omniture

GAC Motor Tambah Tiga Lagi Pengedar dalam Jaringan Amerika Latin dan Asia Tenggara

GAC Motor
2019-08-09 16:48 398

GUANGZHOU, China, 9 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- GAC Motor mengumumkan penandatanganan perjanjian kerjasama dengan Group Auto Commercial Panama, VK Group Laos dan TH Group Cambodia, membawa produk-produknya ke tiga negara baharu.

Model-model sedan, SUV dan MPV baharu akan diperkenalkan ke ketiga-tiga negara, membawakan lebih banyak produk setempat ke pasaran. Dalam masa yang sama, GAC Motor akan menyediakan latihan sistematik untuk pembinaan saluran, pemasaran dan perkhidmatan selepas jualan bagi menjamin pengeluaran dan jualan produk-produknya dalam pasaran tempatan.

Representatives from GAC Motor and International Distributors at Signing Ceremony
Representatives from GAC Motor and International Distributors at Signing Ceremony

Ketiga-tiga syarikat pengedar baharu akan menumpu untuk membina dewan pameran, membuat persiapan untuk pengeluaran produk baharu, mewujudkan pengurusan dan operasi tempatan untuk bekerjasama erat dengan GAC Motor bagi meningkatkan pengaruh jenama.

Pedro Juan Vallarino, Presiden Group Auto Commercial Panama, mengulas tentang perjanjian tersebut, "Saya kagum dengan pencapaian terkini GAC Motor terhadap tenaga baharu dan kecerdasan, keupayaan pengautomatan dan penyesuaian dalam kilang-kilangnya dan juga kekuatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) global." Viengkham Tongnaly, Pengerusi VK Group Laos, berkata bahawa "Produk-produk GAC Motor sesuai untuk laluan dan jalan di Laos," manakala Norm Hav, Pengerusi TH Group Cambodia, berasa "positif dengan kerjasama tersebut lantaran kedudukan utama dan kesetiaan GAC Motor kepada kualiti produk, inovasi teknologi dan reka bentuk."

GAC Motor’s Flagship Luxury 7-seat SUV GS8 to Be Launched in New Markets
GAC Motor’s Flagship Luxury 7-seat SUV GS8 to Be Launched in New Markets

Susulan strategi untuk meliputi pasaran baru muncul secara berperingkat-peringkat sambil melancarkan jualan dalam pasaran-pasaran matang di negara-negara maju, GAC Motor menjadikan rantau Amerika Latin dan Asia Tenggara sebagai satu lagi daya penggerak dalam proses GAC Motor untuk berkembang ke peringkat global, hasil daripada hubungan dagangan yang erat antara kedua-dua rantau berkenaan dengan China.

GAC Motor terus mengambil kira kualiti sebagai daya penggerak penting dalam pengembangan globalnya. Ia menduduki tempat pertama antara semua jenama Cina selama enam tahun berturut-turut dalam Initial Quality StudySM (IQS) China J.D. Power Asia Pacific. SUV GS8 miliknya telah meraih kedudukan teratas dari segi kualiti dalam segmen pasaran SUV besar, menunjukkan daya saing GAC Motor bagi pembuatan kereta mewah.

Yu Jun, GAC’s Senior Executive, Delivers a Speech at the Signing Ceremony
Yu Jun, GAC’s Senior Executive, Delivers a Speech at the Signing Ceremony

 

GAC Motor kini beroperasi di 18 negara dan kawasan termasuk pasaran Ecuador yang baru ditembusi tahun ini. Melaporkan peningkatan 69% berbanding tahun sebelumnya dalam jualan antarabangsa pada tahun 2018, GAC Motor turut meraih kedudukan No.1 sebagai jenama automobil Cina paling laris terjual di Kuwait, Bahrain dan Nigeria. Pada bulan Mei lalu, GAC Motor International Limited, subsidiari milik penuh GAC Motor dibuka di Hong Kong. Bersama-sama subsidiari Rusia milik syarikat yang dibuka pada April lalu, ia akan menyokong strategi kehadiran jenama global GAC Motor.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: 

Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor
YouTube: http://www.youtube.com/c/GACMotorOfficial

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Sukie Wong
Telefon: +86-186-8058-2829
Emel: GACMotor@126.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190808/2547028-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190808/2547028-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190808/2547028-1-c?lang=0

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Transportation Contracts Corporate Expansion