omniture

AAIC® 2019 Tonjolkan Kajian Baharu Tunjukkan Gaya Hidup Sihat Mungkin Atasi Risiko Persekitaran dan Genetik Penyakit Alzheimer

Alzheimer's Association
2019-07-19 19:02 155

Persidangan Antarabangsa Turut Melibatkan Perbincangan Pakar tentang Peranan Agen Berjangkit dalam Penyakit Alzheimer dan Kemajuan Ke Arah Ujian Darah   

LOS ANGELES, 19 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Kajian yang dibentangkan di Alzheimer's Association International Conference (AAIC) 2019, Los Angeles mencadangkan pengamalan pelbagai tabiat gaya hidup yang sihat memberikan kadar faedah yang tinggi untuk kesihatan otak dan mungkin dapat mengatasi risiko genetik dan persekitaran terhadap penyakit Alzheimer dan demensia lain.

Alzheimer’s Association International Conference 2019 in Los Angeles; an all-time high number of researchers and scientists reported new advances in the quest to better treat and prevent Alzheimer’s disease.
Alzheimer’s Association International Conference 2019 in Los Angeles; an all-time high number of researchers and scientists reported new advances in the quest to better treat and prevent Alzheimer’s disease.

Laporan-laporan ini merupakan beberapa laporan yang paling meyakinkan dan penuh harapan antara sebilangan rekod kajian saintifik yang dibentangkan di persidangan tersebut yang menggunakan pelbagai pendekatan untuk mendedahkan sebab, perkembangan, faktor risiko, rawatan dan pencegahan penyakit Alzheimer dan demensia lain.

Data baharu lain yang dibentangkan di persidangan tersebut termasuk:

  • Kemajuan dalam penanda bio darah baru muncul yang mungkin dapat menyokong pengesanan awal, diagnosis yang lebih baik dan perekrutan ujian klinikal yang dipertingkat untuk penyakit Alzheimer dan demensia lain serta penyakit neurodegeneratif lain.
  • Perbezaan khusus-jantina dalam biologi penyakit Alzheimer mungkin dapat menjelaskan mengapa penyakit tersebut memberi kesan yang amat berbeza kepada lelaki dan wanita.
  • Data klinikal dan reka bentuk kajian baharu daripada ujian klinikal menilai pendekatan rawatan penyakit Alzheimer baharu.

Sebagai forum yang terkemuka di dunia untuk perbincangan topik-topik baru muncul dalam kajian penyakit Alzheimer dan demensia, AAIC 2019 menganjurkan perbincangan panel bersama lima penceramah pakar dengan pandangan berbeza tentang peranan jangkitan bakteria atau virus dalam penyakit Alzheimer.

"Tatkala bidang ini terus berusaha ke arah membangunkan rawatan untuk penyakit Alzheimer dan demensia lain, penting juga untuk mengenal pasti perubahan gaya hidup yang boleh dilakukan oleh orang ramai untuk memperbaiki simptom atau perkembangan penyakit ini serta sasaran baharu untuk rawatan," kata Maria C. Carrillo, PhD, ketua pegawai sains Alzheimer's Association.

"Data percubaan klinikal yang dibentangkan di AAIC tahun ini memperlihatkan kepelbagaian pendekatan yang digunakan untuk membangunkan rawatan untuk penyakit Alzheimer. Penting untuk bidang ini meneruskan bidang penyelidikan baharu untuk menyediakan rawatan yang lebih baik kepada berjuta-juta pesakit yang menghidap penyakit-penyakit ini," tambah Carrillo.

AAIC ialah forum tahunan ulung bagi tujuan pembentangan dan perbincangan tentang kajian penyakit Alzheimer dan demensia yang terkini. Membawa dunia semakin hampir kepada pencapaian penting dalam sains demensia, AAIC 2019 menghimpunkan kira-kira 6,000 pakar dan penyelidik terkemuka dari seluruh dunia dan menampilkan lebih 3,400 pembentangan saintifik.

Intervensi Gaya Hidup Dapat Atasi Risiko Penyakit Alzheimer
Kajian baharu yang dilaporkan di AAIC 2019 mencadangkan bahawa pengamalan pelbagai pilihan gaya hidup yang sihat termasuk pemakanan sihat, tidak merokok, senaman yang kerap dan rangsangan kognitif, mungkin dapat mengurangkan risiko penyusutan fungsi kognitif dan demensia. Satu kajian melaporkan bahawa peserta yang mengamalkan empat atau lima faktor gaya hidup rendah risiko mempunyai 60% risiko yang lebih rendah bagi demensia Alzheimer berbanding peserta yang tidak mengikuti sebarang atau hanya satu faktor rendah risiko sahaja.

