omniture

Pemanis Daun Stevia Reb M Bukan-GMO SweeGen Diluluskan di Singapura

SweeGen, Inc.
2019-08-09 09:49 242

Jawapan para pengeluar Makanan dan Minuman terhadap "Cukai Gula" yang dicadangkan oleh Singapura.  

RANCHO SANTA MARGARITA, California, 9 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- SweeGen, Inc., sebuah syarikat pemanis berasaskan alam semula jadi, mengumumkan bahawa Agensi Makanan Singapura telah menambah Pemanis Daun Stevia Reb M SweeGen ke dalam senarai aditif makanan yang dibenarkan.

Reb M SweeGen ialah pemanis stevia bukan kalori yang memberi kemanisan dengan rasa seakan-akan gula yang sempurna dan kini membolehkan pengeluar makanan dan minuman untuk mengurangkan gula, tanpa mengorbankan rasa.

Kelulusan ini diperoleh pada ketika Singapura sedang mempertimbangkan "cukai gula" dengan harapan agar dapat mengubah tabiat pengguna dan pengeluar bagi mengurangkan produk-produk berasaskan gula. Awal tahun ini, Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura mencadangkan pelbagai langkah yang berpotensi memberi kesan kepada sektor-sektor makanan dan minuman termasuk larangan penjualan minuman dengan gula yang lebih tinggi dan mengenakan cukai terhadap minuman berasaskan gula.

Pengeluaran unik oleh SweeGen bermula dengan daun stevia dan menggunakan proses penukaran bio berpaten untuk mencapai Reb M. dengan rasa yang sempurna dan tahap ketulenan tinggi. Proses ini membolehkan SweeGen untuk memperoleh pengesahan Projek Bukan-GMO, yang dikomersialkan pada tahun 2017 dan diluluskan di banyak wilayah di serata dunia.

"Kami teruja untuk memperkenalkan pemanis daun stevia Reb M bukan GMO kepada pengeluar makanan dan minuman di Singapura," kata Lewis Tessarolo, pengarah kanan pembangunan perniagaan di Asia Pasifik, SweeGen. "Permintaan pengguna terhadap produk-produk tanpa gula atau kurang gula yang semakin meningkat di seluruh dunia dan Reb M bukan GMO kami menyediakan penyelesaian kepada pengeluar."

Reb M, bersama-sama Reb D dan e+ merupakan sebahagian daripada portfolio pemanis stevia bukan-GMO SweeGen. Permintaan pengguna terhadap produk-produk tanpa gula dan kurang gula sedang meningkat di seluruh dunia dan pemanis stevia berasaskan alam semula jadi memberi alternatif rasa yang hebat kepada gula dan pemanis tiruan.

Latar Belakang SweeGen
SweeGen, Inc. mengkhusus kepada pembangunan, pengeluaran dan pengedaran pemanis bukan kalori untuk industri makanan, perasa dan minuman. Rancangan produk SweeGen yang tangkas, portfolio harta intelek dan keupayaan pembuatan khusus serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) menyediakan asas untuk inovasi dan penyediaan pemanis yang berkualiti tinggi. Untuk maklumat lanjut sila hubungi info@sweegen.com dan kunjungi laman sesawang SweeGen, www.sweegen.com.

Kenyataan Peringatan Berhubung Kenyataan Pandang ke Hadapan
Siaran media ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan, termasuk, antara kenyataan-kenyataan lain, kenyataan berhubung prospek masa hadapan untuk pemanis daun stevia Reb M. Kenyataan-kenyataan ini adalah berasaskan jangkaan semasa, namun tertakluk kepada risiko dan ketidaktentuan tertentu, kebanyakannya sukar diramal dan di luar kawalan SweeGen, Inc.

Risiko dan ketidaktentuan yang berkaitan termasuk yang dirujuk dalam pemfailan terdahulu oleh SweeGen, Inc. dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa. Risiko dan ketidaktentuan ini boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara daripada yang dinyatakan atau tersirat dalam kenyataan pandang ke hadapan, dan oleh yang demikian perlu dipertimbangkan dengan teliti. SweeGen, Inc. tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini mana-mana kenyataan pandang ke hadapan hasil daripada maklumat baharu mahupun peristiwa atau perkembangan masa depan.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/469549/Sweegen_Final_OT_Logo.pdf

Source: SweeGen, Inc.
Related Links:
Keywords: Food/Beverages Retail