omniture

TIA Lancar Skim Akreditasi ANSI/TIA-942 untuk Pensijilan Pusat Data, Pilih Certac untuk Urus Program

Telecommunications Industry Association (TIA)
2019-08-08 21:26 140

ARLINGTON, Virginia, 8 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Telecommunications Industry Association (TIA), persatuan terkemuka yang mewakili pengeluar-pengeluar dan pembekal-pembekal rangkaian komunikasi berteknologi tinggi, hari ini mengumumkan satu skim industri baharu untuk memberi pengauditan dan pensijilan rasmi kepada pusat-pusat data yang mematuhi piawaian ANSI/TIA 942.

"ANSI/TIA-942 barangkali merupakan piawaian sebenar yang paling popular di dunia untuk pusat data," kata Ketua Pegawai Eksekutif TIA Wes Johnston. "Ia merupakan salah satu piawaian TIA paling popular dan sentiasa berkembang agar sepadan dengan keperluan reka bentuk pusat data hari ini, termasuk teknologi baharu dan prinsip reka bentuk. Kami berbesar hati kerana kini kami mempunyai skim rasmi untuk mengesahkan kepatuhan terhadap piawaian ini."

"Dengan pengiktirafan rasmi oleh TIA ini, pengendali pusat data kini dapat menunjukkan kepada pengguna akhir dalaman dan luaran, bahawa pusat data mereka telah diaudit secara bebas bagi memenuhi penarafan ketahanan sasaran yang diperlukan oleh perniagaan mereka," kata Harry Smeenk, Naib Presiden Kanan untuk Program Teknologi di TIA. 

Skim pensijilan baharu akan menubuhkan badan-badan penilaian keakuran (CAB) yang dianggap cekap untuk mengesahkan keakuran pusat data dengan piawaian berkenaan. Mengiktiraf faedah-faedah melaksanakan sistem pengurusan kualiti yang baik untuk audit dan pensijilan selain keperluan teknikal, TIA memilih Certac untuk memberi pengesahan kepatuhan mengikut piawaian oleh CAB pihak ketiga bebas dan akreditasi peserta CAB.

"Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan TIA sebagai rakan kongsi operasi global mereka yang menyokong akreditasi Skim TIA-942 dan CAB," kata May Cheow, Pengurus Program di Certac. "Skim rasmi TIA akan memastikan bahawa piawaian kualiti yang ketat dikenakan ke atas sesiapa sahaja yang dibenarkan oleh TIA untuk mengambil bahagian dalam skim berkenaan."

"Kami memuji langkah oleh TIA ini," kata Edward van Leent, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif EPI Group of Companies dan setakat ini merupakan badan audit & pensijilan ANSI/TIA-942 terbesar di seluruh dunia. "Kami telah melihat beberapa Pusat Data Perusahaan dan Komersial yang menjadi mangsa kepada organisasi-organisasi rendah kualiti dan tidak terakreditasi atau berdaftar yang menjalankan audit lalu meninggalkan pelanggan dengan risiko yang besar. Skim rasmi ini akan memastikan bahawa hanya organisasi-organisasi yang cekap sahaja yang akan dibenarkan untuk menjalankan audit, seraya mengurangkan risiko perniagaan dan melindungi pelaburan pelanggan."

Piawaian sukarela dan didorong industri TIA mewujudkan protokol yang menjamin rangkaian komunikasi serta perkhidmatan yang andal dan berkualiti. Ia digunakan secara meluas oleh komuniti teknologi komunikasi maklumat.

ANSI/TIA-942 meliputi infrastruktur telekomunikasi dan semua aspek lain dalam pusat data misi kritikal seperti lokasi tapak, struktur seni bina dan fizikal bangunan, infrastruktur elektrik dan mekanikal, keselamatan kebakaran dan sekuriti fizikal.

Dalam skim pensijilan baharu ini, CAB akan diakreditasi melalui penilaian bebas oleh organisasi mengikut piawaian yang diiktiraf bagi memastikan kesaksamaan, kecekapan dan juga ketekalannya. Proses akreditasi yang diwujudkan untuk skim ini bergantung pada pendekatan seragam yang diterima dan dilaksanakan di seluruh dunia bagi menentukan kecekapan sesebuah organisasi. Butiran proses permohonan boleh didapati di: https://certac.org/content/53/51/Application-Screening-Process.

Merangkumkan akreditasi untuk pensijilan sebagai sebahagian daripada skim TIA memberi jaminan kesaksamaan dan kecekapan CAB. Ia turut memberi jaminan kepada pengendali/pemilik pusat data bahawa CAB berdaftar diberi kuasa oleh TIA untuk menjalankan audit berkenaan. Senarai CAB berdaftar disiarkan di www.tia-942.org. Syarikat-syarikat yang ingin menjadi CAB pihak ketiga perlu menghubungi hsmeenk@tiaonline.org.

Latar Belakang TIA

Telecommunications Industry Association (TIA) mewakili lebih 400 syarikat global yang mendayakan rangkaian komunikasi berkelajuan tinggi dan mempercepatkan inovasi ICT generasi seterusnya. Melalui kepimpinan di A.S. dan sokongan antarabangsa, program teknologi dan pembangunan piawaian serta penyelesaian prestasi perniagaan, TIA dan anggota-anggotanya mempercepatkan ketersambungan global merentas setiap industri dan pasaran. TIA diakreditasi oleh Institut Piawaian Kebangsaan Amerika (ANSI). Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.TIAonline.org

Latar Belakang Certac

Certac ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang menyediakan pengurusan perkhidmatan program untuk badan-badan akreditasi dan pensijilan. Certac beroperasi sejajar dengan piawaian antarabangsa yang berkaitan serta keperluan badan-badan akreditasi dan pensijilan; mengekalkan integriti dan kesaksamaan di samping mengambil kira kepentingan organisasi dan awam. Certac menyediakan saringan permohonan dan perkhidmatan pendaftar yang menyokong organisasi-organisasi piawaian. Untuk maklumat lanjut kunjungi www.certac.org


Logo - https://mma.prnewswire.com/media/957403/TIA_logo_Logo.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/957404/CERTAC.jpg

Source: Telecommunications Industry Association (TIA)
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Data Analytics