omniture

Gwangju bakal anjur kejohanan dunia FINA terbesar seumpamanya

The FINA World Championships Gwangju 2019 Organizing Committee
2019-07-15 11:08 579

GWANGJU, Korea Selatan, 15 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Kejohanan Akuatik Dunia FINA 2019 akan bermula pada hari Jumaat, dengan upacara perasmian dijadualkan berlangsung pada jam 8:20 malam. Gwangju, 330 kilometer di selatan Seoul, ialah tuan rumah Asia ketiga acara ini, selepas Fukuoka, Jepun pada tahun 2001 dan Shanghai China pada tahun 2011.

A diver trains at Nambu University Municipal Aquatics Center in Gwangju, 330 kilometers south of Seoul, in preparation for the FINA World Aquatics Championships
A diver trains at Nambu University Municipal Aquatics Center in Gwangju, 330 kilometers south of Seoul, in preparation for the FINA World Aquatics Championships

Di bawah slogan "Terjun menuju Keamanan", pertandingan di Gwangju akan berperanan sebagai permulaan kepada Sukan Olimpik Musim Panas 2020 di Tokyo, dengan beberapa kedudukan Olimpik dipertaruhkan.

Pertandingan tahun ini akan menjadi yang terbesar seumpamanya, dengan 2,639 atlet dari 194 negara telah mendaftar pada tarikh akhir 3 Julai lalu. Acara terdahulu di Budapest dua tahun lalu disertai 2,303 atlet dari 177 negara. Pada tahun 2015 di Kazan, Rusia, seramai 2,413 atlet dari 184 negara bersaing.

Sehingga 28 Julai, atlet-atlet ini akan bersaing untuk 76 pingat emas dalam acara renang, acara terjun, polo air, renang berirama, renang perairan terbuka dan terjunan aras tinggi.

Dengan 82 atlet, tuan rumah Korea Selatan akan mempunyai pasukan kejohanan dunia yang terbesar. Terdapat 29 atlet dalam acara renang, 26 atlet dalam polo air, 11 atlet dalam renang berirama, lapan atlet dalam acara terjun manakala lapan atlet dalam renang perairan terbuka.

Atlet sensasi Amerika Caeleb Dressel akan menjadi salah seorang bintang antarabangsa terhebat. Beliau berjaya merangkul tujuh pingat emas dalam acara renang kategori lelaki pada kejohanan dunia yang lalu pada tahun 2017 untuk menyamai pencapaian Michael Phelps dengan gelaran terbanyak dalam satu pertandingan. Dressel akan mencuba untuk mengulangi pencapaian hebat tersebut di Gwangju, malah Phelps yang hebat itu belum pernah berpeluang untuk memenangi tujuh gelaran dunia dalam kejohanan dunia berturut-turut.

Seorang lagi bintang renang lelaki, Sun Yang dari China, akan mengejar gelaran keempat berturut-turut dalam kategori gaya bebas 400m lelaki.

Bagi kategori wanita pula, Katie Ledecky dari Amerika akan berusaha untuk mencatat semula kemenangan dalam buku rekod di Gwangju. Dari tahun 2013 hingga 2017, Ledecky memenangi tiga pingat emas, iaitu dalam kategori 400m, 800m dan 1,500m gaya bebas menerusi tiga kejohanan dunia berturut-turut. Beliau memegang rekod dunia dalam ketiga-tiga acara dan akan berusaha untuk memenangi pingat bagi ketiga-tiga jarak berkenaan menerusi gelaran dunia keempat berturut-turut yang belum pernah dicapai sebelum ini.

Ledecky telahpun memegang rekod untuk gelaran dunia terbanyak oleh perenang wanita, dengan 14 gelaran.

Sarah Sjostrom dari Sweden, yang telah bersaing di kejohanan-kejohanan dunia sejak tahun 2009, akan berusaha untuk menambah jumlah pingat beliau dengan tujuh pingat emas, empat pingat perak dan satu pingat gangsa. Tiga daripada pingat emas berkenaan diperoleh pada tahun 2017.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190712/2523308-1

Source: The FINA World Championships Gwangju 2019 Organizing Committee
Keywords: Sporting Events Sports Awards Future Events