omniture

Yotel Umum Rancangan Pertumbuhan Bercita-cita Tinggi untuk Australia dan Hotel Unggulan Pertama di Melbourne

YOTEL
2019-07-18 23:18 123

Kumpulan hotel inovatif berhasrat ubah tawaran hotel tradisional di Australia dengan tumpuan pada bandar-bandar dan lapangan-lapangan terbang pintu masuk utama  

MELBOURNE, Australia, 18 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Hari ini YOTEL mengumumkan hotel pertama di Australia: YOTEL Melbourne, dijadualkan dibuka pada tahun 2022. Hotel ini ditandatangani di bawah perjanjian pengurusan dengan Cornerstone Partners Group, pemilik dan pemaju aset hospitaliti bersepadu yang mempunyai pejabat-pejabat di Malaysia, Taiwan dan Australia.

Hartanah dengan 244 bilik itu akan ditempatkan di 63-69 City Road di Southbank – dalam jarak berjalan kaki antara CBD Melbourne, Arts Precinct, Federation Square dan Melbourne Cricket Ground – antaranya.

YOTEL Melbourne akan menjadi hartanah unggulan untuk YOTEL di Australia, membawakan generasi kabin terkini daripada jenama (YOTEL speak untuk bilik-bilik) kesemuanya dilengkapi dengan SmartBed™ serta ruang KOMYUNITI khas YOTEL yang direka untuk membolehkan tetamu beralih antara kerja dan bermain, dengan kawasan untuk bekerja bersama, mengadakan mesyuarat tidak formal, bersantai dan bersosial, menawarkan segala-galanya bermula dengan kopi flat white oleh syarikat memproses kopi khas UK Workshop Coffee kepada koktel istimewa di teres luar. Hartanah ini juga akan menyediakan gimnasium 24/7 dan dek tinjau dengan restoran dan juga bar.

"Sepanjang dua tahun lalu, kami aktif mencari lokasi dan rakan kongsi terbaik untuk memperkenalkan jenama kami di Australia, pasaran utama untuk peluasan global kami dan pasaran pembekal pelanggan utama untuk hotel-hotel kami di AS, Singapura dan UK. Menerusi asas pasaran yang kukuh dan tarikan global, Melbourne ialah pintu masuk yang sempurna untuk melancarkan hartanah pertama kami di negara ini. Tambahan pula, kami berbesar hati untuk menembusi pasaran dengan Cornerstone Partners Group, peneraju antarabangsa dalam hospitaliti dan pelaburan hartanah," kata Hubert Viriot, Ketua Pegawai Eksekutif YOTEL.

YOTEL menggegarkan industri perhotelan di Eropah, A.S. dan Singapura hasil daripada kabin rekaan pintarnya yang popular dalam kalangan pengembara korporat dan libur yang menghargai kualiti, teknologi, keselesaan dan semangat komuniti, tetapi tidak memerlukan elemen rumit atau harga hotel mewah tradisional. Syarikat kini berhasrat untuk mengulangi kejayaannya di Australia dengan langkah baharu dalam sektor perhotelan negara.

"Australia ialah pasaran hotel yang amat sofistikated dengan pemegang kepentingan yang kukuh; walau bagaimanapun, kami percaya bahawa segmen mewah yang berpatutan kurang mendapat perkhidmatan dan itulah yang ingin diselesaikan oleh YOTEL. YOTEL Melbourne akan berperanan sebagai batu loncatan untuk jenama kami di seluruh negara, susulan strategi yang sama seperti mana yang kami lakukan di AS, di mana kami mula membuka hartanah kami di New York pada tahun 2011 dan kini mempunyai 10 hotel di bawah pengurusan dengan sinergi operasi yang luas dan saluran pengedaran yang kukuh. Kami telahpun meneroka peluang pembangunan di Sydney, Brisbane dan Perth dan kami yakin tidak lama lagi akan mempunyai rancangan hotel yang mantap, menyasarkan kumpulan pelanggan antarabangsa kami serta pasaran domestik," sambung Viriot.

Kumpulan ini merancang untuk membawakan ketiga-tiga jenamanya ke wilayah ini - YOTEL (konsep pusat bandar), YOTELAIR (terletak di lapangan terbang dan hab pengangkutan yang sibuk) dan YOTELPAD (direka untuk tetamu yang lama menginap). 

YOTEL Melbourne akan dimiliki dan dibangunkan oleh Cornerstone Partners Group dan direka bentuk dari segi seni binanya oleh CHT Architects.

"Kumpulan kami memberi tumpuan untuk mencari jurang dalam pasaran hospitaliti di seluruh Asia Pasifik. Di Australia, kami percaya adanya laluan untuk jenama-jenama disruptif seperti YOTEL, yang menawarkan sesuatu yang benar-benar baharu kepada pasaran. Kami turut kagum dengan rancangan pembangunan global YOTEL, menumpu pada pasaran pintu masuk utama, yang begitu sepadan dengan strategi kami, dan oleh yang demikian bukanlah suatu yang menghairankan untuk berganding bahu dalam projek pertama kami di Melbourne, Australia, salah sebuah bandar yang paling bersifat kosmopolitan dan bercirikan bandar di negara ini," kata Jason Chong, Ketua Pegawai Eksekutif, Cornerstone Partners Group. 

Source: YOTEL
Keywords: Hotels and Resorts Travel Corporate Expansion New products/services