omniture

Park Place Technologies Perkukuh Visi Dengan Urusniaga Rintis untuk Penyedia Perisian Analitik Rangkaian Entuity

Park Place Technologies
2019-08-06 19:05 215

Pemerolehan perisian perkukuh komitmen Park Place untuk sokong keperluan pelanggan globalnya dengan menawarkan keterlihatan rangkaian penuh dan kawalan semua aset melalui anak tetingkap kaca tunggal   

CLEVELAND, 6 Ogos 2019 /PRNewswire/ --  Park Place Technologies hari mengumumkan ia telah menandatangani perjanjian untuk pemerolehan Entuity, sebuah syarikat perisian pemantauan prestasi rangkaian global dengan pejabat-pejabat di Boston dan London. Ini bakal menjadi pemerolehan pertama oleh Park Place di luar kategori penyelenggaraan pihak ketiga.

Park Place Technologies ialah peneraju global bagi penyelenggaraan pihak ketiga untuk perkakasan pusat data dan pemerolehan perisian ini akan menjadi komponen penting dalam model penghantaran perkhidmatan berbilang vendornya. Susulan pemerolehan ini, Park Place akan membezakannya sebagai satu-satunya penyedia penyelenggaraan perkakasan berbilang vendor global yang menawarkan pelanggan dengan pemantauan, penyelenggaraan automatik, perkhidmatan Pusat Operasi Rangkaian (NOC), pengurusan acara, analisis penyebab yang berkemungkinan dan Analitik Data IT pada seluruh anak tetingkap tunggal.

Selama lebih 20 tahun, Entuity memberi tumpuan pada pemantauan prestasi rangkaian bagi menjamin penghantaran perkhidmatan tanpa gangguan. Entuity menyediakan analitik yang diperlukan untuk memastikan rangkaian beroperasi dan fungsi keterlihatan terhadap isu-isu sebelum ia memberi kesan kepada perkhidmatan perniagaan. Entuity ialah pelengkap sempurna kepada Park Place Technologies memandangkan kedua-dua organisasi ini mengutamakan pelanggan, mempunyai komitmen mendalam terhadap kakitangan mereka dan memfokuskan untuk memaksimumkan masa hidup pelanggan.

"Pemerolehan ini merupakan satu pencapaian penting untuk Park Place Technologies ketika kami mengalu-alukan Entuity, penyedia pemantauan prestasi rangkaian yang bereputasi tinggi ke dalam keluarga Park Place," kata Chris Adams, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Park Place Technologies. "Apabila Entuity disepadukan dengan produk pemantauan ParkView™ menang anugerah kami, kami akan memberikan keterlihatan rangkaian yang dipertingkat serta perkhidmatan NOC, mendorong masa hidup untuk kumpulan pelanggan global kami."

"Menarik apabila dapat melihat perkongsian ini akan memberi faedah bersama buat kedua-dua syarikat dan pelanggan mereka di seluruh dunia," kata Stephen Woodard, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Entuity. "Keupayaan penemuan automatik dan inventori Entuity, topologi langsung, pengurusan acara dan analisis penyebab berkemungkinan mengukuhkan inovasi sedia ada Park Place dan penyelesaian yang utama dalam industri seperti ParkView™."

ParkView™ ialah perkhidmatan pemantauan terjamin dan dihoskan yang mengenal pasti secara proaktif kegagalan komponen dan penyebab berkemungkinan pada seluruh anak tetingkap tunggal. ParkView™ menyediakan perkhidmatan automatik kepada pelanggan dengan rancangan jangka pendek untuk melangkaui lapisan perkakasan kepada perisian bagi merangkumkan kedua-dua sistem operasi dan pelayan maya. Pemantauan prestasi rangkaian Entuity dapat mengukuhkan visi ini.

Ini bakal menjadi pemerolehan ke-12 oleh Park Place Technologies sejak tahun 2016 dan yang kedua pada tahun 2019, susulan pemerolehan MCSA Group Limited yang berpangkalan di UK pada April lalu. Pemerolehan pada tahun 2018 termasuk CMG-Nicsa berpangkalan di Amerika Latin, Axentel Technologies berpangkalan di Singapura dan Solid Systems CAD Services (SSCS) berpangkalan di Houston. Pemerolehan ini bersama-sama meluaskan kehadiran Park Place Technologies di seluruh dunia dan memperlihatkan komitmen berterusan oleh syarikat untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat daripada kumpulan pelanggan globalnya.

Latar Belakang Park Place Technologies

Ditubuhkan pada tahun 1991, Park Place Technologies menyediakan kaedah alternatif pasca jaminan untuk storan, pelayan dan penyelenggaraan perkakasan perangkaian untuk pusat-pusat data IT. Dengan akses 24/7 kepada pusat hubungan global, sokongan daripada jurutera paling termaju dalam industri dan pelbagai perkhidmatan memenangi anugerah yang utama dalam industri seperti ParkView™, Park Place Technologies memperkasa pelanggan-pelanggannya untuk meningkatkan kepantasan operasi dan memaksimumkan masa hidup. Menerusi lebih 16,000 pelanggan, termasuk perkhidmatan semua peralatan OEM tahap satu, perkhidmatan Park Place Technologies tersebar merentas 55,000 pusat data di lebih 140 negara.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.parkplacetechnologies.com.

Media Park Place Technologies

Jennifer Deutsch | Ketua Pegawai Pemasaran
Utama 877-778-8707 | Terus 440-991-3105

Michael Miller | Pengurus Kandungan dan Komunikasi Global
Utama 877-778-8707 | Terus 440-683-9426

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/535647/Park_Place_Technologies_Logo.jpg

Source: Park Place Technologies
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment Acquisitions, mergers, takeovers