omniture

Icertis Perkukuh Kepimpinan Pasaran CLM Terbukti dengan Pusingan Bernilai $115 Juta

Icertis
2019-07-18 23:25 92

Pelopor Jadi Syarikat Pengurusan Kitaran Hayat Kontrak Satu Bilion Dolar Pertama

BELLEVUE, Washington, 18 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Icertis, penyedia yang terkemuka bagi pengurusan kontrak perusahaan dalam infrastruktur awan, hari ini mengumumkan penutupan pusingan Siri E bernilai $115 juta. Menerusi pembiayaan ini, Icertis menjadi syarikat Pengurusan Kitaran Hayat Kontrak (CLM) pertama di dunia yang dinilai sebanyak lebih satu bilion dolar.

Icertis diiktiraf sebagai peneraju bagi kategori CLM lantaran platform Pengurusan Kontrak Icertis (ICM) dimasukkan-AI rintis dan kejayaan yang tiada tandingan dalam memenangi pelanggan Global 2000. Ia mencakupi beberapa perusahaan yang paling sofistikated dalam kesemua vertikal utama, serta 5 daripada 10 syarikat utama di dunia yang paling bernilai, sebagaimana pelanggannya. Hari ini, platform ICM membantu pelanggan di seluruh dunia mengurus lebih 5.7 juta kontrak dengan nilai agregat sebanyak lebih $1 trilion.

Pusingan ini dipimpin bersama Greycroft dan Premji Invest dengan penyertaan daripada pelabur-pelabur institusi sedia ada termasuk B Capital Group, Cross Creek, Eight Roads, Ignition Partners, Meritech Capital Partners dan PSP Growth.

"Apabila Greycroft melabur dalam syarikat, kami komited terhadap perkongsian jangka panjang dan sejak memimpin pusingan Siri A mereka pada tahun 2015, kami berasa bangga untuk menyokong Icertis kerana ia mengubah asas perdagangan," kata Mark Terbeek, Rakan Kongsi, Greycroft. "Sepanjang tempoh itu, kami melihat syarikat menjadi peneraju CLM yang terbukti, memperoleh pelanggan terbaik yang ramai dan stabil serta menjana pulangan modal yang merupakan antara yang terbaik yang pernah dilihat oleh kami. Kami yakin mereka akan menjadi syarikat gergasi yang seterusnya dalam pasaran SaaS perusahaan."

"Ketika kami menjalankan dana pindah silang berterusan dalam tempoh jangka panjang, kami mencari syarikat-syarikat dengan prospek pertumbuhan yang mampu bertahan yang dapat melaksanakan dan berkembang maju dengan baik melangkaui tawaran awam awal," kata Sandesh Patnam, Ketua Rakan Kongsi untuk Premji Invest di AS. "Icertis mempunyai semua ciri penting dalam sebuah syarikat yang akan berkembang menjadi pasukan berkuasa – produk inovatif yang memberi nilai besar kepada pelanggan, simpanan tunai mendalam untuk membangunkan pasaran dan rekod prestasi pelaksanaan yang sempurna."

Buat julung kalinya dalam sejarah, kontrak didigitalkan, membolehkan perusahaan memperbaharui semula pengurusan kontrak dan menempatkannya sebagai tumpuan dalam proses komersial mereka. Platform ICM, dikuasakan oleh kecerdasan buatan, menyerlahkan nilai komersial yang dibenamkan dalam kontrak syarikat. Dengan mengubah dokumen statik ini kepada aset digital strategik, perusahaan dapat melindunginya daripada risiko, meningkatkan pematuhan, mempercepatkan kepantasan perniagaan dan mengoptimumkan hubungan komersial sepanjang hayat kontrak.

"Syarikat-syarikat perlu memperbaharui semula proses perniagaan untuk bersaing dalam pasaran global yang hiper-kompetitif pada masa kini," kata Samir Bodas, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Icertis. "Tiada apa yang lebih bersifat asas berbanding pengurusan kontrak memandangkan setiap dolar yang masuk dan keluar dari sesebuah syarikat ditadbir urus oleh kontrak. Tatkala pasaran CLM berkembang maju, kami teruja untuk menerima Premji Invest menyertai keluarga Icertis, Greycroft mengukuhkan strategi dengan bersama-sama memimpin pusingan ini dan semua pelabur memperbaharui komitmen mereka tatkala kami melaksanakan misi kami untuk menjadi platform pengurusan kontrak bertaraf dunia."

