omniture

Salah satu badan pensijilan terkemuka dunia DNV GL umum tentang Rantaian Blok VeChainThor selepas gunakan rantaian blok awam selama setahun

VeChain
2019-07-19 19:24 232

SHANGHAI, 19 Julai 2019 /PRNewswire/ -- DNV GL ialah salah satu badan pensijilan yang terkemuka di dunia yang mempunyai lebih 150 tahun sejarah yang dipercayai. DNV GL menawarkan perkhidmatan kepada lebih 100,000 pelanggan tahap perusahaan termasuk jenama-jenama terkenal seperti Coca Cola, Tencent, Apple, Huawei, Ferrari dan Haier. Penjamin perniagaan global aktif mempromosikan transformasi digital di DNV GL Global dan DNV GL China sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ia telah mengenal pasti potensi yang dimiliki oleh rantaian blok dalam meningkatkan ketelusan, kebolehkesanan dan memperkasa pelbagai penyelesaian pengesahan yang kini dimiliki oleh mereka di DNV GL.

 

VeChain, syarikat Rantaian Blok-sebagai-satu-Perkhidmatan yang terkemuka di dunia dan salah satu penggerak awal yang merintis teknologi rantaian blok awam tahap perusahaan di luar bidang teknologi kewangan, berganding bahu dengan DNV GL bagi membangunkan penyelesaian perniagaan berasaskan rantaian blok pada Rantaian Blok VeChainThor untuk memudahkan transformasi digital dalam setiap langkah perjalanannya.

Pada 24 Januari 2018, kedua-dua pihak memeterai perkongsian strategik dengan matlamat bersama peringkat awal untuk menggabungkan kepakaran DNV GL dalam industri jaminan dengan teknologi rantaian blok termaju yang disediakan oleh VeChain untuk memperkasa pelanggan dengan kawalan dipertingkat terhadap produk dan perkhidmatan mereka serta meningkatkan kecekapan keseluruhan dalam seluruh rantaian nilai.

Sejak itu, VeChain dan DNV GL memulakan perjalanan luar biasa untuk mempromosikan penggunaan komersial secara besar-besaran teknologi rantaian blok yang tidak terhad kepada rantaian bekalan dan berjaya melancarkan pelbagai penyelesaian berasaskan rantaian blok seperti My Story™, Ekosistem Karbon Digital serta membantu menyepadukan teknologi rantaian blok ke dalam pelbagai industri termasuk F&B, FMCG, Mewah, Automobil, Penjagaan Kesihatan dan banyak lagi. Kedua-duanya telah membina model yang hebat dari segi bagaimana teknologi rantaian blok dapat dimanfaatkan untuk memudahkan jaminan perniagaan. Penyelesaian yang dibangunkan bersama itu memperkasa pelanggan korporat tradisional DNV GL dan menjana nilai baharu yang memberikan peningkatan daya saing pasaran yang hebat untuk kedua-duanya.

Dalam hal My Story™, portal pembangun Rantaian Alatan (ToolChain) VeChain telah disepadukan untuk mengumpul semua jenis data yang mencakupi pengeluaran, logistik dan peruncitan. Data yang dikumpul disahkan oleh DNV GL dan dimuat naik ke Rantaian Blok VeChainThor bagi tujuan kesahihan. Dengan rantaian blok, data ini boleh dikongsi dengan lancar antara penerbit dan pengguna akhir, seraya dapat menyelesaikan isu maklumat tidak simentri dan memulihkan kepercayaan pelanggan.

Dalam hal ekosistem karbon digital, kontrak pintar VeChain, yang dibenamkan dengan model matematik yang direka bersama oleh DNV GL dan pakar-pakar industri, digunakan untuk menghitung kesetaraan pengurangan karbon. Dengan kesetaraan tersebut, entiti pengurangan karbon akan diberi ganjaran kredit karbon sewajarnya, yang kemudiannya dapat digunakan sebagai pertukaran untuk produk dan perkhidmatan. Dengan cara ini, rangkaian nilai yang menghubungkan perusahaan dan peserta lain dapat dibina dalam ekosistem.

Untuk teknologi baru muncul yang masih di peringkat awal seperti rantaian blok, ini merupakan saat terbaik. Dunia sedang menyaksikan kesedaran yang semakin meningkat berhubung kepentingan keselamatan makanan, antipemalsuan, kebolehkesanan dan kemampanan antara perusahaan dan individu, namun pengusaha-pengusaha hebat dalam industri masih tidak dapat menyediakan penyelesaian yang andal. Dengan penyelesaian berasaskan Rantaian Blok VeChainThor, DNV GL dan VeChain pastinya akan menonjol dan berperanan sebagai peneraju pasaran dalam menangani masalah ini.

Kami bersyukur atas segalanya yang dilakukan oleh DNV GL untuk melanjutkan penggunaan penyelesaian berasaskan Rantaian Blok VeChainThor dan aplikasi dalam seluruh industri. Menuju masa depan, VeChain akan bekerjasama erat dengan DNV GL bagi mempercepatkan proses transformasi digital; dan bersama-sama memperoleh penerimaan yang lebih luas daripada arus perdana dan meneroka senario aplikasi baharu.

Latar Belakang VeChain

Dilancarkan pada tahun 2015, VeChain bermatlamat untuk menghubungkan teknologi rantaian blok ke dunia sebenar dengan menyediakan struktur tadbir urus komprehensif, model ekonomi yang mantap serta penyepaduan IoT. VeChain ialah perintis bagi aplikasi dunia sebenar menggunakan teknologi rantaian blok awam, dengan operasi antarabangsa di Singapura, Luxembourg, Tokyo, Shanghai, Paris, Hong Kong dan San Francisco.  

Bersama-sama rakan kongsi strategik kami PwC dan DNV GL, kami menjalin hubungan kerjasama dengan banyak perusahaan terkemuka dalam industri-industri berbeza termasuk Walmart China, BMW, BYD Auto, Haier, Bright Food, D.I.G, DB Schenker, PICC dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut tentang VeChain, sila ikuti Twitter kami @vechainofficial atau kunjungi laman sesawang rasmi kami https://www.vechain.com/ 

Video - https://www.youtube.com/watch?v=Y-h-8Xoj5rs

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/738233/Vechain_Logo.jpg

Source: VeChain
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics New products/services Survey, Polls & Research Blockchain