omniture

Bunge Loders Croklaan Buka Kemudahan Pemprosesan Minyak Baharu di China

Bunge Loders Croklaan
2019-07-20 04:02 302

Kilang pemprosesan canggih baharu di Xiamen untuk penuhi tuntutan yang makin meningkat di China dan luaskan jejak global syarikat

WORMERVEER, Belanda dan XIAMEN, China, 20 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Bunge Loders Croklaan (BLC), perniagaan minyak boleh dimakan oleh Bunge Limited (NYSE:BG), peneraju dalam pertanian, makanan dan ramuan, hari ini mengumumkan pembukaan rasmi kemudahan pemprosesan minyak boleh dimakan baharu di China. Terletak di Xiamen, dalam wilayah Fujian di Selatan China, kemudahan baharu ini meluaskan keupayaan BLC untuk menyediakan bahan minyak dan lemak khas berasaskan tumbuhan kepada industri makanan dan perkhidmatan makanan bagi memenuhi tuntutan yang semakin meningkat di China - di samping turut berkhidmat kepada pelanggan seluruh dunia.

Bunge Loders Croklaan Opens New Oils Processing Facility in China. New state-of-the-art processing plant in Xiamen to meet growing demand in China and expand the company’s global footprint
Bunge Loders Croklaan Opens New Oils Processing Facility in China. New state-of-the-art processing plant in Xiamen to meet growing demand in China and expand the company’s global footprint

"China ialah pasaran makanan yang amat dinamik serta berkembang dan kilang pemprosesan yang canggih di Xiamen ini menggambarkan komitmen kami bukan sahaja untuk melabur dalam pasaran tempatan yang utama, tetapi turut mencipta peluang baharu untuk pelanggan kami di serata dunia," kata Manuel Laborde, Naib Presiden Asia di Bunge Loders Croklaan.

Bagi menunjukkan komitmen BLC untuk bekerjasama erat dengan pelanggannya, kemudahan ini turut menyediakan Creative Studio, direka untuk membangunkan penyelesaian ramuan dan makanan yang inovatif untuk pasaran Cina.

Fujian mempunyai sejarah sebagai kawasan konfeksi dan bakeri terkemuka dan menempatkan beberapa jenama domestik yang terbesar dan paling terkenal. Kemudahan baharu ini akan membolehkan BLC menyediakan portfolio konfeksi, bakeri, makanan bayi, alternatif tenusu dan minyak serta lemak khas kulinari yang utama dalam industri.

Operasi minyak di kemudahan Xiamen merangkumi pelbagai proses pengeluaran, bermula dengan penapisan minyak dan pengubahsuaian pecahannya kepada pempakejan. Ia turut mempunyai kilang rintis dan makmal kawalan kualiti yang dilengkapi dengan teknologi terkini dalam keupayaan analitikal bagi memastikan kawalan kualiti yang ketat dan mematuhi keperluan kawal selia.

"Bunge Loders Croklaan ialah peneraju dalam industri minyak dan lemak berasaskan tumbuhan yang mampan," kata Katherine Huang, Pengurus Besar, Bunge China Food & Ingredients. "Keupayaan pemprosesan termaju kemudahan baharu ini digabungkan dengan Creative Studio kami merupakan bukti sebenar komitmen kami untuk menawarkan perkhidmatan kepada pasaran Cina dan global dengan cara yang baharu dan inovatif."

Upacara Pembukaan Besar-besaran Kilang Xiamen berlangsung pada 18 Julai. Aaron Buettner, Naib Presiden Kanan Bunge Loders Croklaan, disertai oleh pegawai-pegawai tempatan dari wilayah Fujian bagi meraikan pembukaan baharu kemudahan berkenaan. Lebih 150 pelanggan, pembekal dan wakil daripada persatuan perindustrian dan komuniti akademik kebangsaan akan turut menyertai pesta ini.

Latar Belakang Bunge Loders Croklaan:
Bunge Loders Croklaan (www.bungeloders.com) ialah pengeluar dan pembekal global yang terkemuka bagi minyak dan lemak berasaskan tumbuhan khas untuk industri pembuatan. Ia beroperasi sebagai sebahagian daripada perniagaan minyak boleh dimakan B2B Bunge Limited (NYSE:BG). Produknya digunakan dalam pelbagai aplikasi, bermula dengan bakeri dan konfeksi kepada kulinari dan pemakanan bayi. Dengan pengetahuan mendalam tentang ramuan, aplikasi dan proses, pasukan Bunge Loders Croklaan bekerjasama erat dengan pelanggan untuk membangunkan penyelesaian tersuai dan mencipta produk inovatif bagi mencapai matlamat perniagaan mereka dan membezakannya dalam pasaran.

Latar Belakang Bunge Limited:
Bunge (www.bunge.com, NYSE: BG) ialah peneraju dunia dalam penyumberan, pemprosesan dan pembekalan produk serta ramuan bijian minyak dan bijirin. Ditubuhkan pada tahun 1818, rangkaian luas Bunge memberi makan dan menyediakan minyak kepada dunia yang semakin berkembang, mencipta produk dan peluang yang mampan untuk lebih 70,000 petani dan pengguna yang menerima khidmat mereka di seluruh dunia. Syarikat beribu pejabat di New York dan mempunyai 31,000 pekerja di seluruh dunia yang berdiri di belakang lebih 360 terminal pelabuhan, kilang pemprosesan bijian minyak, silo bijirin dan kemudahan pengeluaran dan pempakejan makanan dan ramuan di seluruh dunia. 

Foto  - https://mma.prnewswire.com/media/948800/Xiamen_plant.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/948799/Bunge_Loders_Croklaan_Logo.jpg   

Source: Bunge Loders Croklaan
Related Stocks:
NYSE:BG
Keywords: Agriculture Food/Beverages Restaurants Retail Corporate Expansion