omniture

Yili Berkedudukan Ketiga Jenama Makanan Paling Bernilai di Dunia dan Paling Bernilai di Asia

Yili Group
2019-07-19 23:30 500

HOHHOT, China, 19 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Yili Group, firma tenusu yang terbesar di Asia, menduduki tempat ketiga dalam senarai "50 Terbaik Jenama Makanan Paling Bernilai di Dunia", menurut Laporan Tahunan mengenai Jenama-jenama Makanan dan Minuman Ringan Paling Bernilai di Dunia oleh Brand Finance yang dikeluarkan pada 10 Julai. Senarai "10 Terbaik Jenama-jenama Tenusu Paling Bernilai" yang diterbitkan oleh institut yang sama menunjukkan bahawa Yili mengekalkan status jenama tenusu yang paling bernilai di Asia, menduduki tempat kedua dalam senarai jenama tenusu global untuk dua tahun berturut-turut.

Yili Berkedudukan Ketiga Jenama Makanan Paling Bernilai di Dunia dan Paling Bernilai di Asia
Yili Berkedudukan Ketiga Jenama Makanan Paling Bernilai di Dunia dan Paling Bernilai di Asia

"Ini merupakan satu penghormatan untuk menerima pengiktirafan tinggi daripada Brand Finance," kata Yipeng Zhang, Naib Presiden Yili Group. "Kejayaan kami bukan sahaja hasil daripada strategi 'Tenusu Pintar', yang membantu meningkatkan nilai jenama Yili, tetapi juga pembinaan bersama 'Ekosistem Kesihatan Global' dengan rakan-rakan kongsi antarabangsa kami yang telah membolehkan kami memberikan pertumbuhan yang stabil."

Yili telah mempromosikan ekosistem kesihatan global dan meningkatkan nilai jenama global melalui "Sistem WISH" yang memberi tumpuan pada kesihatan dan kesejahteraan individu dari empat perspektif:

  • Hasil Saling Menguntungkan dalam seluruh Rantaian Perindustrian: Yili menjadi peneraju dalam membawakan strategi pembangunan rantaian industri hijau dan digelar sebagai "Pelaksana Terbaik nilai sosial dengan idea rendah karbon" oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan organisasi profesional antarabangsa.
  • Kualiti dan Inovasi: Yili menghimpunkan semua kuasa pengeluaran untuk melindungi keselamatan pengguna dan jabatan-jabatan bahagian Yili mencakupi susu cair, susu tepung, yogurt dan minuman sejuk kesemuanya menerima Sijil Sistem Keselamatan Makanan 22000 (FSSC 22000).
  • Kebajikan Sosial: Yili mengambil berat pertumbuhan belia dan menyokong pembangunan komuniti yang sihat. Pada bulan Mei, firma subsidiari Yili di Indonesia mengambil bahagian dalam acara kebajikan "One Million Help" ("Sejuta Bantuan") yang diadakan oleh Yayasan Kanser Kanak-kanak Indonesia di Jakarta dan menderma semua hasil yang dikumpul daripada jualan amal.
  • Pemakanan dan Kesihatan: Yili menerajui kajian dalam sains makanan melalui jalinan kerjasama dengan institut-institut lebih tinggi dan pusat-pusat penyelidikan termasuk Wageningen University di Belanda dan Lincoln University di New Zealand, untuk menyediakan pemakanan dan kesihatan yang lebih baik kepada pengguna global.

Sebagai peneraju dalam industri Tenusu, Yili komited sepenuhnya untuk mempromosikan "Ekosistem Kesihatan Global" dan menyumbang "Kebijaksanaan China" dalam pembangunan kesihatan global.

Latar Belakang Yili 

Bermula pada tahun 1956, Yili Group merupakan pengeluar produk tenusu yang terbesar di China dengan lebih 60 tahun pembangunan. Kini, Yili menduduki tempat pertama di Asia menurut "20 Terbaik Produk Tenusu Global" Rabobank 2018 dan merupakan satu-satunya firma tenusu yang menawarkan perkhidmatan untuk kedua-dua sukan Olimpik musim panas dan musim sejuk. Menggunakan teknologi, Yili menyasarkan untuk membina platform penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan kerjasama penyelidikan Industri-Universiti yang terkemuka di dunia untuk industri makanan Kesihatan. Yili dianugerahkan "amalan terbaik China dalam Mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)" oleh UN Global Compact, inisiatif kemampanan korporat yang terbesar di dunia pada tahun 2017 dan menduduki tempat ketiga dalam senarai "50 Terbaik Jenama Makanan Paling Bernilai di Dunia" oleh Brand Finance pada tahun 2019. Kumpulan ini merancang secara proaktif untuk penyumberan susu berkualiti tinggi dari kawasan jalur emas di Asia, Eropah, Oceania dan benua Amerika serta menyasarkan untuk menjadi penyedia makanan kesihatan yang paling dipercayai di dunia. 

Hubungi:
Liu Yu
+86-10-5864-0418
press.office@yili.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190718/2528357-1?lang=0

Source: Yili Group
Keywords: Agriculture Beverages Food/Beverages Non-Alcoholic Beverages Awards Survey, Polls & Research