omniture

Pra-ICO RENBDO Cipta Peluang untuk Pelabur

RENBDO
2019-07-22 09:00 116

LONDON, 22 Julai 2019 /PRNewswire/ -- RENBDO.io baru sahaja mengumumkan bahawa syarikat itu kini bersedia untuk memulakan kempen pra-ICO bagi memulakan pembangunan rantaian blok pemula RENBDO atau Rangkaian Tenaga Boleh Diperbaharui Berasaskan Organisasi Terpencar. Objektif kempen adalah untuk mendapatkan dana yang mencukupi untuk pemasangan lima puluh dua turbin angin.

Sepanjang tempoh kempen ini, Token Tenaga Boleh Diperbaharui (RET) proprietari projek akan disediakan untuk pelabur pada 50% harga yang dikurangkan. Harga istimewa ini, walau bagaimanapun, hanya tersedia untuk sepuluh peratus pertama token yang dijual. Penjualan sepuluh juta token akan menandakan berakhirnya fasa pra-ICO dan bermulanya kempen ICO. Pra-ICO ini sudah pastinya peluang yang tidak boleh dilepaskan bagi pelabur-kripto yang mahu membuat keuntungan, di samping menggalakkan tenaga hijau dan membina masa depan yang lebih bersih untuk generasi akan datang. 

Video: https://youtu.be/CxL-ql_o62Y

Kempen pra-ICO yang akan datang oleh Eco Smart Energies secara rasmi akan memperkenalkan Token Tenaga Boleh Diperbaharui (RET) kepada para pelabur. Matlamat utama syarikat adalah untuk mewujudkan satu ekosistem di mana pulangan pelaburan yang diperolehi oleh pelabur adalah secara langsung berkaitan dengan jumlah token yang dimiliki oleh mereka. Model ini berbeza sama sekali daripada banyak ICO yang menyampaikan token tidak boleh digunakan. RENBDO lebih berkemungkinan membawakan keuntungan masa sebenar kerana pemilikan satu token RET adalah bersamaan dengan memiliki satu aset dalam syarikat itu. Pemegang Token akan menyumbang 90% daripada jumlah keuntungan yang diperolehi oleh RENBDO. Baki 10% akan dibelanjakan untuk tujuan penyelenggaraan dan untuk pekerja.

Eksploitasi berlebihan bahan api fosil kini muncul sebagai krisis global membimbangkan yang menuntut penyelesaian segera. Pembakaran sumber tenaga konvensional dikaitkan dengan pelepasan banyak pencemar udara yang mengakibatkan kerosakan kepada kesihatan awam dan alam sekitar. Walau bagaimanapun, malangnya, sektor kuasa konvensional di seluruh dunia terus menggunakan arang batu. Penggunaan tenaga angin adalah dianggap sebagai salah satu alternatif yang paling berkesan kos untuk menggantikan bahan api fosil.

Idea projek RENBDO yang dihasilkan oleh Eco Smart Energies Ltd untuk mewujudkan ladang angin yang terdiri daripada lima puluh dua turbin. Dengan rekod prestasi yang berjaya dalam pengeluaran dan pengagihan elektrik, syarikat sudah pasti mempunyai pengalaman dan set kemahiran untuk melaksanakan projek sebesar ini. Menariknya, dana tak boleh tebus untuk tenaga hijau telah meliputi 70% daripada dana yang diperlukan untuk inisiatif ini. ICO akan datang akan meliputi baki 30%. 

Eco Smart Energies sedang mengusahakan penciptaan aplikasi bagi pemilik token yang boleh digunakan untuk melihat kuasa angin yang dihasilkan dan juga menerima atau menghantar token. Pemegang token juga akan terlibat secara langsung dalam penyelesaian isu-isu yang berkaitan dengan masa depan ladang angin ini. Yang paling penting, RENBDO juga melindungi pemegang token daripada urus niaga dan aktiviti penipuan dengan menghapuskan orang tengah. 

Untuk membeli RET pada 50% harga yang dikurangkan, pelabur kripto dijemput untuk melawat http://www.renbdo.io/

Latar Belakang RENBDO: RENBDO atau Rangkaian Tenaga Boleh Diperbaharui Berasaskan Organisasi Terpencar ialah usaha pemula mata wang kripto akan datang yang menyasarkan untuk membangunkan ladang angin bagi pengeluaran tenaga hijau. Objektif utama projek ini adalah untuk mengumpul dana yang mencukupi untuk pemasangan sehingga 52 turbin angin melalui Syiling Penawaran Awal (ICO). Projek ini ialah hasil cetusan idea Eco Smart Energies Ltd, sebuah organisasi yang ditubuhkan pada tahun 2015 oleh sekumpulan pakar industri. Sebelum pelancaran platform RENBDO tersebut, mereka telah terlibat dalam pengeluaran dan pengagihan elektrik.

 

 

Source: RENBDO
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Utilities Accounting news, issues New products/services Blockchain Financial Technology