omniture

Menarini Silicon Biosystems Lancar Alat Pengurangan Isipadu VRNxT

Menarini Silicon Biosystems
2019-07-17 08:15 119

Pengurangan isipadu automatik tingkatkan kejituan dan ketepatan dalam aliran kerja sel sukar ditemui

BOLOGNA, Italy dan HUNTINGDON VALLEY, Pennsylvania, 17 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Menarini Silicon Biosystems, perintis bagi teknologi biopsi cecair dan sel yang sukar ditemui, mengumumkan bahawa ia akan melancarkan VRNxT™ baharu, instrumen pengurangan isipadu yang dioptimumkan untuk menyingkirkan langkah-langkah pengurangan jumlah sampel manual dalam aliran kerja biologi selular.

Dengan menyeragamkan pengurangan isipadu sampel, VRNxT menambah ciri kejituan dan ketepatan analisis sel sukar ditemui dan sel tunggal, meminimumkan kehilangan sampel berharga dan meningkatkan daya pemprosesan aliran kerja. Meskipun VRNxT dibangunkan untuk menyeragamkan aliran kerja* DEPArray, aplikasi lebih luas bagi pengurangan isipadu dapat dijayakan.

"VRNxT dicipta sebagai respons kepada maklum balas pelanggan secara langsung dan merupakan penambahan yang harus dimiliki untuk DEPArray atau sebarang aliran kerja yang lain," kata Gianni Medoro, Ketua Pegawai Teknologi di Menarini Silicon Biosystems. "Peranti baharu ini menyingkirkan langkah-langkah pengurangan isipadu manual dan menyelaraskan proses keseluruhan, menambah ciri kejituan dan ketepatan sambil mengurangkan masa guna tangan."

Instrumen pengurangan isipadu automatik VRNxT menyingkirkan langkah-langkah pipet manual, mengurangkan masa guna tangan sehingga 90% dan menghapuskan kebolehubahan pengendali. Tiada set kemahiran atau latihan tertentu diperlukan untuk tujuan pengendalian, dan oleh yang demikian dapat memberikan hasil yang bebas pengguna dengan kebolehulangan semula dan kejayaan yang tinggi, selain 99% sel tunggal dapat dikekalkan selepas pengurangan isipadu.

"Instrumen ini membantu kami untuk mengurangkan kadar ralat dan masa pemprosesan kami," kata Matija Snuderl, M.D., Pengarah Jabatan Patologi, Patologi Molekul NYU Langone Health, yang menguji instrumen baharu tersebut dalam makmal beliau. "Kami mengendalikan jenis-jenis sel yang sukar ditemui yang diasingkan daripada spesimen FFPE. Dengan VRNxT kami mampu merendahkan peluang melakukan kesilapan dalam langkah pengurangan isipadu, yang amat penting apabila sampel sel tunggal dikumpul dan mengurangkan masa yang diperlukan untuk memproses sampel-sampel ini."

VRNxT menggunakan gerakan putaran untuk tujuan pengurangan isipadu sampel dan dapat memproses sehingga empat sampel sekaligus, mengurangkan masa yang diperlukan untuk penyediaan sampel. Bermula dengan sebarang isipadu dalam tiub PCR, VRNxT tekal mengurangkan isipadu sampel kepada kira-kira 12.5 μL dalam masa 25 saat dan sekitar 2 μL dalam masa kira-kira lapan saat.

DEPArray System ialah satu-satunya platform pengisihan dan pengasingan berasaskan imej yang menggabungkan mikrobendaliran dengan mikroelektronik dan mikroskopi bagi mengasingkan dan memanipulasi sel-sel individu yang sukar ditemui dengan 100% kejituan.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.siliconbiosystems.com

Latar Belakang Menarini Silicon Biosystems

Menarini Silicon Biosystems menawarkan teknologi dan penyelesaian sel unik yang sukar ditemui yang menyediakan para penyelidik klinikal dengan akses kepada resolusi yang tiada tandingan dalam kajian sel serta pencirian molekulnya. Teknologi CELLSEARCH® dan DEPArray™ daripada syarikat bersama-sama menyediakan penyelesaian hujung-ke-hujung untuk pengangkaan dan pengisihan sel-sel yang sukar ditemui dengan kejituan sel tunggal.

Menarini Silicon Biosystems, berpangkalan di Bologna, Itali dan Huntingdon Valley, Pennsylvania, AS, ialah subsidiari milik penuh Menarini Group, syarikat farmaseutikal, bioteknologi dan diagnostik multinasional yang beribu pejabat di Florence, Itali, dengan 17,640 kakitangan di 136 negara.

*Aliran kerja yang dinyatakan adalah untuk tujuan penyelidikan sahaja. Bukan untuk digunakan dalam prosedur diagnostik. Ciri-ciri prestasi, keselamatan dan keberkesanan aliran kerja masih belum disahkan dan belum diselesaikan atau diluluskan oleh FDA.

Hubungi: Liz Dowling, (415) 388-2794
Dowling & Dennis PR
Liz@dowlingdennis.net

Source: Menarini Silicon Biosystems
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services