Pasaran CLM adalah besar dan berkembang pesat – MGI Research menganggarkan jumlah pasaran yang tersedia (TAM) bernilai lebih $20 bilion, dengan CLM SaaS berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun mencecah 31%. "Pertumbuhan dalam penerimaan CLM didorong oleh transformasi digital," kata Igor Stenmark, Pengarah Urusan MGI Research. "Syarikat-syarikat memfokuskan semula pelaburan teknologi daripada suit ERP/Kewangan tradisional kepada mengautomasikan dan menginstrumenkan proses-proses utama secara digital seperti pengurusan kontrak. Penyedia pengurusan kontrak perusahaan seperti Icertis berkedudukan baik untuk memanfaatkan gelombang ini."

Icertis tekal memperoleh skor yang tinggi dan semakan semula yang mantap dalam penilaian dipacu penganalisis dan pelanggan. Syarikat "terus meningkatkan produk CLM dan memperoleh siri pelanggan Fortune 100 hasil daripadanya," menurut Andrew Bartels, penulis The Forrester Wave™: Contract Lifecycle Management for All Contracts, Q1 2019 (Forrester Wave™: Pengurusan Kitaran Hayat Kontrak untuk Semua Kontrak, Suku Pertama Tahun 2019). Dalam penilaian komprehensif oleh Forrester ini, Icertis menerima skor tertinggi daripada semua vendor dalam kategori Penawaran Semasa dan juga skor tertinggi seumpamanya dalam kategori Rujukan Pelanggan.

Dana-dana baharu ini akan digunakan untuk:

  • Meningkatkan pelaburan dalam platform ICM yang utama dalam industri dan meningkatkan kestabilan aplikasi perniagaan vertikal yang dibina pada platform tersebut untuk membantu pelanggan meningkatkan pendapatan, mengurangkan kos, meningkatkan aliran tunai, mengurus risiko dan menjamin pematuhan.
  • Meluaskan Rangka Kerja Rantaian Blok Icertis, rangka kerja rantaian blok pertama dunia yang disepadukan dengan platform pengurusan kontrak perusahaan, bagi mencipta penyelesaian praktikal dan transformatif bagi menangani cabaran perniagaan dalam dunia sebenar termasuk ketelusan rantaian bekalan, pematuhan pensijilan, penentuan harga mengikut hasil dan banyak lagi.
  • Mempercepatkan pengenalan kecerdasan buatan dan perkhidmatan kognitif termaju ke dalam platform ICM untuk menangani cabaran pengurusan kontrak pengurusan yang dahulunya sukar dikawal yang boleh ditangani secara unik hanya menerusi teknologi-teknologi baharu ini.
  • Meluaskan usaha-usaha jualan dan pemasaran di seluruh dunia untuk mencapai setiap syarikat yang terkemuka di dunia dan meluaskan inisiatif pembangunan perniagaan untuk mengembangkan ekosistem rakan kongsi.
  • Membiayai pemerolehan oportunis yang terikat dengan penjanaan nilai komersial dalam pemeteraian kontrak.

Icertis telah mencapai kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 125% sepanjang empat tahun lalu. Bagi mengurus peluasan yang pesat ini, Icertis membuka pejabat-pejabat di London, Paris, Singapura, Sydney dan Sofia, Bulgaria pada 18 bulan lalu, menjadikan bilangan pejabat seluruh dunia syarikat kepada 12. Syarikat sedang mengalami pertumbuhan yang lebih tinggi berbanding sebelumnya dan hari ini mempunyai pelanggan dalam kesemua vertikal industri utama termasuk ABB, Airbus, 3M, BASF, Bertelsmann, Cognizant, Daimler, Humana, Johnson & Johnson, Microsoft, Qantas dan banyak lagi.

Icertis menerima pengiktirafan industri, rakan kongsi, pelanggan dan kakitangan berikut baru-baru ini:

Untuk maklumat lanjut tentang Icertis, kunjungi kit akhbar Siri E kami. 

Latar Belakang Icertis 
Icertis, platform pengurusan kontrak perusahaan yang terkemuka dalam infrastruktur awan, menyelesaikan masalah pengurusan kontrak yang paling sukar melalui platform yang paling mudah digunakan. Dengan Icertis, syarikat-syarikat mempercepatkan perniagaan mereka dengan meningkatkan kepantasan kontrak, melindungi daripada risiko dengan menjamin pematuhan kawal selia dan dasar serta mengoptimumkan hubungan komersial mereka dengan memaksimumkan pendapatan serta mengurangkan kos. Platform Pengurusan Kontrak Icertis (ICM) diinfusi AI digunakan oleh syarikat-syarikat seperti 3M, Airbus, Cognizant, Daimler, Microsoft dan Sanofi untuk mengurus 5.7 juta kontrak dalam lebih 40 bahasa merentas lebih 90 negara.

Perhubungan Media Icertis: 
Haley Flanagan 
Pengurus Komunikasi Korporat
CorpComm@icertis.com 
+1 425-869-7649

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/371539/picture1_Logo.jpg

 

Source: Icertis
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Financing agreements Blockchain