omniture

NEOM Pamerkan Pantai yang Menakjubkan Dengan Pertandingan Sukan Pantai Antarabangsa Arab Saudi

NEOM
2019-07-22 22:42 137

NEOM, Arab Saudi, 22 Julai 2019 /PRNewswire/ -- cita-cita NEOM untuk menjadikan projek giga ini sebagai penjana sukan dunia mengambil langkah besar ke hadapan minggu ini dengan penganjuran acara antarabangsa pertama yang diendors secara rasmi - yang pertama seumpamanya dilangsungkan di destinasi baharu, yang sedang dibangunkan di sudut Barat Laut Arab Saudi di sepanjang sempadan Mesir dan Jordan.

Video: https://vimeo.com/349287792

Video: https://www.youtube.com/watch?v=Lw9wEP8qVHw

Atlet dari 16 negara telah dibawa ke pantai bersih perairan jernih Gayal di NEOM, yang terletak di Teluk Aqaba, untuk bersaing dalam acara IWWF NEOM Wakeboard.

Aksi luar pesisir merupakan sebahagian daripada sukan hebat yang juga termasuk kejohanan Piala Bola Sepak Pantai yang diendors FIFA. Acara empat hari ini melibatkan pasukan dari Arab Saudi, China, Mesir, England, Oman dan UAE. Oman menang bergaya dalam pertandingan akhir yang mengujakan yang menyaksikan mereka menewaskan Mesir 5-4 selepas masa tambahan.

Acara-acara lain termasuk pameran pertandingan Rugbi Pantai dengan pemain dari Arab Saudi dan sekumpulan pegawai perlawanan yang semuanya wanita, serta acara jemputan Tenis Pantai yang dibintangi oelh pemain lelaki dan wanita dari rantau ini.

NEOM telah digambarkan sebagai 'projek yang paling bercita-cita tinggi di dunia' - sebuah kawasan masa depan yang diwujudkan untuk memperkasakan bakat global dan memaksimumkan kesihatan dan potensi manusia. Sukan ialah sebahagian penting daripada falsafah NEOM, kedua-dua di peringkat elit dan di akar umbi.

Ketua Pegawai Eksekutif NEOM Nadhmi Al-Nasr berkata: "Tatkala kami membina kawasan masa depan, kami melihat sukan sebagai sebahagian daripada tawaran NEOM, dengan memanfaatkan bumi kami yang bersih dan unik untuk menjadi tuan rumah acara sukan antarabangsa bagi atlet profesional dan biasa, serta mereka yang memilih untuk melawat dan tinggal di NEOM. Sukan memainkan peranan utama dalam merealisasikan impian kami untuk memberi inspirasi kepada kita semua untuk menjalani kehidupan dengan gaya hidup yang lebih sihat."

"Ia adalah bukti besar kepada semangat NEOM dengan menjadi tuan rumah Piala Dunia dan Kejohanan Bola Sepak Pantai Antarabangsa pada peringkat awal pembangunan kami," kata Jason Harborow, ketua sektor Masa Depan Sukan NEOM. "Tatkala kita berkembang, Sukan Pantai akan menjadi satu bahagian penting dalam tawaran kami dan acara-acara utama akan menjadi keutamaan dalam agenda."

Acara Sukan Pantai NEOM menyusuli kejayaan Cabaran Suit Sayap & Mendaki pada bulan April, yang menampilkan gunung-gunung luar biasa NEOM kepada lebih 300 juta orang di 105 negara di seluruh dunia.

Dalam pada itu, acara bertaraf dunia seterusnya telah dirancang untuk mengukuhkan reputasi NEOM sebagai destinasi sukan paling menarik dengan visual yang menakjubkan di dunia.

Source: NEOM
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Sporting Events Sports Travel New products/services