omniture

PaySett Corporation luaskan perkongsian pembayaran serantau dengan JMMB Group Trinidad & Tobago

PaySett Corporation
2019-07-18 00:30 116

Penyelesaian pembayaran PayBank® PaySett terbukti dalam pasaran akan sumbang kepada pertumbuhan pembayaran elektronik di Trinidad & Tobago.

ATLANTA dan PORT OF SPAIN, Trinidad dan Tobago, 18 Julai 2019 /PRNewswire/ -- PaySett Corporation, penyedia bertaraf global bagi penyelesaian ePembayaran dan JMMB Group, hari ini mengumumkan peluasan perkongsian mereka untuk terus memacu penerimaan pembayaran elektronik di wilayah Caribbean.

Jesus Garcia, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan, mengulas, "Institusi-institusi serantau seperti JMMB bergantung pada PayBank® untuk memproses sejumlah besar pembayaran elektronik daripada pelbagai saluran perbankan yang mewujudkan kecekapan yang dapat mengurangkan kos pengendalian di samping menyediakan perkhidmatan yang lebih inovatif kepada kumpulan pelanggannya." Set ciri mantap daripada PayBank dan kebolehsuaian dalam seluruh sistem pembayaran dalam banyak negara berbeza membolehkan bank-bank global dan serantau menyeragamkan pemprosesan pembayaran mereka dalam persekitaran global. Keupayaan ini membolehkan pengaturan yang pantas untuk inovasi pembayaran baharu di peringkat global. PayBank® merupakan sebahagian daripada suit produk daripada PaySett yang membolehkan pemprosesan untuk pembayaran pengguna dan korporat pada waktu nyata atau persekitaran kelompok. En. Garcia selanjutnya mengulas, "Selama lebih sedekad, JMMB bergantung pada penyelesaian PaySett untuk keperluan pemprosesan pembayaran mereka dan kami tidak sabar-sabar untuk melanjutkan kolaborasi di wilayah berkenaan."

Lisa-Maria Alexander, Ketua Pegawai Pemasaran di JMMB Group turut mengulas, "Kami berasa amat gembira untuk bekerjasama dengan PaySett bagi membawakan kecekapan dan inovasi yang dipertingkat kepada pelanggan kami di sini iaitu Trinidad & Tobago."

Latar Belakang PaySett Corporation

PaySett Corporation yang berpangkalan di Atlanta, Georgia ialah penyedia bertaraf global penyelesaian perisian pembayaran. PaySett menyediakan produk/perkhidmatan untuk membantu entiti-entiti kewangan global mengurus cara wang dipindahkan dalam seluruh organisasi mereka dan untuk pelanggan mereka dengan berkesan. Dua dekad pengalaman PaySett dalam memindahkan pembayaran melalui rangkaian pembayaran negara dan antarabangsa membolehkan pembangunan perisian pembangunan yang canggih untuk membantu bank-bank global dengan keupayaan untuk meningkatkan keupayaan pemprosesan rangkaian pembayaran serantau dan global mereka. Lima belas daripada dua puluh bank terbaik dunia memproses bayaran melalui perisian PaySett.

Hubungi Perhubungan Awam

David R. Pulido
E-mel: dpulido@paysett.com
Tel: + 1 (404) 812-5367
www.paysett.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/947770/PaySett_Logo.jpg

Source: PaySett Corporation
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Contracts Hispanic-oriented news