omniture

Zhu Yuling dan Lin Yun-Ju Rai Kemenangan di Seamaster T2 Diamond 2019 Malaysia

Zhu atasi rakan senegara Wang Manyu dalam perlawanan akhir wanita manakala remaja Cina Taipei Lin menjuarai dengan permainan cemerlang meraih kemenangan ke atas Fan Zhendong
T2 Diamond Table Tennis League
2019-07-23 18:24 301

JOHOR BAHRU, Malaysia, 23 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Sorakan untuk bintang-bintang baharu China Zhu Yuling dan Cina Taipei, Lin Yun-Ju yang menghasilkan permainan gemilang untuk meraih mahkota kejuaraan lelaki dan wanita di Seamaster T2 Diamond 2019 Malaysia.

Jika kualiti perlawanan merupakan satu petunjuk, peminat ping pong pastinya gembira dengan dua perlawanan yang bakal tiba kerana pertandingan perseorangan inovatif ini akan ke Haikou China pada bulan September sebelum ke Singapura pada bulan November.

Di T2Cavern di Iskandar Malaysia Studios di Johor Bahru, Zhu tidak membenarkan rakan senegara Wang Manyu untuk selesa dengan asakan beliau yang hebat demi meraih US$100,000 wang hadiah.

Susulan itu, Lin tidak menunjukkan sebarang rasa gentar menentang Fan Zhendong yang lebih terkenal tatkala remaja ini menggandingkan kelajuan dengan ketepatan yang jitu untuk mengalahkan lawannya dan membuktikan kemenangan yang lebih awal menentang Jun Mizutani dan Ma Long bukanlah kebetulan.

Terdahulu, Ding Ning dan Xu Xin mendapat tempat ketiga dengan kemenangan masing-masing ke atas Miyu Kato dan Wong Chun Ting.

Presiden ITTF Thomas Weikert dan Ketua Pegawai Eksekutif Steve Dainton menghadiri pertandingan akhir. Kejohanan ini menandakan kali pertama bola berwarna dan pengadilan video - kedua-dua idea daripada ITTF Innovation Lab - digunakan buat kali pertama.

Wang Manyu: "Beliau membuat hayunan hantaran yang baik, terutama spin yang kuat pada bola. Saya telah memperbaiki banyak perkara sejak datang ke sini untuk T2APAC dua tahun lalu tetapi masih ada banyak ruang untuk penambahbaikan."

Zhu Yuling: "Saya berjuang bersungguh-sungguh dalam setiap perlawanan di sini dan pertandingan akhir merupakan kesinambungan daripada bentuk yang saya tunjukkan dalam perlawanan sebelum ini. Saya tidak bermain menentang Manyu buat beberapa ketika dan merasakan bahawa saya melaksanakan permainan saya dengan lebih baik hari ini."

Lin Yun-Ju: "Saya berpuas hati dengan prestasi saya dalam perlawanan akhir, saya bertarung bersungguh-sungguh untuk mengutip setiap mata. Saya akan terus berlatih bersungguh-sungguh dan berharap untuk terus beroleh kejayaan."

Fan Zhendong: "Beliau bermain dengan cemerlang dan saya tidak mampu untuk bertindak dalam dua perlawanan pertama. Saya tidak akan memberi alasan untuk kekalahan ini dan ia adalah jelas bahawa beliau lebih baik hari ini, jadi saya perlu pulang dan merancang bagaimana untuk bermain dengan lebih baik."

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.t2diamond.com.

Source: T2 Diamond Table Tennis League
Keywords: Sporting Events Sports Awards Future Events