omniture

Peluang Terakhir untuk Rasai Ikon Wiski Scotch

Johnnie Walker
2019-08-06 16:00 173

Hanya 330 botol edisi terakhir The John Walker, Last Cask akan disediakan 

LONDON, 6 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Segala yang baik pasti akan berakhir. Biarpun sesuatu yang dihasilkan dengan begitu halus. Hari ini, Johnnie Walker mengumumkan bahawa keluaran terkini The John Walker akan menjadi keluaran terakhir seumpamanya dalam kelas master bagi pembuatan wiski ini. Hanya 330 botol telah dikeluarkan di seluruh dunia sebagai edisi terhad - The John Walker, Last Cask.

 

The John Walker, Last Cask – the final release of The John Walker. An elegant, triple-matured whisky including rare expressions from ‘ghost’ distilleries. Beautifully presented in a handmade Baccarat crystal decanter, with a bespoke design by Hand Engraver of Glass to Her Majesty the Queen, Philip Lawson Johnston.
The John Walker, Last Cask – the final release of The John Walker. An elegant, triple-matured whisky including rare expressions from ‘ghost’ distilleries. Beautifully presented in a handmade Baccarat crystal decanter, with a bespoke design by Hand Engraver of Glass to Her Majesty the Queen, Philip Lawson Johnston.

 

Wiski yang halus buatannya ini disajikan dalam botol arak bercembul kristal Baccarat yang dibuat secara manual, dengan reka bentuk tempahan khas oleh Tukang Ukir Tangan Kaca untuk Yang Maha Mulia Ratu, Philip Lawson Johnston. Setiap imej indah lukisan tangan yang menghiasi botol tersebut adalah unik, yang mana tiada dua ukiran yang sama, lalu menjadikan keluaran ini tawaran yang benar-benar unik.

Selama lebih sedekad lamanya, The John Walker dihasilkan menerusi beberapa tong kayu wiski yang terbaik dan paling berharga daripada tempat simpanan Johnnie Walker yang tiada tandingan. Wiski-wiski ini dipilih sendiri daripada hanya sembilan kilang penyuling yang wujud sepanjang hayat pengasas Johnnie Walker, John Walker (1805 - 1857). Wiski-wiski ini kemudiannya dimatangkan dengan teknik pematangan tiga kali khas termasuk peringkat akhir yang digabungkan dalam tong kayu buatan khas yang diperbuat daripada tongkat kayu oak yang berusia 100 tahun.

Menurut pandangan pakar iaitu Pakar Pengadun Johnnie Walker Jim Beveridge, tong kayu khas ini, penting untuk mengimbangi rasa The John Walker, dalam masa terdekat tidak lagi akan dapat membawakan keseimbangan dan kedalaman sifat yang begitu penting untuk wiski elegan ini. Oleh itu, beliau telah memutuskan untuk tidak lagi menggunakannya, bermakna hanya satu tong kayu akhir The John Walker akan dikeluarkan.

Dr Jim Beveridge, diiktiraf tahun ini menerusi penganugerahan OBE atas khidmat beliau kepada industri wiski Scotch oleh Yang Maha Mulia Ratu, berkata: "Saya berbesar hati kerana dapat mengendalikan wiski-wiski berharga yang jarang dijumpai bagi mencipta keseimbangan dan kedalaman yang terdapat dalam The John Walker dan persembahan baharu yang indah ini merupakan produk terakhir yang benar-benar elegan untuk Scotch yang hebat."

The John Walker dihasilkan dengan teliti menggunakan enam wiski malt tunggal luar biasa dan tiga wiski bijirin yang sangat jarang dijumpai yang digabungkan dengan mahir bagi memastikan kedalaman rasa yang luar biasa.

Proses dimulakan dengan pematangan pertama yang panjang dalam tong kayu individu yang membolehkan rasa-rasa khusus yang unik kepada setiap kilang penyuling terhasil. Langkah pematangan kedua kemudiannya memasukkan malt tunggal dan bijiran bersama-sama ke dalam dua vat berasingan, sebelum langkah penggabungan terakhir.

Buat julung kalinya, Jim dan pasukan kecil pembuat wiski berkepakaran beliau mendedahkan wiski-wiski luar biasa yang digunakan untuk menghasilkan Scotch yang elegan ini:

"Kami menggabungkan ekspresi bijirin yang sangat jarang dijumpai dari Cambus, Port Dundas dan Cameronbridge yang menghasilkan rasa yang halus termasuk unsur kemanisan madu, rasa rempah yang halus dan sifat buah-buahan yang lembut."

