omniture

Cambium Networks Umum Penyelesaian Jalur Lebar Tanpa Wayar Tetap Force 300 ePMP Baharu

Cambium Networks
2019-08-06 22:00 159

Pengendali Rangkaian Perusahaan dan Penyedia Perkhidmatan Dapat Melanjutkan Rangkaian

ROLLING MEADOWS, Illinois, 7 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Cambium Networks, (NASDAQ: CMBM) penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian perangkaian tanpa wayar, hari ini mengumumkan penyelesaian jalur lebar tanpa wayar ePMP™ baharu bagi menyediakan fungsi ketersambungan yang andal dan berpatutan. Tiga modul pelanggan baharu memberi lebih pilihan kepada pengendali rangkaian untuk mewujudkan rangkaian dibina khas yang dapat memenuhi keperluan daya pemprosesan sambil beroperasi dalam persekitaran yang hingar dan mencabar. Penambahan baharu kepada portfolio ePMP ini melanjutkan pilihan ketersambungan tanpa wayar untuk penyedia perkhidmatan, pengendali perusahaan dan perindustrian yang menggunakan fungsi ketersambungan dengan portfolio penyelesaian ketersambungan Fabrik Tanpa Wayar Cambium Networks.

"Penyedia perkhidmatan tanpa wayar dan perusahaan dicabar untuk menyediakan fungsi ketersambungan yang andal dan kadar data atau pelan perkhidmatan yang lebih tinggi memandangkan spektrum menjadi semakin terhad," kata Sakid Ahmed, Naib Presiden Perniagaan ePMP, Cambium Networks. "Modul-modul pelanggan baharu ini memanfaatkan penyelesaian Sistem pada Cip 802.11ac Wave 2 termaju, meluaskan portfolio ePMP 3000 dengan menawarkan modul pelanggan jarak dekat faktor bentuk kecil, penyelesaian berasaskan antena panel perolehan sederhana untuk titik-ke-titik (PTP) dan pilihan tahan lasak dengan sokongan 4.9 GHz dalam pasaran keselamatan awam. Pengendali rangkaian boleh terus memanfaatkan 4x4 MU-MIMO dengan ePMP 3000 sebagai titik akses (AP) dan keserasian dengan titik akses ePMP 1000 & 2000.

  • Force 300-13 amat sesuai untuk pautan pendek dalam aplikasi seperti pengangkutan pengawasan video CCTV atau sambungan internet bandar pendek. Modul ini menyokong saiz saluran 20, 40 dan 80 MHz serta modulasi sehingga 256 QAM. Unit ini mempunyai faktor bentuk kecil dan antena panel bersepadu 13 dBi yang menjadikan penggunaan yang ideal di lokasi dengan ruang terhad atau apabila estetika menjadi amat penting.
  • Force 300-19 digunakan untuk pautan jarak sederhana dan berguna untuk pengendali yang memilih faktor bentuk antena panel berbanding faktor bentuk piring. Antena panel sesuai untuk lokasi yang tidak sesuai untuk antena piring di samping memberi prestasi yang sama.
  • Force 300-19R – dengan faktor bentuk yang serupa dengan Force 300-19, 300-19R berguna untuk aplikasi perusahaan besar, kerajaan dan perindustrian dengan ciri kalis cuaca yang tahan lasak. Modul ini juga mempunyai penambahan saiz saluran 5 dan 10 MHz sempit untuk aplikasi PTP, lalu menjadikannya amat berguna dalam jalur frekuensi berlesen 4.9 GHz.

Ketiga-tiga produk Force 300 ePMP baharu ini turut menyertai Force 300-16 dan Force 300-25 untuk menyediakan suit lengkap radio pelanggan bagi mengurus rangkaian luas aplikasi pengendali rangkaian. Pengendali rangkaian dapat mereka bentuk pautan dengan tahap keandalan tinggi melalui perisian LINKPlanner Release 5.1 percuma, liputan rangkaian model dalam cnHeat™ dan memantau prestasi serta mengurus rangkaian dengan sistem pengurusan hujung-ke-hujung cnMaestro™ dengan pantas

Produk-produk ePMP kini disediakan melalui penjual Cambium Networks.

Latar Belakang Cambium Networks
Cambium Networks ialah penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian ketersambungan tanpa wayar yang mengukuhkan hubungan bersama orang ramai, tempat dan benda. Mengkhusus untuk menyediakan fabrik tanpa wayar hujung-ke-hujung melibatkan platform yang diurus oleh awan yang andal, boleh diskala dan selamat yang beroperasi dalam keadaan mencabar, Cambium Networks memperkasa penyedia perkhidmatan serta pengendali rangkaian perusahaan, perindustrian dan kerajaan untuk membangunkan ketersambungan pinggir pintar. Beribu pejabat di luar Chicago dan menerusi pusat-pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) di A.S, U.K. dan India, Cambium Networks menjual produknya melalui pelbagai pengedar global yang dipercayai. www.cambiumnetworks.com

Perhubungan Media:
Sara Black
Bospar
213.618.1501
sara@bospar.com 

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/117974/cambium_networks_logo.jpg

Source: Cambium Networks
Related Stocks:
NASDAQ:CMBM
Keywords: Broadcast Technology Computer/Electronics Entertainment Radio Telecommunications Wireless Communications New products/services