omniture

Produk Awan Persendirian Evolvable ECS Baharu daripada EasyStack

EasyStack
2019-07-13 02:06 275

BEIJING, 13 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Pada 24 Mei 2019, EasyStack, sebuah syarikat pengkomputeran awan sumber terbuka, melancarkan produk awan persendirian generasi terkini ECS (Perkhidmatan Awan EasyStack). Ia merupakan platform awan dengan ciri-ciri yang direka dan disediakan mengikut awan persendirian yang sebenar.

Berbeza dengan awan persendirian tradisional direka khas dan dilaksanakan sedikit demi sedikit, keupayaan utama awan persendirian generasi seterusnya ini dimodelkan untuk memenuhi tuntutan persekitaran yang rumit dan data yang terdapat di sebalik persiapan tembok api terjamin pelanggan perusahaan. Secara ringkasnya, keupayaan untuk membina awan persendirian yang bertumpu pada data pelanggan dan dalam masa yang sama mempunyai platform berbilang awan yang dapat mengurus pelbagai penyedia awan awam dan persendirian. Ciri-ciri yang sama penting seperti keserasian dengan ekosistem perkakasan dan perisian yang luas, membolehkan kewujudan bersama aplikasi perusahaan generasi baharu dan tradisional untuk berfungsi dan beroperasi, ciri-ciri EVOLVABLE apabila bertindak balas kepada persekitaran yang rumit dalam perusahaan perniagaan, namun menawarkan pengalaman berasaskan pengguna yang menyerupai awan awam.

Hasil daripada penggunaan persendirian infrastruktur awan, awan persendirian generasi baharu menawarkan faedah-faedah berikut:

Pertama, dengan mengaplikasikannya kepada peringkat perniagaan, ECS menyokong aplikasi perusahaan generasi baharu seperti Awan, Mudah Alih, IoT, Data Raya dan AI;

Kedua, dengan menyediakan pengalaman Platform sebagai satu Perkhidmatan (PaaS), ia menyokong banyak jenis aplikasi melalui pembinaan awan persendirian dan awam merentas Paas berasaskan Kubernetes yang boleh dikongsi berdasarkan ekosistem yang sebahagian besarnya didominasi oleh PaaS sumber terbuka; bahkan, pelanggan perusahaan boleh memilih untuk membangunkan Paas atas-permintaan baharu dalam infrastruktur awan dan menampungnya mengikut senario dan/atau industri tertentu;

Ketiga, pelaksanaan Infrastruktur sebagai satu Perkhidmatan (IaaS), ia dapat menawarkan pengalaman pengguna kepada pelanggan perusahaan sama seperti awan persendirian. Khususnya, ia bukan sahaja menyediakan projek siap guna yang lengkap bermula dengan pengaturan, penyerahan, pengendalian & penyelenggaraan (O&M) kepada penaiktarafan, tetapi juga membawakan model perkhidmatan bayar-setiap-penggunaan, mengalihkan perniagaan dan teknologi ke era perkhidmatan awan daripada era perisian awan;

Keempat, pertimbangkan perjalanan evolusi produk. Pilihan terbaik untuk evolusi awan persendirian generasi baharu ialah ekosistem sumber terbuka berdasarkan pendekatan peralihan. Memastikan awan persendirian generasi baharu serasi dan sejajar dengan ekosistem sumber terbuka, dari satu sisi, membolehkannya serasi sepenuhnya dengan komuniti dan dari satu sisi yang lain, memenuhi keperluan pelanggan melalui pendekatan reka bentuk dan penyepaduan berasaskan senario. Ini merupakan satu kemestian untuk menggantikan awan rekaan khas dengan penyelesaian berasaskan senario yang setara dalam persekitaran yang rumit dan turut berpotensi membawa kepada ekosistem PaaS yang dipertingkat.

Liu Guohui, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Teknologi EasyStack, menekankan: "Berbeza apabila boleh dinaik taraf, ciri EVOLVABLE memerlukan satu evolusi dalam keupayaan produk, kemodularan produk dan senario sokongan. Ini bermakna, EVOLVABLE perlu memastikan kebolehan berevolusi keupayaan perkhidmatan pada platform awan itu sendiri; EVOLVABLE juga bermakna ia perlu berupaya untuk beradaptasi dengan seni bina hiper tertumpu yang bersedia untuk awan yang menyepadukan perkakasan dan perisian, awan persendirian, awan industri dan penyelesaian berbilang awan yang digunakan merentas faktor bentuk modular yang berbeza; dan akhirnya dari segi senario sokongan, EVOLVABLE membawakan keupayaan untuk memenuhi keperluan perusahaan yang pelbagai merentas pengkomputeran, rangkaian, blok binaan storan, kepada storan komersial dan SDN komersial (Perangkaian Tentuan Perisian), daripada virtualisasi kepada kluster logam-terdedah dan bekas, serta daripada DevOps kepada IoT."

Tumpuan penting yang jelas menonjol ialah keupayaan untuk melaksanakan penaiktarafan fungsi ciri produk tanpa sebarang kesan kepada beban kerja perniagaan sedia ada - merupakan satu unsur paling penting apabila mengaplikasikan pengalaman pengguna yang konsisten kepada penggunaan awan persendirian dan awam. Turut dikenali sebagai penaiktarafan lancar, sewaktu proses sedang dijalankan, ia mempunyai tiga ciri utama: pengguna perniagaan tidak menyedari penaiktarafan ini, tiada pemindahan data diperlukan dan tiada gangguan perkhidmatan. Ini bermakna semua aktiviti perniagaan yang berfungsi pada awan, termasuk operasi platform awan diteruskan seperti biasa semasa penaiktarafan produk iaitu sama seperti kenderaan tenaga baharu dipandu seperti biasa apabila sistemnya dinaik taraf dan hakikat bahawa anda boleh membuat panggilan atau menggunakan aplikasi pada telefon pintar anda apabila anda melakukan penaiktarafan pada platform sistem operasinya.

Pertanyaan Media:
Adrian Koh, Perniagaan Antarabangsa
Emel Internet: adrian.koh@easystack.io

 

Source: EasyStack
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics New products/services