omniture

Merck dan Broad Institute Umum Rangka Kerja Lesen CRISPR Galakkan Inovasi

Merck
2019-07-20 03:35 164

- Rangka kerja baharu memudahkan dan mempercepatkan akses kepada harta intelek CRISPR untuk tujuan penyelidikan

DARMSTADT, Jerman, 20 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka, serta Broad Institute of MIT dan Harvard (Boston, Massachusetts) hari ini mengumumkan satu perjanjian untuk menawarkan lesen-lesen tidak eksklusif untuk harta intelek (IP) CRISPR di bawah kawalan masing-masing untuk digunakan dalam penyelidikan komersial dan pembangunan produk.

 

"Bersama-sama Broad Institute, kami memudahkan laluan untuk melesenkan teknologi CRISPR, yang akan menjadikannya tersedia lebih luas kepada komuniti penyelidikan dan penemuan global," kata Udit Batra, ahli Lembaga Eksekutif Merck dan Ketua Pegawai Eksekutif, Life Science. "Melalui perjanjian ini, kami akan menjadikannya lebih mudah untuk pelanggan kami berjaya dalam kajian mereka yang dapat memendekkan garis masa pembangunan ubatan untuk penyakit-penyakit yang dahulunya tidak dapat dirawat."

Broad Institute dan Merck berkongsi matlamat untuk membolehkan semua entiti mengaplikasikan teknologi dengan rangkaian luas alatan CRISPR. Untuk menyelaraskan akses kepada saintis, Broad Institute akan menawarkan lesen-lesen kepada portfolio IP CRISPR Broad Institute dan Merck kepada pemegang-pemegang lesen berpotensi untuk kegunaan kajian dalaman dan untuk alatan serta kit penyelidikan komersial. Di bawah perjanjian ini, syarikat-syarikat yang mengaplikasikan CRISPR dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan mereka boleh melesenkan kedua-dua set IP melalui Broad Institute. Rangka kerja ini direka untuk membolehkan pemegang paten utama mengambil bahagian pada masa depan — sama ada melalui rangka kerja ini atau melalui himpunan paten pihak ketiga atau kolaborasi — untuk menyelaraskan lagi akses tidak eksklusif kepada teknologi CRISPR utama.

"Kami percaya bahawa pemegang paten CRISPR utama perlu berkumpul untuk memudahkan serta membuka akses dan perjanjian ini merupakan satu lagi contoh perkongsian yang membantu memaksimumkan dan menyelaraskan akses kepada alatan saintifik yang penting ini," kata Issi Rozen, ketua pegawai perniagaan Broad Institute. "Broad Institute telahpun melesenkan CRISPR secara tidak eksklusif untuk semua aplikasi, dengan pengecualian terhadap terapeutik manusia. Kami giat berusaha untuk memastikan akses yang paling luas dan paling mudah kepada harta intelek CRISPR utama."

Institusi-institusi ini bekerjasama untuk membangunkan rangka kerja yang (i) terus menyediakan akses tidak eksklusif kepada IP kawalan Broad yang dimiliki bersama rakan-rakan kerjasamanya (termasuk Harvard University, Massachusetts Institute of Technology, New York Genome Center, New York University, Rockefeller University, University of Iowa Research Foundation, University of Tokyo, Whitehead Institute for Biomedical Research dan lain-lain) serta (ii) menyediakan akses tidak eksklusif kepada IP daripada Merck dengan batasan-batasan tertentu khusus untuk IP Merck untuk penciptaan model tikus.

Ciri-ciri rangka kerja pelesenan:

  • IP Merck untuk teknologi CRISPR, ditawarkan di bawah jenama portfolio Sigma-Aldrich, akan tersedia tanpa royalti kepada institusi akademik bukan untung, komuniti perniagaan bukan untung dan agensi kerajaan untuk penyelidikan dalaman mereka, konsisten dengan amalan dan keperluan yang telah lama diamalkan oleh Broad Institute.
  • Lesen-lesen mengikuti pertimbangan pelesenan etika Broad Institute dan Merck, tidak termasuk aplikasi teknologi CRISPR tertentu, seperti apa-apa untuk penyuntingan titisan germa manusia klinikal.
  • Setiap organisasi boleh terus menawarkan lesen secara bebas, di luar rangka kerja ini.
  • Selain IP daripada Broad Institute dan Merck, rangka kerja pelesenan ini termasuk IP Broad tertentu yang dimiliki bersama pelbagai institusi lain: Harvard University, Massachusetts Institute of Technology, Rockefeller University, University of Iowa Research Foundation, University of Tokyo, Whitehead Institute for Biomedical Research dan lain-lain.

