omniture

Schindler Lifts Singapore Pte Ltd. terima Anugerah Majikan SkillsFuture

Jardine Schindler Group
2019-08-02 02:00 384

SINGAPURA, 2 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Schindler Lifts Singapore Pte Ltd. telah menerima Anugerah Majikan SkillsFuture oleh Presiden Republik Singapura, Puan Halimah Yacob, dalam sebuah upacara penyampaian anugerah pada 30 Julai 2019.

Dr. Qiu Hai, Pengarah Urusan Schindler Lifts, menerima Anugerah Majikan SkillsFuture daripada Puan Halimah Yacob bagi pihak Schindler Lifts Singapore Pte Ltd.
Dr. Qiu Hai, Pengarah Urusan Schindler Lifts, menerima Anugerah Majikan SkillsFuture daripada Puan Halimah Yacob bagi pihak Schindler Lifts Singapore Pte Ltd.

 

Disebut-sebut sebagai anugerah kemahiran tertinggi Singapura untuk majikan, anugerah ini memberi penghormatan kepada organisasi-organisasi teladan, yang menjadi peneraju dalam memperjuangkan pembangunan kemahiran pekerja dan membina budaya pembelajaran sepanjang hayat di tempat kerja mereka. Melalui komitmen Schindler Singapura untuk menyokong individu yang membina dan mengembangkan perniagaan, ia dapat mengangkat individu dan pembangunan bakat adalah penting dalam menjadikan Schindler sebagai pilihan utama untuk kakitangan dan akhirnya, pelanggan mereka.

Anugerah ini mengiktiraf Schindler Singapura atas strategi pembangunan modal insan holistik mereka yang selari dengan industri tidak lewah dan trend tenaga kerja negara, inisiatif kerajaan yang berkaitan dan melengkapi secara proaktif tenaga kerja dengan alatan digital dan kecekapan untuk berkembang maju dalam perniagaan pengangkutan vertikal yang berkembang, dipercepatkan melalui Industri 4.0.

Hasil daripada usaha-usaha untuk meningkatkan keberkesanan strategi modal insan mereka, Schindler Singapura berikrar untuk Tempat Kerja Persekitaran Binaan yang lebih baik bersama Lembaga Pembinaan Bangunan Singapura, meningkatkan amalan pengambilan pekerja berdasarkan kecekapan dan melanjutkan faedah-faedah cuti belajar syarikat kepada kakitangan untuk meningkatkan set kemahiran mereka melalui kursus-kursus SkillsFuture yang disahkan oleh kerajaan.

Schindler Singapura menggabungkan program perantisan mereka dengan pengajian vokasional separuh masa di Institusi Pendidikan Teknikal (ITE), sebagai penambahan kepada pensijilan penalisawatan Schindler, memperakui juruteknik-juruteknik sebagai Pakar-pakar Lif bertauliah. Menyokong langkah kementerian tenaga kerja Singapura untuk menyediakan pendidikan vokasional dalam industri pengangkutan vertikal, Schindler Singapura menyokong pelancaran Sijil Kecekapan dalam Penyelenggaraan Lif untuk Pakar-pakar Lif melalui penilaian yang dijalankan oleh ITE.

Sebagai permulaan kepada anugerah Majikan SkillsFuture, Schindler Singapura berjaya memperoleh Geran Pembangunan Keupayaan (Peringkat industri) Workforce Singapore (WSG) untuk Pelaksanaan IOEE di Singapura dan kemudiannya dilantik sebagai Rakan Kongsi Modal Insan bersama Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF), mengiktiraf majikan-majikan yang mempunyai perkaitan kuat dengan ekonomi negara, teras yang kukuh bagi kakitangan Singapura dan komitmen terhadap pembangunan tenaga kerja telah dapat membantu mengukuhkan Schindler Singapura sebagai majikan utama antara rakan-rakan industri mereka di Singapura.

Schindler merupakan yang pertama dalam kalangan rakan industri mereka di Singapura yang memenangi anugerah ini.[1]

Dengan penerimaan Anugerah Majikan SkillsFuture, Schindler Singapura berusaha untuk terus mara ke hadapan bagi menerajui industri dengan mengangkat kakitangan kami dan bakat yang membina perniagaan.

[1] Menurut kajian Jardine Schindler Group setakat Julai 2019.

Latar Belakang Schindler

Ditubuhkan di Switzerland pada tahun 1874, Schindler Group ialah penyedia utama global untuk lif, eskalator dan perkhidmatan berkaitan. Penyelesaian mobiliti Schindler menggerakkan lebih daripada satu bilion orang setiap hari di seluruh dunia. Di sebalik kejayaan syarikat berdirinya lebih 60,000 kakitangan di lebih 100 negara.

Latar Belakang Schindler Singapura

Schindler mula beroperasi di Singapura semasa tahun 1960-an. Pada tahun 1975, Schindler Lifts (Singapore) Pte. Ltd. ditubuhkan, setahun selepas Jardine Matheson dari Hong Kong dan Schindler Holding Ltd. dari Switzerland memulakan satu usaha sama. Schindler Lifts (Singapore) Pte Ltd. turut menyokong operasi-operasi Schindler di Myanmar.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190731/2539365-1?lang=0
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141111/8521406714LOGO?lang=0

Source: Jardine Schindler Group
Keywords: Construction/Building Workforce Management/Human Resources Awards