omniture

Embassy Office Parks REIT Umum Keputusan Suku Pertama Tahun Fiskal 2019-20; Lapor Agihan Suku Tahunan sebanyak Rs 4,167 Juta

Embassy Office Parks REIT
2019-08-14 11:43 224

BENGALURU, India, 14 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Embassy Office Parks REIT (NSE: Embassy) (BSE: 542602) ('Embassy REIT'), REIT senaraian pertama India dan yang terbesar di Asia mengikut kawasan, melaporkan keputusan pada hari ini untuk suku pertama yang berakhir pada 30 Jun 2019.

Agihan

Lembaga Pengarah Embassy Office Parks Management Services Private Limited ('EOPMSPL'), Pengurus Embassy REIT, di Mesyuarat Lembaganya yang diadakan awal hari ini, mengisytiharkan agihan suku tahunan sebanyak Rs 4,167 juta atau Rs. 5.4 per Unit. Tarikh rekod untuk agihan adalah pada 21 Ogos 2019 dan agihan akan dibayar pada atau sebelum 27 Ogos 2019.

Michael Holland, Ketua Pegawai Eksekutif Embassy REIT, berkata, "Kami berbesar hati untuk mengumumkan keputusan suku tahunan pertama kami selepas penyenaraian pada 1 April 2019 dan agihan pertama kami sebagai REIT yang disenaraikan secara terbuka. Kami mengalami permulaan yang kukuh pada Tahun Fiskal 2019-20 dengan Pendapatan daripada Kendalian dan Pendapatan Kendalian Bersih (NOI) meningkat 19% Berbanding Tahun Sebelumnya (YoY). Ini dapat dicapai melalui komitmen asas kami untuk menyediakan penyelesaian ruang pejabat yang bertaraf dunia dan tersuai kepada penghuni korporat. Prestasi kami turut memperlihatkan kualiti dan skala portfolio kami, yang terus memberikan pertumbuhan organik yang mengagumkan. Kami mempunyai asas yang kukuh bagi aset-aset rendah turun naik dengan potensi pasaran-ke-pasaran yang penting, rancangan pembangunan nyahrisiko dan program pengurusan modal yang cermat."

Sorotan Utama Perniagaan

  • Pemajakan baharu semasa suku tahun ini ialah 0.6 juta kaki persegi (jkp) dengan 50.6% taburan pemajakan semula
  • Penghunian setakat 30 Jun 2019 mencecah 94.3% dengan 24.8 jkp portfolio pejabat yang telah siap
  • Projek pembangunan pejabat jangka pendek di Embassy Manyata & Embassy Oxygen berjumlah 1.4 jkp kedua-duanya merekodkan penyiapan dua suku tahun lebih awal daripada penyerahan yang disasarkan
  • 246,000 kp (atau 42% kawasan boleh pajak) yang sedang dibangunkan di Embassy Oxygen Tower 2 baru-baru ini dipra-pajak kepada perbadanan insurans Fortune 50
  • Four Seasons Hotel 230 bilik yang baharu di Embassy One dilancarkan pada Mei 2019 dan pembangunan hotel Hilton dan Hilton Garden Inn 619 bilik yang dirancangkan di Embassy Manyata mengikuti jadual dengan sasaran siap pada suku ketiga Tahun Fiskal 2021-22

Sorotan Utama Kewangan

  • Pendapatan daripada Kendalian untuk suku tahun ini meningkat 19% kepada Rs. 5,351 juta berbanding dengan Rs. 4,494 juta untuk suku tahun berakhir pada 30 Jun 2018, didorong oleh momentum pemajakan berterusan dalam seluruh portfolio
  • Pendapatan Kendalian Bersih (NOI) untuk suku tahun ini meningkat 19% kepada Rs. 4,528 juta berbanding dengan Rs. 3,818 juta untuk suku tahun berakhir pada 30 Jun 2018 dengan margin NOI bagi suku tahun mencecah 85%
  • Berjaya mengumpul Rs. 30 bilion dalam denominasi rupee, debentur tidak boleh ditukar yang disenaraikan matang pada Jun 2022, dengan hasil matang sebanyak 9.4%
  • REIT terus mengekalkan kunci kira-kira konservatif dengan Hutang Bersih kepada TEV pada c. 11%

Vikaash Khdloya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif & Ketua Pegawai Operasi Embassy REIT, berkata, "Asas perniagaan terus kukuh dengan momentum pemajakan yang mantap untuk hartanah pejabat kualiti institusi. Ini dapat ditunjukkan melalui aktiviti pemajakan kami bagi suku tahun tersebut serta rancangan kami yang mantap untuk c.0.5 jkp untuk suku tahun seterusnya. Kami terus fokus terhadap penyerahan awal projek-projek pembangunan jangka pendek kami yang berjumlah c.1.4 jkp di NCR dan Bengaluru, melalui pelaksanaan inisiatif pengurusan aset kami dan bagi mencapai kecekapan operasi selanjutnya, kesemuanya akan mendorong nilai portfolio."