Dua kajian menunjukkan bahawa perubahan gaya hidup yang boleh diambil tindakan berpotensi mengatasi peningkatan risiko untuk penyakit Alzheimer. Dalam satu laporan, penyelidik menunjukkan bahawa peserta dengan risiko genetik yang tinggi untuk penyakit Alzheimer mengikut gaya hidup yang "baik" mempunyai 34% risiko demensia semua punca yang lebih rendah berbanding dengan gaya hidup yang "tidak baik". Satu lagi laporan mengesahkan bahawa kehidupan di lokasi-lokasi dengan pencemaran udara yang tinggi meningkatkan risiko untuk penyakit Alzheimer dan demensia lain. Walau bagaimanapun, ia turut mendapati bahawa wanita lebih berusia dengan rizab kognitif yang lebih tinggi – berdasarkan skor fungsi kognitif, tahun pendidikan, status pekerjaan dan aktiviti fizikal – hanya menunjukkan 21% peningkatan risiko persekitaran berbanding dengan 113% peningkatan risiko untuk mereka dengan rizab kognitif yang lebih rendah.

Penanda Darah Dapat Menambah Baik Diagnosis Penyakit Alzheimer
Data di AAIC 2019 turut menerangkan kemajuan dalam kaedah-kaedah berasaskan darah untuk menilai penanda penyakit Alzheimer dan penyakit neurodegeneratif lain, seperti versi tak normal protein amiloid yang penting dalam penyakit Alzheimer serta alfa sinuklein (demensia dengan Badan Lewy) dan rantai ringan neurofilamen (kerosakan sel otak umum).

Terdapat keperluan besar terhadap alatan diagnostik yang andal, murah, mudah dijalankan, tidak invasif dan mudah didapati untuk penyakit Alzheimer. Keluarga yang berdepan dengan penyakit Alzheimer pada masa kini dan masa depan akan mendapat banyak manfaat daripada alatan sedemikian yang dapat mempercepatkan diagnosis yang lebih awal dalam proses penyakit dan membolehkan penyediaan penjagaan dan perancangan yang lebih baik dan pantas. Teknologi ujian baharu ini, yang kini sedang dibangunkan oleh penyelidik industri dan akademik, juga berpotensi digunakan untuk mengesan impak terapi dalam ujian klinikal.

Risiko, Perkembangan dan Ketahanan terhadap Penyakit Alzheimer Berbeza mengikut Jantina
Kajian di AAIC 2019 turut mengenal pasti beberapa perbezaan dalam biologi, perkembangan dan risiko penyakit Alzheimer antara lelaki dan wanita. Empat kajian melaporkan perbezaan khusus-jantina yang dapat memaklumkan profil risiko yang unik dan membantu bidang berkenaan memahami dengan lebih baik mengapa kebanyakan pesakit yang menghidap penyakit Alzheimer adalah wanita.

Dua kajian mendapati 11 gen risiko khusus-jantina baharu untuk penyakit Alzheimer, serta perbezaan dalam sambungan struktur dan fungsian dalam otak wanita yang mungkin menyumbang kepada penyebaran protein tau tidak normal yang pantas, yang dapat dikesan dengan teliti menerusi penyusutan fungsi kognitif dalam penyakit Alzheimer dan demensia lain. Satu lagi kajian mencadangkan bahawa wanita mempunyai tahap penggunaan tenaga otak yang lebih tinggi berbanding lelaki, yang berpotensi menjelaskan ingatan lisan yang lebih baik dan membolehkan mereka mengatasi perubahan otak berkaitan penyakit Alzheimer tahap awal dengan lebih baik.

Kajian keempat mendapati bahawa wanita yang terlibat dalam tenaga buruh berbayar semasa waktu dewasa peringkat awal hingga pertengahan usia menunjukkan kadar penyusutan ingatan yang lebih perlahan dalam kehidupan peringkat lewat berbanding mereka yang tidak terlibat dalam pekerjaan berbayar.

Ujian Klinikal Penyakit Alzheimer Baharu Uji Pendekatan Rawatan Baharu
Di AAIC 2019, penyelidik melaporkan keputusan selama 18 bulan daripada lanjutan label-terbuka percubaan SNIFF, percubaan Fasa 2/3 yang menilai penggunaan insulin intranasal untuk pesakit dengan gangguan kognitif ringan atau penyakit Alzheimer. Kajian ini mendapati bahawa, untuk kumpulan dengan hanya lebih 40 peserta yang menggunakan alat penghantaran ubatan asli, mereka yang dirawat dengan insulin mempunyai skor ujian kognitif dan fungsian yang lebih baik yang ketara berbanding mereka yang menerima plasebo. Walau bagaimanapun, hal ini tidak diperhatikan dalam kumpulan yang menggunakan alat penghantaran intranasal yang berbeza. Meskipun dilihat menggalakkan, kajian-kajian susulan masih diperlukan.

