi," kata James Yang, Pengarah Esukan Global PUBG MOBILE di Tencent Games. "Perkongsian kami dengan VSPN telah dapat menjayakan acara-acara yang inovatif seperti PMSC 2019 dan kami teruja untuk berkolaborasi bagi membawakan PUBG MOBILE ke pentas yang jauh lebih besar pada masa depan."

PMSC 2019 secara rasminya sedang dijalankan dengan lebih banyak kandungan menarik untuk diikuti! Ketahui lebih lanjut di laman sesawang rasmi PMSC 2019.

Latar Belakang VSPN

Ditubuhkan pada tahun 2016 dan beribu pejabat di Shanghai, VSPN (Versus Programming Network) ialah penyedia pengalaman esukan yang terbesar di Asia. VSPN menumpukan perniagaannya kepada penganjuran e-sukan, penerbitan dan pengedaran kandungan e-sukan, pengkomersialan e-sukan dan tempat e-sukan luar talian.

Untuk maklumat lanjut tentang VSPN, sila kunjungi https://global.vspn.com/
Ikuti berita terkini VSPN di FacebookTwitterYouTubeInstagram.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190708/2517988-1
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190708/2517988-1-a

Source: VSPN
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Sports Telecommunications Licensing/marketing agreements