omniture

CleverTap Namakan Miten Mehta sebagai Ketua Pegawai Perikatan Ketuai Ekosistem Perkongsian Global

CleverTap
2019-07-22 17:54 132

Miten akan sertai pasukan Kepimpinan Eksekutif Global CleverTap dan sumbang pertumbuhan strategik ketuai program-program Perkongsian dan Perikatan Saluran

MOUNTAIN VIEW, California, 22 Julai 2019 /PRNewswire/ -- CleverTap, platform SaaS pengekalan pelanggan yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa Miten Mehta telah menyertai syarikat sebagai Ketua Pegawai Perikatan untuk memimpin program perikatan dan perkongsian strategiknya di seluruh benua Amerika, rantau EMEA & APAC.

Miten, Xoogler, ialah pemimpin kanan transformasi digital dan inovasi yang akan berpindah ke Mumbai dari Silicon Valley bagi memacu pertumbuhan fasa seterusnya di CleverTap melalui perikatan strategik dengan firma perunding, produk dan SaaS, ISV, agensi digital, firma analitik pemasaran, Institut pendidikan & latihan, antara lain.

"Miten membawa perspektif global dan rekod pretasi yang sempurna bagi mendayakan pertumbuhan pimpinan perkongsian pesat dalam syarikat-syarikat peringkat awal hingga akhir di seluruh Amerika Utara, Eropah dan Asia Pasifik untuk pasukan kepimpinan CleverTap. Beliau bukan sahaja akan menyediakan kepimpinan bagi mempercepatkan dan meluaskan pertumbuhan strategik kami dengan meningkatkan program perikatan kami, tetapi turut menginovasi bersama penyelesaian dengan rakan-rakan kongsi untuk menangani keperluan pelanggan kami dalam pasaran-pasaran dan vertikal-vertikal baharu," kata Anand Jain, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Strategi di CleverTap.

Miten membawa lebih 25 tahun pengalaman P&L dalam kepimpinan teknologi melibatkan perikatan dan perkongsian strategik, pembangunan korporat, penggabungan & pemerolehan (M&A) dan inovasi produk. Sebelum menyertai CleverTap, beliau pernah bekerja di Google sebagai perunding yang mana beliau menyokong rakan kongsi dan pelanggan strategik mereka untuk Platform Awan Google (GCP) dan program ekosistem komuniti. Terdahulu, Miten merupakan pengasas bersama Spinta Global Accelerator, KD, eComLive (diambil alih oleh InfoSpace) dan MoConDi (diambil alih oleh MobileMedia) dan berkhidmat dalam lembaga / lembaga penasihat syarikat-syarikat di AS dan India.

"CleverTap membolehkan rakan kongsi kami mengembangkan perniagaan digital pelanggan melalui platform pengekalan pelanggan yang utama dalam industri kami yang membantu jenama-jenama Fortune 2000 meningkatkan nilai sepanjang hayat pelanggan sambil mengurangkan kadar pulangan pelanggan serta kos pemerolehan pelanggan. Saya teruja dengan peluang ini untuk menambah nilai kepada rakan kongsi kami dan membantu mereka berkembang ke dalam pasaran dan vertikal baharu dengan memanfaatkan platform CleverTap," kata Miten Mehta, Ketua Pegawai Perikatan di CleverTap.

Latar Belakang CleverTap: 

CleverTap ialah platform pengekalan pelanggan yang membantu jenama-jenama pengguna memaksimumkan nilai sepanjang hayat pengguna. Sebanyak lebih 8,000 syarikat di seluruh dunia, termasuk Vodafone, Hotstar, Carousell, Domino's Pizza, GO-JEK, Fandango dan BookMyShow mempercayai CleverTap untuk menyediakan pengalaman diperibadikan serta meningkatkan impak pemasaran omnisaluran dalam seluruh kitaran hayat pelanggan. CleverTap disokong oleh firma-firma modal usaha niaga terkemuka termasuk Sequoia India, Tiger Global Management, Accel dan Recruit Holdings, serta beroperasi dari San Francisco, Seattle, London, Singapura, Mumbai dan Bengaluru. Untuk maklumat lanjut, kunjungi clevertap.com atau ikuti di LinkedIn dan Twitter.

Hubungi: 
Ketan Pandit
ketan@clevertap.co

Logo -  https://mma.prnewswire.com/media/559274/CleverTap_Logo.jpg

 

Source: CleverTap
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Outsourcing Businesses Telecommunications Personnel announcements Data Analytics