Satu lagi kajian dilaporkan untuk permulaan ujian GAIN, kajian Fasa 2/3 yang besar untuk penyakit Alzheimer ringan hingga sederhana. Kajian ini merupakan percubaan besar peringkat antarabangsa yang pertama menilai pendekatan terapeutik berdasarkan data baru muncul yang mencadangkan bakteria Porphyromonas gingivalis, biasanya dikaitkan dengan penyakit gusi, boleh menjangkiti otak dan membawa kepada penyakit Alzheimer. Percubaan GAIN telah mula merekrut 570 pesakit di Amerika Syarikat dan Eropah.

AAIC 2019 turut melaporkan Kajian A.S. oleh Alzheimer's Association untuk Melindungi Kesihatan Otak Melalui Intervensi Gaya Hidup bagi Mengurangkan Risiko (U.S. POINTER), ujian terkawal secara rawak selama dua tahun untuk menilai sama ada intervensi gaya hidup yang menyasarkan banyak faktor risiko secara serentak dapat melindungi fungsi kognitif dalam individu lebih berusia yang semakin berisiko mengalami penyusutan fungsi kognitif. U.S. POINTER, kini aktif di empat lokasi di A.S., dengan yang kelima bakal dilancarkan tidak lama lagi, merancang untuk merekrut 2,000 peserta berusia 60-79 tahun.

Panel Pakar Bincang Peranan Agen Berjangkit dalam Penyakit Alzheimer
AAIC 2019 menganjurkan sidang panel yang bertajuk "Konsep Baru Muncul dalam Siri Sains Asas: Adakah Terdapatnya Peranan Penyebab untuk Organisma Berjangkit dalam Penyakit Alzheimer?" yang mana beberapa pakar dalam bidang ini berkongsi pandangan-pandangan berbeza tentang peranan agen berjangkit dalam penyakit Alzheimer.

  • Dua orang saintis menjelaskan dan mempertahankan hipotesis bahawa virus herpes sebagai faktor penyebab untuk penyakit berkenaan, mungkin melibatkan inflamasi otak atau sistem imun yang semakin lemah.
  • Seorang penyelidik mencadangkan bahawa tindak balas imun terhadap jangkitan bakteria dalam otak mungkin bermula secara berturutan yang membawa kepada perubahan otak yang sudahpun diketahui, termasuk pembentukan plak amiloid, dianggap lesi otak berciri penting dalam penyakit Alzheimer. Beliau mencadangkan bahawa protein beta amiloid melindungi otak daripada jangkitan dengan memerangkap mikrob yang menyerang dalam deposit amiloid.
  • Dua orang saintis mempersoalkan aspek-aspek penting hipotesis mikrob dalam penyakit Alzheimer, malah menunjukkan kebimbangan bahawa ia "mungkin mengalihkan perhatian bidang ini daripada penyelidikan yang lebih berkesan."

Latar Belakang AAIC
Alzheimer's Association International Conference (AAIC) ialah perhimpunan penyelidik-penyelidik yang terbesar di dunia dari seluruh dunia yang memfokuskan penyakit Alzheimer dan demensia lain. Sebagai sebahagian daripada program penyelidikan Alzheimer's Association, AAIC berperanan sebagai pemangkin untuk menjana pengetahuan baharu tentang demensia dan memupuk komuniti penyelidikan keserakanan yang penting.
Halaman utama AAIC 2019: www.alz.org/aaic/
Bilik berita AAIC 2019: www.alz.org/aaic/press.asp

Latar Belakang Alzheimer's Association ®
Alzheimer's Association ialah pertubuhan kesihatan sukarela yang terkemuka bagi penjagaan, sokongan dan penyelidikan penyakit Alzheimer. Misi kami adalah untuk menghapuskan penyakit Alzheimer melalui kemajuan penyelidikan, menyediakan dan meningkatkan penjagaan serta sokongan untuk semua yang terlibat dan bagi mengurangkan risiko demensia melalui penggalakan kesihatan otak. Visi kami ialah dunia tanpa penyakit Alzheimer. Kunjungi alz.org atau hubungi 800.272.3900.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/948584/Alzheimers_Association_International_Conference_2019.jpg 
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/946686/Azheimers_Association_Logo.jpg

 

 

Source: Alzheimer's Association
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Mental Health Clinical Trials/Medical Discoveries Trade show news