omniture

Ujian TOEIC Bridge® Direka Semula Teruskan Pelancaran Seluruh Dunia

Educational Testing Service
2019-07-15 11:54 118

PRINCETON, New Jersey, 15 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Selepas kejayan pelancaran dan pelaksanaan ujian TOEIC Bridge ® empat kemahiran yang direka semula di Jepun, Korea dan Taiwan, ETS terus memperkenalkan suit baharu penilaian TOEIC Bridge di seluruh dunia.

Suit komprehensif ETS dengan ujian TOEIC Bridge yang direka semula memberi pengguna skor dan pengambil ujian dengan instrumen yang objektif dan berkesan untuk mengukur dan memahami tahap penguasaan bahasa Inggeris asas-hingga-sederhana individu.

Ujian TOEIC Bridge yang direka semula memberi tumpuan pada penguasaan bahasa Inggeris tahap asas-hingga-sederhana individu dengan menilai secara andal keempat-empat kemahiran berkomunikasi iaitu mendengar, membaca, bertutur dan menulis dalam kehidupan harian dan senario tempat kerja biasa yang memperlihatkan penggunaan bahasa moden dan kaedah komunikasi. Suit ini menyediakan maklum balas prestasi bagi membolehkan pengajaran yang lebih berkesan yang hasilnya membantu pengambil ujian menunjukkan tahap kemajuan dalam usaha mencapai penguasaan bahasa Inggeris tahap lanjutan. Selain itu, pengguna skor akan mengalami lebih kefleksibelan dan kemudahan memandangkan kini kemahiran boleh digabungkan kepada modul-modul pelengkap untuk memenuhi keperluan khusus mereka.

"Pelaksanaan baru-baru ini yang membuahkan hasil untuk Ujian Mendengar dan Membaca serta ujian Bertutur dan Menulis TOEIC Bridge, menunjukkan komitmen kami untuk menyediakan penilaian yang berkualiti tinggi kepada pelajar bahasa Inggeris peringkat asas," kata Dr. Feng Yu, Pengarah Eksekutif program TOEIC ® di ETS. "Ujian TOEIC Bridge yang direka semula dibangunkan menggunakan kerapian dan kawalan kualiti sama yang menjadikan program TOEIC piawaian global yang dipercayai untuk mengukur penguasaan bahasa Inggeris di tempat kerja."

Maklum balas prestasi ujian TOEIC Bridge yang direka semula membolehkan pengguna skor mengukur tahap kemahiran komunikasi bahasa Inggeris harian individu dengan berkesan. Sebagai contoh, pengguna skor dapat menggunakan skor dan maklumat daripada ujian dengan yakin untuk:

  • Menempatkan individu dalam kursus pembelajaran bahasa Inggeris yang sesuai mengikut tahap kemahiran mereka
  • Menyaring dan menempatkan individu dalam jawatan pekerjaan yang memerlukan kemahiran komunikasi harian asas hingga sederhana
  • Menilai keberkesanan program latihan peringkat permulaan

Individu-individu boleh membina kemahiran asas mereka dan bersiap sedia untuk maju ke arah tahap penguasaan bahasa Inggeris yang lebih tinggi. Antara keupayaan lain, pengguna skor juga boleh menggunakan skor dan maklumat TOEIC Bridge untuk:

  • Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan relatif pengambil ujian berkenaan dengan kemahiran bahasa yang berbeza
  • Mengesan atau menanda aras perkembangan atau penambahbaikan individu dari masa ke masa bagi memantau peningkatan dalam kemahiran bahasa atau penguasaan keseluruhan
  • Menentukan kesediaan untuk menerima arahan dan penilaian bahasa Inggeris yang lebih tinggi

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ujian TOEIC Bridge yang direka semula, sila hubungi pejabat Rangkaian Pilihan ETS (EPN) tempatan anda.

Latar Belakang Program TOEIC ®  
Selama 40 tahun sebagai peneraju industri, program TOEIC telah menetapkan piawaian global untuk menilai kemahiran komunikasi bahasa Inggeris yang diperlukan di tempat kerja. Penilaian TOEIC merupakan penilaian yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, dengan lebih 14,000 organisasi merentas lebih 160 negara mempercayai skor TOEIC untuk memaklumkan keputusan yang penting. Untuk maklumat lanjut tentang program TOEIC, kunjungi toeicglobal.com.

Latar Belakang ETS
Di ETS, kami memajukan kualiti dan ekuiti dalam pendidikan untuk orang ramai di seluruh dunia dengan menghasilkan penilaian berdasarkan kajian menyeluruh. ETS menawarkan perkhidmatan kepada individu, institusi pendidikan dan agensi kerajaan dengan menyediakan penyelesaian tersuai bagi tujuan pensijilan guru, pembelajaran bahasa Inggeris, serta pendidikan rendah, menengah dan pascamenengah, serta dengan menjalankan penyelidikan, analisis, dan kajian dasar pendidikan. Ditubuhkan sebagai pertubuhan tanpa untung pada tahun 1947, ETS membangunkan, melaksanakan dan memberi skor kepada lebih 50 juta ujian setiap tahun — termasuk ujian TOEFL® dan TOEIC ®, ujian GRE ® dan penilaian The Praxis Series ® — di lebih 180 negara, menerusi lebih 9,000 lokasi seluruh dunia. www.ets.org

Source: Educational Testing Service
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Education