omniture

Program Kedoktoran Eropah MCI Disahkan Dengan Jayanya

MCI Management Center Innsbruck
2019-07-18 10:00 138

Kejayaan pendaftaran di AQ Austria menunjukkan kualiti program – Program PhD Eksekutif Pertama di Austria – Kerjasama antara Entrepreneurial School®, University of Antwerp dan Antwerp Management School – Permulaan pembelajaran seterusnya pada 6 November 2019 

INNSBRUCK, Austria, 18 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Kejayaan untuk Program PhD Eksekutif MCI. Baharu disahkan baru-baru ini oleh AQ (Agentur für Qualitätssicherung und Akkreditierung Austria), program kedoktoran ini dijalankan dengan kerjasama University of Antwerp dan Antwerp Management School. Oleh itu, MCI sebagai Entrepreneurial School® meningkat naik daripada penganjur menjadi penyedia kandungan penuh dalam konsortium ini. Pendaftaran program antarabangsa ini mengikuti audit yang ekstensif, yang memperakui bahawa Program PhD Eksekutif sebagai berkualiti tertinggi dalam pengajaran serta dalam organisasi dan infrastruktur.

 

Markus Kittler, academic director of the PhD program, and Susanne E. Herzog, head of MCI Executive Education, are delighted about the confirmation by the AQ Austria.
Markus Kittler, academic director of the PhD program, and Susanne E. Herzog, head of MCI Executive Education, are delighted about the confirmation by the AQ Austria.

 

Program kedoktoran selama empat tahun akan bermula pada kohort ketiga musim luruh 2019 ini. Ia disasarkan pada eksekutif-eksekutif dan pengurus-pengurus yang berpengalaman dan aktif di peringkat antarabangsa yang ingin mengaplikasikan ilmu pengetahuan penyelidikan dan kepakaran akademik terkini kepada isu-isu pengurusan dan ekonomi yang rumit. Sepanjang tempoh program kedoktoran, mereka akan berusaha mencapai objektif-objektif yang berkaitan secara praktikal dengan ketegasan akademik: Mereka akan mengenal pasti isu-isu menarik dari segi saintifik, mereka bentuk soalan-soalan kajian yang relevan dan kemudiannya ditugaskan untuk menyelesaikannya sendiri. Elemen teras program ini ialah perkembangan disertasi kedoktoran yang perlu dibentangkan dengan jayanya di University of Antwerp. Pelajar-pelajar kedoktoran dari tahun pertama berkongsi pengalaman yang amat positif: "Program kelas pertama yang menggabungkan sains terkini dengan perkaitan ekonomi dan boleh disepadukan dengan sempurna dalam kehidupan dan perancangan kerjaya." 

Markus Kittler, Pengarah Akademik program, berpengalaman dalam menyelaraskan pengajian kedoktoran dan terhubung dengan baik dalam pengajian tinggi antarabangsa, amat mengetahui jangkaan daripada program-program kedoktoran. Beliau berbesar hati dengan perkembangan terkini ini: "Pendaftaran berkenaan setara dengan kekuatan program kami. Program PhD berbahasa Inggeris kami berorientasikan antarabangsa; kami menerima permohonan dari segenap pelosok dunia serta daripada pelbagai bidang profesional. Pelajar-pelajar kami – yang kami sokong dengan baik  – meneroka jauh ke dalam topik-topik kajian mereka dan mendapat manfaat daripada pertukaran idea secara teratur dalam kumpulan rakan setara kedoktoran mereka."

Susanne E. Herzog, Ketua Pendidikan Eksekutif MCI menambah, "Program PhD Eksekutif merapatkan jurang dalam portfolio akademik MCI dan melengkapkan program ekstensif kami dalam penyelidikan, pengajian, pendidikan berterusan dan pemindahan teknologi. Pelajar-pelajar dalam program PhD kami menggabungkan pengalaman profesional yang bernilai, kepelbagaian budaya dan akhirnya cita-cita untuk membawa perubahan menerusi hasil penyelidikan mereka dengan mencetuskan kesan keusahawanan dan kemasyarakatan."

Nasihat dan pendaftaran: Michaela Krauss, michaela.krauss@mci.edu, Tel. +43-(0)-512-2070-2121

Foto & maklumat lanjut

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/947829/Markus_Kittler_and_Susanne_E_Herzog.jpg  
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/947830/MCI_Joint_PhD_Program.jpg

 

The joint PhD program of MCI, University of Antwerp and Antwerp Management School was recently fully confirmed by AQ Austria.
The joint PhD program of MCI, University of Antwerp and Antwerp Management School was recently fully confirmed by AQ Austria.

 

Perhubungan akhbar: Ulrike Fuchs, ulrike.fuchs@mci.edu, Tel. +43-(0)-512-2070-1527

 

Source: MCI Management Center Innsbruck
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)