LONDON, 12 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Peminat wiski Scotch ikonik mempunyai alasan tambahan untuk memulakan pengembaraan musim panas ini dengan pengenalan Lagavulin 10 Year Old, malt tunggal baharu yang akan tersedia secara eksklusif di kedai bebas cutai Dufry di lapangan terbang terpilih di seluruh dunia.
Malt tunggal yang 'berapi namun ringan, mengkhayalkan namun halus' dibuat di kilang penyulingan Lagavulin yang terkenal di pantai selatan Islay dan kini sudah tersedia di pasaran.
Orang yang bertanggungjawab di sebalik pembuatan wiski ini, pakar malt Diageo Dr Craig Wilson, berkata: "Ramai orang melihat Lagavulin sebagai malt Islay yang definitif dan, seperti yang lain dalam kelompok ini, ungkapan baharu ini mempunyai semangat yang menawan dan penuh karakter. Ia kaya, mendalam dan berasap, setelah lama diperam di dalam tong Oak Amerika, manakala kehalusan berkrim dan sedikit rasa rempah-rempah terserlah menerusi kematangannya di tong bekas bourbon isian pertama."
Dr Craig Wilson menambah: "Ini ialah wiski yang dipenuhi dengan kontras yang mengejutkan. Pada lelangit, Lagavulin 10 Year Old ini manis dan masin pada mulanya, sebelum ia memuncak dengan pengakhiran pedas dan berasap yang kuat dan memanaskan. Ia amat sedap dinikmati tanpa ais atau ditambah air, yang membantu menyerlahkan beberapa lapisan rasa yang lebih mendalam. "
Lagavulin 10 Year Old boleh didapati secara eksklusif daripada kedai Dufry Travel Retail. Ia dibotolkan pada 43% dengan harga runcit £50 untuk 70cl.
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/958746/Lagavulin_10_Year_Old.jpg