omniture

Sunseap siapkan ladang solar 168MW di Vietnam dengan modul monohabluran berkecekapan tinggi LONGi Solar

LONGi Solar
2019-07-11 02:08 280

Phan Rang - Thap Cham, Vietnam, 11 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Pada 3 Julai, Sunseap International mengumumkan penyiapan projek ladang solar bernilai US$150 juta di Vietnam dan telah menyambungkannya kepada grid nasional sebelum tarikh akhir pada 30 Jun.

Projek dibina dengan modul monohabluran kecekapan tinggi Hi-MO 1 LONGi Solar
Projek dibina dengan modul monohabluran kecekapan tinggi Hi-MO 1 LONGi Solar

Projek ini dibangunkan oleh Sunseap dan InfraCo Asia dan dibina dengan modul-modul monohabluran berkecekapan tinggi Hi-MO 1 LONGi Solar.

Terletak di wilayah Ninh Thuan di bahagian pantai selatan Vietnam, projek ini ditauliahkan sebagai sebahagian daripada PPA kuasa solar 20 tahun yang dimeterai pada separuh kedua tahun 2018. Ia akan menjual bekalan elektrik dengan tarif galakan solar sebanyak 9.35 sen AS bagi setiap kilowatt jam.

Loji solar 168 MWp akan memberi kuasa kepada kira-kira 192,000 buah rumah dan mengurangkan emisi karbon sebanyak 240,000 tan setiap tahun.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190709/2519417-1
Logo -
https://photos.prnasia.com/prnh/20181108/2292512-1-LOGO

Projek dibina dengan modul monohabluran kecekapan tinggi Hi-MO 1 LONGi Solar

 

Source: LONGi Solar
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Licensing/marketing agreements