omniture

Usaha Turunkan Kos & Hapuskan Halangan Akses bagi Pelajar Seluruh Dunia, International Baccalaureate Hapus Yuran Pendaftaran Peperiksaan Pelajar

International Baccalaureate
2019-07-22 04:08 148

NEW ORLEANS, 22 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Sebagai sebahagian daripada usaha yang menumpu untuk mengurangkan halangan kewangan bagi pelajar dan sekolah-sekolah untuk mengambil bahagian dalam program-programnya yang unik, International Baccalaureate Organization hari ini mengumumkan ia menghapuskan $172 yuran "pendaftaran calon" yang lazimnya dibayar oleh pelajar (sebagai kos berasingan daripada peperiksaan subjek IB individu).

Keputusan untuk menurunkan kos penilaian bagi setiap pelajar bertujuan untuk membantu lebih ramai pelajar di seluruh dunia memiliki kemampuan untuk menduduki peperiksaan mata pelajaran tambahan atau mengikuti Program Diploma penuh, serta membantu lebih banyak sekolah menyertai komuniti yang terdiri daripada lebih 5000 sekolah IB seluruh dunia. 

"Satu bahagian penting dalam misi kami adalah untuk membangunkan belia masyarakat antarabangsa yang merupakan warga yang serba boleh, berbilang bahasa dan berfikiran terbuka -generasi baharu yang dididik dengan cara yang membolehkan mereka bertindak balas dengan teliti kepada cabaran global, nasional dan tempatan," kata Ketua Pengarah International Baccalaureate (IB) Dr. Siva Kumari. 

"Mendepani perubahan global yang tidak dapat disangkal dan revolusi perindustrian baharu teknologi dan AI, tumpuan IB kepada penyediaan tenaga kerja masa depan untuk menjadi pelajar tangkas dan pemikir kritikal adalah lebih relevan dan perlu berbanding sebelum ini," katanya. 

Penghapusan yuran pendaftaran ialah perkara yang terbaharu dalam satu siri keputusan oleh IB untuk meringankan beban kewangan demi membuka akses. Baru-baru ini ia memberikan diskaun untuk sekolah-sekolah yang menawarkan tiga atau lebih banyak program IB dan meluaskan pelaburannya yang berterusan dalam pembangunan profesional bagi pendidik IB, menawarkan beberapa kursus-kursus tanpa dikenakan bayaran.

Selepas melabur dalam teknologi yang memodenkan sistem penilaian IB dalam tempoh 10 tahun yang lalu, dan sebagai hasil daripada pengurusan kos yang teliti, IB mampu berkongsi manfaat kewangan secara langsung dengan pelajar dan sekolah, ujar Kumari. 

"Kami memberi tumpuan kepada membangunkan pemikir yang mendalam dan luas yang diperlukan oleh dunia dalam revolusi perindustrian ke-4," kata Haif Bannayan, Pengarah Capaian dan Persidangan. "Membangunkan pelajar tangkas dan bijaksana ialah asas kepada falsafah pendidikan IB dan itulah sebabnya kami percaya bahawa model bertaraf dunia kami untuk pembangunan tenaga kerja abad ke-21 perlu menjadi lebih mudah diakses."  

Latar Belakang International Baccalaureate
Ditubuhkan pada tahun 1968, IB menawarkan pendidikan untuk pelajar dari umur 3 hingga 19, yang terdiri daripada empat program yang memberi tumpuan kepada mendidik pelajar untuk berfikir secara kritis dan bebas, dan untuk menyelidik dengan teliti dan logik. Kurikulum IB digunakan di lebih 5,000 sekolah di lebih 150 negara di seluruh dunia.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/949366/International_Baccalaureate_Multilingual_Logo.jpg

 

Source: International Baccalaureate
Keywords: Education Higher Education Children-related news Corporate Social Responsibility