omniture

ASVDA pimpin syarikat-syarikat baharu hadiri Startup Thailand, luaskan peluang perniagaan menghala ke selatan

ASVDA
2019-08-12 09:38 381

TAIPEI, Taiwan, 12 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Bagi menyokong upacara perasmian dan pembukaan Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di bangunan pejabat baharu Thailand di Bangkok serta acara Startup Thailand yang turut diadakan di sana, Asia Silicon Valley Development Agency (ASVDA) berganding bahu dengan Institute for Information Industry dan Blue Ocean Accelerator untuk mengelolakan delegasi pameran sempena Pameran Teknologi Syarikat Baharu Taiwan & Startup Thailand, memimpin 15 syarikat baharu yang mewakili beberapa industri termasuk dron, pertanian pintar, pengangkutan pintar, Internet Pelbagai Benda (IoT) dan kecerdasan buatan (AI) untuk menghadiri pameran tersebut di Thailand antara 23 dan 28 Julai. Sementara itu, bagi membantu syarikat-syarikat baharu Taiwan berkembang ke dalam pasaran menghala ke selatan, Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Thailand menganjurkan Pameran Teknologi Syarikat Baharu & Persidangan Pemadanan Perniagaan Taiwan pada 24 Julai, sebuah acara yang diadakan serentak dengan upacara perasmian bangunan baharu tersebut, yang mana vendor-vendor tempatan di Thailand telahpun diundang agar anggota-anggota delegasi dapat berangkaian dengan mereka dan mencari rakan kongsi yang sesuai untuk projek-projek masing-masing. Acara tersebut direka untuk membantu syarikat-syarikat baharu Taiwan memanfaatkan peluang perniagaan untuk mereka sendiri dalam negara-negara menghala ke selatan baharu.

The Asia Silicon Valley Development Agency (ASVDA) teamed up with the Institute for Information Industry and Blue Ocean Accelerator to attend the inauguration and opening ceremony of the Taipei Economic and Cultural Office in Thailand's new office building in Bangkok and visit the Taiwan Hi-Tech Exhibition Center in Thailand
The Asia Silicon Valley Development Agency (ASVDA) teamed up with the Institute for Information Industry and Blue Ocean Accelerator to attend the inauguration and opening ceremony of the Taipei Economic and Cultural Office in Thailand's new office building in Bangkok and visit the Taiwan Hi-Tech Exhibition Center in Thailand

Ketua Pegawai Pentadbiran ASVDA Lee Po-Jung berkata bahawa Thailand ialah pasaran penting untuk Taiwan. Dengan matlamat untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap pembukaan bangunan pejabat baharu, memperlihatkan kekuatan Taiwan dalam inovasi dan teknologi serta memanfaatkan peluang-peluang perniagaan menghala ke selatan yang baharu dengan agresif, ASVDA mengundang Institute for Information Industry dan Blue Ocean Accelerator untuk bersama-sama memilih 15 syarikat baharu yang akan diundang untuk menghadiri pameran tersebut, dengan memberi tumpuan pada industri-industri tertentu, terutamanya dron, pertanian pintar, pengangkutan pintar, IoT dan AI. Akhirnya, 30 individu membentuk delegasi tersebut. Sama ada dari segi bilangan syarikat yang mengadakan pameran, bilangan industri yang diwakili atau bilangan individu yang terlibat, acara tersebut memecahkan beberapa rekod dari segi sejarah Taiwan dalam menghadiri pameran di Thailand.

Bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap pembukaan bangunan baharu tersebut, ASVDA terlibat sepenuhnya dalam perancangan dan reka bentuk ruang pameran serta susun atur reruai untuk pameran Taiwan pertama yang diadakan di sana. Matlamat ASVDA adalah untuk mewujudkan suasana dalam bangunan baharu yang seiring dengan gaya dan harapan masa kini.

Selain penyertaan mereka dalam Pameran Teknologi Syarikat Baharu Taiwan, delegasi pameran akan turut mengambil bahagian dalam Startup Thailand, dengan objektif untuk meningkatkan keterlihatan syarikat-syarikat baharu Taiwan di Thailand dan mendedahkan syarikat-syarikat tersebut kepada lebih banyak peluang perniagaan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190724/2531887-1?lang=0

Source: ASVDA
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Trade show news STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)