Broad Institute dan Merck masing-masing telah membangunkan garis panduan yang menyokong penyelidikan dengan penyuntingan genom di bawah pertimbangan teliti piawaian etika dan undang-undang. Broad Institute menggariskan "dasar institusi untuk pelesenan IP" di laman sesawangnya. Merck menubuhkan Panel Penasihat Bioetika bebas dan luaran untuk menyediakan panduan penyelidikan bagi perkara yang melibatkan perniagaannya, termasuk penyelidikan terhadap atau penggunaan penyuntingan genom dan menakrifkan kedudukan operasi yang jelas dengan mengambil kira isu-isu saintifik dan kemasyarakatan untuk memaklumkan pendekatan terapeutik yang memberi harapan untuk digunakan dalam penyelidikan dan aplikasi.

Ikuti Merck di Twitter @Merckgroup, di Facebook @merckgroup dan di LinkedIn.

Latar Belakang Broad Institute of MIT dan Harvard
Broad Institute of MIT and Harvard dilancarkan pada tahun 2004 untuk memperkasa generasi saintis kreatif ini bagi mengubah bidang perubatan. Broad Institute berusaha untuk menerangkan semua komponen molekul hidup dan hubung kaitnya; menemui asas molekul dalam penyakit manusia yang utama; membangunkan pendekatan baharu yang berkesan untuk diagnostik dan terapeutik; dan menyebarkan penemuan, alatan, kaedah dan data secara terbuka kepada seluruh komuniti saintifik.

Ditubuhkan oleh MIT, Harvard dan hospital yang bersekutu dengan Harvard, serta dermawan Los Angeles yang berwawasan, Eli dan Edythe L. Broad, Broad Institute melibatkan fakulti, kakitangan profesional dan pelajar dari seluruh komuniti penyelidikan bioperubatan MIT dan Harvard serta selanjutnya, dengan kolaborasi mencakupi lebih seratus institusi swasta dan awam di lebih 40 negara seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut tentang Broad Institute, sila ke http://www.broadinstitute.org.

Semua siaran berita Merck diedarkan melalui e-mel pada masa yang sama turut tersedia di laman sesawang Merck. Sila layari www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar secara dalam talian, menukar pilihan anda atau menghentikan perkhidmatan ini.

Latar Belakang Merck
Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, beroperasi merentas segmen penjagaan kesihatan, sains hayat dan bahan prestasi. Sekitar 52,000 kakitangan bekerja untuk membawa perubahan positif kepada berjuta-juta kehidupan individu saban hari dengan mencipta cara yang lebih menyeronokkan dan mampan untuk menjalani kehidupan. Bermula dengan memajukan teknologi penyuntingan gen dan menemui cara-cara unik bagi merawat penyakit yang paling mencabar hinggalah kepada mendayakan kecerdasan peranti, Merck berada di mana-mana jua. Pada tahun 2018, Merck menjana jualan sebanyak €14.8 bilion di 66 negara. 

Penerokaan saintifik dan keusahawanan bertanggungjawab menjadi kunci kepada kemajuan teknologi dan saintifik Merck. Dengan cara inilah Merck berkembang maju sejak ditubuhkan pada tahun 1668. Keluarga pengasas kekal sebagai pemilik majoriti syarikat senaraian awam ini. Merck memegang hak global untuk nama dan jenama "Merck". Satu-satunya pengecualian ialah Amerika Syarikat dan Kanada, yang mana sektor-sektor perniagaan beroperasi sebagai EMD Serono dalam bidang penjagaan kesihatan, MilliporeSigma dalam sains hayat dan EMD Performance Materials.

Together with Broad Institute, Merck is simplifying the path to licensing CRISPR technology, making it more widely available to the global research and discovery community
Together with Broad Institute, Merck is simplifying the path to licensing CRISPR technology, making it more widely available to the global research and discovery community

Video - https://mma.prnewswire.com/media/948315/Udit_Clip_Merck.mp4

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/948313/CRISPR_Merck.jpg

Source: Merck
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Licensing/marketing agreements Not for profit