omniture

Ganding Bahu dengan WWF, GAC Motor Dorong Kejayaan Taman Negara Pertama China

GAC Motor
2019-07-29 08:23 307

- GAC Motor, bersama-sama Pentadbiran Taman Negara Tiga-sumber-sungai dan World Wildlife Fund (WWF), terus melindungi salah satu sumber air tawar yang paling penting di Asia sebelum pembukaan taman tersebut kepada orang awam menjelang tahun 2020.

GUANGZHOU, China, 29 Julai 2019 /PRNewswire/ -- GAC Motor, Pentadbiran Taman Negara ("Pentadbiran Taman") Tiga-sumber-sungai (Sanjiangyuan) dan World Wildlife Fund ("WWF") melancarkan pelan pemuliharaan taman negara pertama China pada tahun 2016. Laporan boleh serah yang dikeluarkan baru-baru ini oleh ketiga-tiga pihak ini menunjukkan pencapaian yang disempurnakan dalam tiga tahun lalu termasuk rekod kemunculan pertama serigala hitam yang sukar dijumpai di China. Laporan ini mendedahkan bahawa penyertaan GAC Motor dalam pembinaan taman negara pertama China telah menetapkan templat untuk perusahaan-perusahaan turut serta dalam pembangunan taman negara sebagai daya sosial.

Alami Hebahan Berita Berbilang Saluran yang interaktif di sini: https://www.multivu.com/players/English/8579351-gac-motor-wwf-sanjiangyuan-national-park/

GAC Motor Participates in the Construction of China’s First National Park
GAC Motor Participates in the Construction of China’s First National Park

Sejak tiga tahun lalu, GAC Motor telahpun bekerjasama dengan Pentadbiran Taman dan WWF untuk mewujudkan dan meningkatkan mekanisme untuk penyertaan orang awam dalam pembinaan serta pengurusan taman negara.

Kira-kira 15,000 ekor burung tanah lembap daripada 26 spesies termasuk beberapa spesies terjejas, telah direkodkan di kawasan sumber Sungai Kuning (Yellow River) yang mana kamera inframerah merakamkan imej-imej yang sukar didapati, harimau bintang salji dan serigala hitam, seraya membuktikan bahawa sumber dan ekosistem semula jadi telah dipulihkan dengan berkesan sejak pembinaan taman negara tersebut.

Bagi memperbaiki kehidupan penggembala tempatan, ketiga-tiga pihak memperkenalkan projek-projek "mata pencarian alternatif" bagi menyokong penggembala untuk menjadi pemulihara ekologi di taman negara tersebut, yang dapat memastikan pembangunan mampan komuniti setempat, di samping mencapai matlamat untuk melindungi alam sekitar. Mereka bukan sahaja telah meneroka jalan keluar untuk menubuhkan sistem pengurusan taman negara, tetapi turut mencipta kejayaan cemerlang dari segi pemantauan kepelbagaian bio dan persekitaran taman keseluruhan.

"Menerusi pembukaan Taman Negara Tiga-sumber-sungai pada tahun 2020, orang awam akan memberi perhatian yang lebih besar terhadap kepentingan perlindungan ekologi. Kami berharap agar lebih banyak perusahaan dan pasukan sosial akan menyertai kami untuk menyokong dan mengambil bahagian dalam usaha melindungi taman negara tersebut," kata Yu Jun, presiden GAC Motor.

Sebagai perusahaan pertama yang mengambil bahagian dalam pembinaan taman negara, GAC Motor menyerahkan 25 SUV dan beberapa kumpulan bekalan peronda untuk operasi harian dan rondaan rutin taman ini. Untuk beberapa tahun berturut-turut, syarikat turut mengelolakan sukarelawan daripada Program Duta Tanah Lembapnya untuk menjalankan tinjauan kepelbagaian bio bersama ahli-ahli ekologi untuk melindungi salah satu sumber air tawar yang paling penting di Asia.

GAC Motor telah membantu taman negara ini berhubung perlindungan keseluruhan ekosistem semula jadi dan akan menyokong taman ini sebagai persediaan untuk pembukaannya kepada orang ramai. Ia juga akan terus bekerjasama dengan Pentadbiran Taman dan WWF bagi membina taman negara yang memperlihatkan usaha perlindungan alam sekitar dan pemulihan ekologi China.

Untuk maklumat lanjut tentang GAC Motor, sila kunjungi:
http://www.gac-motor.com/ 
Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor
YouTube: http://www.youtube.com/c/GACMotorOfficial

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Sukie Wong
No. Telefon: +86-186-8058-2829
Emel: GACMotor@126.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190726/2534757-2?lang=0

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Transportation Travel Corporate Social Responsibility Environmental Issues