omniture

GTA dan RTI Bina Stesen Pendaratan Kabel dan Pusat Data Neutral Pertama Guam

GTA
2019-08-05 20:44 154

SAN FRANCISCO dan PITI, Guam, 5 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Pasukan pengurusan RTI dan GTA telah memeterai satu perjanjian usaha sama dan membina kemudahan Gateway Network Connections, LLC (GNC). GNC akan berkhidmat sebagai Stesen Pendaratan Kabel (CLS) dan Pusat Data (DC) gabungan neutral yang pertama Guam.

GNC terus meningkatkan kepentingan Guam sebagai hab penting untuk kabel-kabel bawah laut. Beberapa kabel gentian optik bawah laut baharu akan tiba di Guam pada tahun-tahun akan datang termasuk kabel 100G yang telahpun dijadualkan untuk tiba di kemudahan GNC pada tahun 2019 dan 2020.

GNC akan menyediakan kesalinghubungan lancar untuk kedua-dua kabel sedia ada dan baharu, menyediakan sambungan selanjutnya antara dan dalam kalangan Asia, Australia dan Amerika Syarikat. Bangunan GNC baharu akan ditempatkan bersebelahan CLS sedia ada milik GTA, yang mana Sistem Kabel Asia Tenggara-Amerika Syarikat (SEA-AS) diletakkan.

Guam sebagai Hab Telekomunikasi Penting

Dijadualkan siap pada suku pertama tahun 2020, GNC akan menjadi pusat data rekaan Jenis 3 berkeluasan 11,800 kaki persegi (1,096 meter persegi) dengan kira-kira 250 rak kapasiti dan 2 Megawatt kuasa. Kemudahan yang dibina khas ini direkayasa agar mampu bertahan terhadap keadaan Taufan Kategori 5 dan banjir tsunami.

GTA ialah pengendali yang penting untuk Guam dan ia juga merupakan pemilik kabel yang berpengalaman, anggota konsortium dan pihak berlesen untuk kemudahan meletakkan kabel. Kejayaan paling terkini oleh GTA ialah penyempurnaan awal Piti-I CLS, yang mana kabel 100G SEA-AS menjalankan perkhidmatan secara komersial sejak tahun 2017.

RTI juga merupakan pemilik kabel yang berpengalaman dan rakan-rakan gabungannya tidak lama lagi akan menyiapkan pembinaan kabel 100G baharu yang akan mendarat di Guam. Kabel-kabel baharu ini termasuk Sistem Kabel Utara Jepun-Guam-Australia (Utara JGA) yang menghubungkan Tokyo dan Guam, Sistem Kabel Selatan Jepun-Guam-Australia (Selatan JGA) yang menghubungkan Sydney dan Guam dengan cawangan ke Sunshine Coast Australia serta Sistem Kabel Hong Kong-Guam (HK-G) yang menghubungkan Hong Kong dan Guam. Utara JGA, Selatan JGA dan HK-G akan saling berhubung antara satu sama lain di kemudahan neutral GNC dan rangkaian GTA akan membolehkan sambungan yang lancar antara GNC dan kabel-kabel aktif lain yang diletakkan di Guam.

"Pengendali yang meletakkan kabel di Guam tidak lama lagi akan berupaya memaksimumkan pelaburan kabel mereka dengan bersambung dengan kemudahan neutral-pembawa GNC," kata Russ Matulich, Ketua Pegawai Eksekutif RTI. "GNC akan membolehkan kabel-kabel 100G baharu dan kabel-kabel sedia ada untuk bersambung dengan pantas dan lancar hasil daripada gentian GTA yang telahpun disambungkan kepada kabel-kabel yang diletakkan di Guam."

Tapak GNC memainkan peranan penting dalam komunikasi global generasi seterusnya. Syarikat-syarikat gergasi teknologi, perusahaan-perusahaan global, penyedia-penyedia perkhidmatan awan, institusi-institusi akademik dan penyedia-penyedia kandungan melihat Guam sebagai persimpangan penting untuk rangkaian berkelajuan tinggi. Kemudahan GNC dilengkapi sepenuhnya untuk menyokong – dan mendayakan – permintaan data yang tinggi dunia moden.