"Vat wiski-wiski malt tunggal luar biasa menawarkan aroma yang lebih mendalam dan lebih mantap daripada buah-buahan kering dengan haruman buah-buahan sitrus yang terserlah daripada kilang-kilang penyuling Glen Albyn, Cardhu, Mortlach, Clynelish dan Dailuaine sebelum diakhiri dengan rasa asap Talisker yang sememangnya hangat dan pedas," kata Jim.

Sembilan wiski tersebut kemudiannya digabungkan dalam tong kayu The John Walker tempahan khas, bagi membolehkan rasa-rasa ini matang dan bersepadu, lalu memberikan ciri kedalaman dan lapisan sifat yang selanjutnya. Hasilnya ialah Scotch elegan yang hebat dengan rasa-rasa yang terserlah perlahan-lahan.

The John Walker, Last Cask dibotolkan pada ABV 40% dan boleh didapati dalam pasaran-pasaran terpilih mulai Ogos dan seterusnya pada harga runcit yang disyorkan bernilai Renminbi: 21, 835 ¥ di China.

Catatan untuk Editor: 

Latar Belakang The John Walker:  

Diinspirasikan oleh pengasas kami, The John Walker ialah Scotch elegan yang dimatangkan tiga kali, dihasilkan menggunakan wiski-wiski yang jarang dijumpai daripada sembilan kilang penyuling lama yang wujud semasa hayat pengasas kami John Walker (1805-1857).

Wiski yang elegan dan halus ini dengan mahir membawakan bersama-sama ekspresi yang luar biasa daripada kilang-kilang penyuling "bayangan" yang kini tidak lagi beroperasi iaitu Glen Albyn, Port Dundas dan Cambus, berserta enam kilang penyuling yang paling bersejarah di Scotland iaitu Cameronbridge, Cardhu, Mortlach, Clynelish, Dailuaine dan Talisker.
Wiski unik ini dimatangkan tiga kali. Proses pematangan pertama yang lama dalam tong kayu individu membolehkan rasa-rasa khusus yang unik daripada setiap kilang penyuling terhasil. Proses pematangan kedua menggabungkan tong kayu individu dan rasa ke dalam vat malt tunggal dan bijirin berasingan dengan mahir. Akhir sekali, vat ini digabungkan bersama-sama bagi menghasilkan adunan yang luar biasa seimbang.

Langkah terakhir ini menggunakan tong kayu gabungan tempahan khas, dibuat oleh pembuat tong daripada tongkat kayu oak yang berusia lebih seabad. Masa yang dihabiskan dalam tong kayu ini membolehkan lapisan-lapisan rasa halus matang dan bersepadu, lalu menghasilkan ciri kedalaman dan sifat yang luar biasa.

Latar Belakang Johnnie Walker: 

Johnnie Walker ialah jenama Wiski Scotch (IWSR) nombor satu di dunia, dinikmati oleh orang ramai di lebih 180 negara di seluruh dunia. Sejak zaman pengasasnya, John Walker, mereka yang mengadun wiski ini telah meningkatkan rasa dan kualitinya berbanding yang lain.

Rangkaian wiski yang memenangi anugerah hari ini termasuk Johnnie Walker Red Label, Black Label, Double Black, Green Label, Gold Label Reserve, Aged 18 Years dan Blue Label. Kesemuanya menyumbang kepada lebih 19 juta kotak yang dijual setiap tahun (IWSR, 2018), menjadikan Johnnie Walker sebagai jenama Wiski Scotch yang paling popular di dunia.

Latar Belakang Diageo 

Diageo ialah peneraju global bagi produk minuman beralkohol dengan koleksi jenama hebat termasuk wiski Johnnie Walker, Crown Royal, J&B, Buchanan's dan Windsor, vodka Smirnoff dan Cîroc, Captain Morgan, Baileys, Don Julio, Tanqueray dan Guinness.

Diageo tersenarai dalam kedua-dua Bursa Saham London serta Bursa Saham New York dan produk-produk kami dijual di lebih 180 negara di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut tentang Diageo, kakitangan, jenama dan prestasi kami, kunjungi kami di www.diageo.com. Layari sumber minum secara berhemah global Diageo, www.DRINKiQ.com, bagi mendapatkan maklumat, inisiatif dan cara untuk berkongsi amalan terbaik.

Meraikan kehidupan, setiap hari, di mana-mana jua.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/955831/The_John_Walker_Last_Cask.jpg

 

 

Source: Johnnie Walker
Keywords: Art Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Retail Supermarkets New products/services