Bahan Pelabur dan Butiran Panggilan Pelabur Suku Tahunan

Embassy REIT telah mengeluarkan pakej maklumat tentang keputusan dan prestasi suku tahunan, termasuk (1) penyata kewangan berdiri sendiri diringkaskan dan disatukan untuk Suku Tahun berakhir pada 30 Jun 2019, (ii) penyampaian pelabur meliputi keputusan suku pertama Tahun Fiskal 2019-20, dan (iii) buku data kendalian dan kewangan tambahan yang selaras dengan amalan pelaporan terbaik REIT global. Semua bahan ini disediakan pada bahagian Perhubungan Pelabur di laman sesawang REIT di http://ir.embassyofficeparks.com.  

Embassy REIT mengadakan panggilan persidangan pada 12 Ogos 2019 pada jam 18:30 Waktu Standard India bagi membincangkan tentang keputusan suku pertama Tahun Fiskal 2019-20. Ulangan panggilan akan disediakan sehingga 26 Ogos 2019 pada bahagian Perhubungan Pelabur laman sesawang REIT di http://ir.embassyofficeparks.com.

Penafian

Siaran media ini disediakan untuk tujuan maklumat umum sahaja. Maklumat yang terkandung dalam siaran media ini adalah berdasarkan maklumat dan anggaran pengurusan. Ia mutakhir hanya setakat tarikhnya, belum disahkan secara bebas dan mungkin tertakluk kepada perubahan tanpa notis. Embassy Office Parks Management Services Private Limited ("Pengurus") dan Embassy REIT tidak membuat sebarang perwakilan atau jaminan, dinyatakan atau tersirat, berhubung dengan, dan tidak menerima apa-apa tanggungjawab atau liabiliti berhubung dengan, keadilan, ketepatan atau kesempurnaan kandungan siaran media ini. Setiap penerima akan bertanggungjawab semata-mata untuk penilaian sendiri terhadap pasaran dan kedudukan pasaran Embassy REIT.

Siaran media ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan. Kenyataan pandang ke hadapan melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidaktentuan dan faktor-faktor lain, yang boleh menyebabkan keputusan sebenar, keadaan kewangan, prestasi atau pencapaian atau keputusan industri, berbeza dengan ketara daripada yang dinyatakan atau tersirat oleh kenyataan pandang ke hadapan. Dengan adanya risiko, ketidaktentuan dan faktor-faktor lain ini, penerima siaran media ini diingatkan agar tidak meletakkan kebergantungan yang tidak wajar terhadap kenyataan pandang ke hadapan ini. Pengurus tidak bertanggungjawab untuk meminda atau mengemas kini mana-mana kenyataan pandang ke hadapan.

Pelabur juga perlu mengambil perhatian bahawa Embassy REIT telah disenaraikan pada 1 April 2019 dan aset-aset Embassy REIT diperoleh antara 22 Mac 2019 hingga 25 Mac 2019. Oleh itu, maklumat kewangan suku tahunan komparatif telah disediakan dengan membandingkan penyata kewangan yang belum diauditkan digabungkan untuk suku pertama bagi Tahun Fiskal 2018-19 (dengan mengandaikan bahawa Embassy REIT memegang aset-aset REIT dalam bentuk semasa pada suku pertama Tahun Fiskal 2018-19) dibanding dengan penyata kewangan disatukan diringkaskan bagi suku pertama Tahun Fiskal 2019-20.

Latar Belakang Embassy REIT

Embassy Office Parks ialah REIT yang pertama dan satu-satunya yang tersenarai di India. REIT ini mencakupi 25 juta kaki persegi (jkp) hartanah komersial yang telah siap dan sedang beroperasi di seluruh India. Dengan kira-kira 8 jkp pembangunan dalam kampus yang sedang dirancang, jumlah portfolio mencakupi 33 juta kaki persegi merentas tujuh taman pejabat Gred A dan empat bangunan pejabat pusat bandar dalam pasaran pejabat berprestasi terbaik India di Bengaluru, Mumbai, Pune dan Wilayah Ibu Negara (NCR). Portfolio ini menempatkan lebih 160 penghuni korporat cip biru dan merangkumi 75 bangunan dengan kemudahan strategik termasuk dua hotel yang telah siap, dua hotel yang sedang dibangunkan dan 100MW taman solar yang membekalkan tenaga boleh diperbaharui kepada penyewa taman.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Ritwik Bhattacharjee
Ketua Perhubungan Pelabur
Emel: ir@embassyofficeparks.com
Telefon: +91-80-3322-2222

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/959202/Embassy_Office_Parks_Logo.jpg

 

Source: Embassy Office Parks REIT
Related Stocks:
Bombay:542602 India:EMBASSY
Keywords: Banking/Financial Service Commercial Real Estate Household/Consumer/Cosmetics Office Products Real Estate Retail Earnings