"GNC akan meningkatkan nilai sebanyak lebih $3 bilion dalam kabel-kabel bawah laut yang mendarat di Guam," kata Roland Certeza, Ketua Pegawai Eksekutif GTA. "GTA mempunyai jejak gentian tertanam yang terbesar di Guam, yang membolehkan kami menyediakan perlindungan tambahan. Selain Sistem Kabel SEA-AS di kemudahan Piti-I kami, GTA akan turut menyediakan sokongan teknikal 24/7/365 sebagai sebahagian daripada usaha sama kami bersama RTI di GNC. Keneutralan GNC memastikan persaingan yang setara untuk syarikat-syarikat besar dan kecil yang bergantung pada Guam sebagai hab yang andal dan neutral dari dan ke Asia."

Infrastruktur Kritikal untuk Rantau Asia Pasifik 

GNC ialah persimpangan Asia Pasifik untuk Barat SEA-AS, Timur SEA-AS, HK-G, Utara JGA dan Selatan JGA. Kemudahan GNC direka bentuk untuk menampung sekurang-kurangnya lima sistem kabel tambahan dan GNC akan menyediakan sambungan kritikal kepada sistem-sistem kabel aktif yang lain di Guam.  

Sebagai tapak mendarat utama dan titik sambungan penting untuk beberapa sistem kabel Asia Pasifik, GNC akan membantu mendayakan komunikasi digital berkelajuan tinggi di seluruh rantau berkenaan dan merentas Lautan Pasifik ke tanah besar A.S.

"Kemudahan saling sambungan antara dan dalam kalangan kabel ialah kunci untuk memaksimumkan sebarang pelaburan kabel," kata Brett Lay, Presiden RTI. "Saling sambung dalam persekitaran neutral membolehkan pelanggan kami untuk memindahkan kapasiti ke dan dari sebarang kabel pada rangkaian RTA. Kapasiti mudah alih kini boleh direalisasikan bukan sahaja hasil reka bentuk cekap GNC tetapi juga lantaran rangkaian termaju GTA di Guam. Setelah siap pada suku pertama tahun 2020, GNC akan menjadikannya cekap dan mudah."

"Guam sentiasa mempunyai kepentingan strategik dalam bidang telekomunikasi," kata Lou Leon Guerrero, Gabenor Guam. "Pelaburan ini menekankan komitmen pentadbiran kami untuk mengukuhkan infrastruktur telekomunikasi kami dan akhirnya menyediakan peluang ekonomi baharu untuk pulau kami. Kami mengucapkan tahniah kepada GTA dan rakan-rakan kongsi mereka atas kejayaan meraih pencapaian penting ini dan kami mengalu-alukan sumbangan berterusan mereka kepada pulau dan rakyat kami."

Latar Belakang RTI: RTI ialah pemilik kabel bawah laut bebas terkemuka yang menyediakan penyelesaian rangkaian berskala luas merentas pelbagai industri termasuk syarikat awan, pengendali rangkaian, pembawa serantau, perusahaan global, penyedia kandungan dan institusi pengajian tinggi. RTA beribu pejabat di San Francisco, California, AS. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.rticable.com.

Latar Belakang GTA: GTA menyediakan perkhidmatan komunikasi yang lengkap di Guam untuk pelanggan kediaman dan perniagaan. Syarikat mengendalikan rangkaian tanpa wayar 4G LTE, internet berkelajuan tinggi, televisyen digital dan perkhidmatan telefon tempatan dan jarak jauh. GTA turut menyediakan litar data kelas pembawa serta mengendalikan stesen pendaratan kabel untuk konsortium kabel SEA-AS. Berpangkalan di Tamuning, Guam, GTA dimiliki secara persendirian dan diurus secara setempat. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.gta.net

Source: GTA
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services New products/services