omniture

Rali Kukuh dalam Emas Menandakan Pelancaran Jualan Token NVM pada 15 Julai

Novem
2019-07-15 11:13 141

Token utiliti NVM Novem akan memberi diskaun bagi pembelian emas dan meletakkan pengguna pada kedudukan paling menguntungkan untuk membeli emas pada rantaian blok

VADUZ, Liechtenstein, 15 Julai 2019 /PRNewswire/ -- NovemGold, cara yang lebih baik untuk membeli emas, mengumumkan bahawa ia mengadakan jualan awam pertama bagi token utiliti NVM. Pusingan pertama jualan ini akan bermula pada 15 Julai. Ini akan memberi peluang pertama kepada pengguna untuk membeli token NVM Novem Gold yang akan memberi diskaun 2% untuk token Emas NNN Novem, serta diskaun sehingga 5% untuk bulion emas.

 

Novem Gold Leadership: (Left to Right) Mario Schober, Founder & Head of Trading, Wolfgang Schmid, Founder & Gold Visionary, Christoph Klocker, CTO, Andreas Kalteis, CEO.
Novem Gold Leadership: (Left to Right) Mario Schober, Founder & Head of Trading, Wolfgang Schmid, Founder & Gold Visionary, Christoph Klocker, CTO, Andreas Kalteis, CEO.

 

Jualan Novem Gold bertepatan dengan harga emas yang melonjak ke kadar tertinggi dalam lebih lima tahun, akhirnya melangkaui had $1,350. Pakar-pakar berkata bahawa rali dalam emas boleh menjadi petanda krisis ekonomi global yang dipacu oleh perang perdagangan dan mata wang antara A.S., Eropah dan China. Rali berkenaan dijangka berterusan apabila mata wang fiat yang semakin lemah berdepan inflasi, krisis hutang dan perubahan dasar monetari. 

Mata wang kripto merupakan satu lagi wadah yang selamat untuk pelabur yang ingin bebas daripada ketidakpastian yang berkaitan dengan kerajaan. Bitcoin telah mencecah satu lagi tahap tinggi bagi tahun 2019 manakala Libra Facebook membawakan mata wang kripto kepada kesedaran arus perdana menerusi 2.38 bilion penggunanya.

"Ketidakpastian ekonomi sekali lagi mendorong orang ramai mencari jalan untuk menyimpan kekayaan yang selamat dan bebas daripada kerajaan. Keadaan ini membawa kepada kenaikan harga emas dan mata wang kripto – serta menjadikan masa yang tepat untuk membeli NVM," kata Andreas Kalteis, Ketua Pegawai Eksekutif Novem Gold.

"Dengan membeli token NVM sekarang, anda akan berada di kedudukan sempurna untuk mendapat harga yang terbaik bagi token NNN, satu pelaburan dalam emas yang mempunyai kadar boleh tebus yang lebih besar berbanding mana-mana token emas yang lain dan dipertaruhkan kepada nilai bulion emas, yang telah bertahan selama ribuan tahun."

Novem Gold ialah satu lanjutan bagi perniagaan dagangan emas yang berdekad-dekad lamanya di Austria. Mereka akan membuka 100 outlet jualan di seluruh Eropah. Token NVM boleh digunakan di outlet jualan serta rantaian blok.

Novem Gold akan menggunakan keuntungan daripada outlet jualan untuk menghapuskan sebanyak mungkin token NVM, mengurangkan bekalan sementara permintaan meningkat untuk token NVM lantaran diskaun yang ditawarkan olehnya pada token Emas NNN Novem.

Terdapat tiga peringkat untuk jualan NVM dan harga akan meningkat pada setiap peringkat.

  • Pada Peringkat Prajualan bagi jualan NVM, bermula pada 15 Julai 2019, pengguna boleh membeli token NVM menggunakan Euro, Swiss Franc, BTC, ETH, NEO dan GAS.
  • Pada Peringkat Pertama, bermula pada 15 Ogos, token akan disediakan kepada pengguna NEO dan GAS bagi menunjukkan sokongan kami untuk visi NEO melibatkan ekonomi pintar berdasarkan aset digital.
  • Pada Peringkat Kedua jualan NVM, bermula pada 20 Ogos, pengguna sekali lagi akan berpeluang membeli token NVM menggunakan Euro, Swiss Franc, BTC, ETH, NEO dan GAS.

Token utiliti NVM menyediakan pengguna kebolehan untuk mendagangkan emas melalui penjualan dan pembelian token Emas NNN Novem yang disokong terus oleh dan boleh ditebus untuk bulion emas diperakui LBMA. Token NVM merupakan kunci untuk mengoptimumkan pelaburan emas dan rantaian blok kerana ia memberi diskaun daripada harga awal Token Emas NNN Novem apabila jualan bermula.

"Novem Gold berdedikasi untuk menyediakan cara yang lebih baik kepada orang ramai di mana-mana jua untuk membeli emas pada rantaian blok. Kami menambah kepercayaan, ketelusan dan keselamatan rantaian blok kepada apa yang sehingga kini menjadi pengalaman pembelian yang ketinggalan zaman dan tidak menyenangkan. Dengan membeli emas melalui Novem, anda benar-benar mengetahui apa yang dibeli, kualitinya disahkan dan pastinya, token NNN kami boleh ditebus pada bila-bila masa untuk bulion emas sebenar."

Token NNN Novem ialah satu-satunya token emas yang boleh ditebus sepenuhnya yang melaluinya pemegang benar-benar memiliki emas yang menyokong token mereka – emas tersebut boleh tebus oleh mereka walaupun dalam keadaan muflis dan kecemasan negara. Novem Gold telah menempa lebih $1.5 juta token NNN berdasarkan 37 kg emas yang disimpan dalam tempat simpanan yang selamat dan lebih banyak token akan ditempa apabila emas yang disimpan dalam rizab ditambah.

Novem telah menjual $3.65 juta dalam token NNN dan NVM kepada pelabur-pelabur persendirian.

Token NNN Novem Gold merupakan token emas pertama pada rantaian blok NEO. Platform NEO bersifat ideal kerana ia merupakan rantaian blok untuk "ekonomi pintar" yang ideal untuk mentokenkan aset-aset dunia sebenar seperti emas.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang jualan NVM Novem, daftar di sini dan baca lebih lanjut di:

Blog Novem https://blog.novemgold.com/
Telegram Novem di https://t.me/NovemGold 

Latar Belakang Novem Gold
Novem Gold ditubuhkan oleh dua pakar logam berharga dan batu permata jangka panjang dengan pengalaman dalam perdagangan antarabangsa, termasuk Jerman, Austria dan U.A.E. Setelah melihat banyaknya masalah dengan kepercayaan dan ketelusan dalam industri logam berharga, mereka tahu pastinya ada jalan yang lebih baik untuk orang ramai membeli dan menjual emas dengan selamat. Hasilnya, mereka menubuhkan Novem, laluan baharu menuju pemilikan emas digital yang selamat dan terjamin. Token emas NNN Novem disokong dan boleh ditebus sepenuhnya untuk emas yang diperakui oleh LBMA dan token NVM ialah token utiliti yang membolehkan urus niaga emas dijalankan pada rantaian blok. Kedua-duanya dibina melalui teknologi rantaian blok NEO termaju untuk lejar pemilikan yang tetap, terjamin dan teragih.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/946330/Novem_Gold.jpg 

Source: Novem
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Mining/Metals Precious Metals New products/services Blockchain Financial Technology