omniture

Amplitude lancar Engage, penyelesaian sasaran tingkah laku untuk pemperibadian kempen automatik

Amplitude
2019-08-15 00:20 208

SAN FRANCISCO, 15 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Amplitude, platform kecerdasan produk, melancarkan Amplitude Engage untuk membantu pasukan-pasukan memperkasa kempen-kempen bersasaran dengan pandangan dan segmen yang dihasilkan oleh mereka daripada data tingkah laku pihak pertama. Amplitude Engage menyegerakkan segmen-segmen tersuai dalam Amplitude secara dinamik kepada platform pemesejan dan pemasaran dalam aplikasi seperti Braze, Intercom, Marketo dan Facebook.

Untuk merintis dalam saluran yang gamat hari ini, syarikat-syarikat perlu menyampaikan pesanan yang tepat kepada individu yang tepat pada masa yang tepat. Pelaburan dalam platform pemasaran mengautomasikan pengaturan dan penyampaian, namun kebanyakan kempen masih kekurangan konteks tentang tingkah laku pengguna. Syarikat-syarikat terpaksa membuat andaian luas daripada profil demografi kerana mereka tidak dapat mengoperasikan semua tingkah laku yang mereka inginkan – khususnya tingkah laku yang berlaku pada platform sendiri (laman sesawang, aplikasi, pusat bantuan dan banyak lagi).

Dengan Amplitude Engage, syarikat-syarikat boleh bertindak melalui data tingkah laku pihak pertama mereka dengan memanfaatkan alatan analitik dan segmentasi termaju Amplitude bagi mendorong kempen-kempen bersasaran dalam platform pemasaran mereka.

"Kami telahpun melihat Amplitude Engage merevolusikan cara pasukan pemasaran dan pertumbuhan menyasarkan kempen-kempen merentas saluran penglibatan," kata Spenser Skates, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Amplitude. "Amplitude teruja untuk terus membangunkan platform kecerdasan produk yang utama di dunia bagi membantu pasukan-pasukan mengambil tindakan yang pintar menggunakan data mereka."

Tidak lagi menggunakan ledakan emel yang besar atau kempen tolak pelbagai elemen, syarikat-syarikat menggunakan konteks tingkah laku pengguna untuk mencipta komunikasi diperibadikan yang tepat pada masanya untuk segmen-segmen pengguna tertentu. Ini bermakna kurang spam untuk pengguna dan program yang lebih cekap untuk pemasar.

Amplitude dengan Amplitude Engage termasuk:

  • Segmentasi tingkah laku untuk akses layan diri kepada perjalanan pengguna yang lengkap untuk mensegmenkan dan mengesahkan audiens berdasarkan kitaran hayat, keutamaan kandungan, maklumat terdahulu penggunaan atau pembelian serta hasrat.
  • Penyasaran dinamik untuk mendorong audiens serta merta kepada platform pemesejan dan pemasaran dalam aplikasi dan/atau menetapkan penyegerakan berjadual yang mengemas kini secara automatik untuk menyokong kempen programatik.
  • Pengukuran impak untuk mengoptimumkan nilai perniagaan berulang-ulang dengan melihat secara mudah impak kempen terhadap kekerapan penggunaan, pembelian ulangan, pengekalan dan penukaran dalam-produk.

Amplitude Engage mempunyai penyambung terbina dalam kepada Airship, Braze, Facebook, Intercom, Iterable, Leanplum, Marketo serta Segment dan banyak lagi yang bakal muncul.

"Kombinasi pengalaman pemesejan utama Braze dan segmentasi tingkah laku termaju Amplitude akan membantu syarikat-syarikat mendorong penglibatan dan ROI yang lebih baik," kata Presiden dan Ketua Pegawai Pematuhan Braze Myles Kleeger. "Amplitude Engage akan menyediakan pelanggan kami dengan pandangan yang bermakna dan boleh diambil tindakan dalam platform Braze. Data interaksi kempen kemudiannya akan mengalir kembali ke dalam Amplitude, memaklumkan pandangan masa depan dan mendemonstrasikan kuasa ekosistem Braze Alloy."

Lebih 100 syarikat telahpun memperkasa kempen-kempen bersasaran dengan memanfaatkan segmen-segmen termaju yang dihasilkan oleh mereka dalam Amplitude.

"Segmentasi yang lebih baik membawa kepada penglibatan yang lebih baik," kata Emmanuel Frenehard, Ketua Pegawai Teknologi di iflix. "Dengan Amplitude Engage, iflix telah menambah baik kadar penukaran-kepada-paparan kempen dan meningkatkan pendapatan iklan empat kali ganda dengan memanfaatkan segmentasi tingkah laku untuk menyasarkan pengguna. Engage memperkasa kami untuk melaksanakan pengalaman yang amat disasarkan dan melaraskan kempen bagi mendorong impak."

Dengan Amplitude Engage syarikat-syarikat berupaya untuk:

Menyasarkan secara programatik ratusan segmen pelanggan - Platform kupon dalam talian utama Kanada, Flipp, kini mengautomasikan dengan lancar ratusan kempen diperibadikan yang telah membantu meningkatkan kadar klikan sebanyak lebih 20%.

Mengurangkan kos pemerolehan dengan pengalaman disesuaikan - Rappi, platform penyampaian atas-permintaan yang terbesar di Amerika Selatan, telah mengurangkan kos pemerolehan sebanyak 30% dengan menyesuaikan kempen tolakan dalam Braze kepada tingkah laku dalam-produk pelanggan.

Menguji dengan pesat segmen baharu - Dave, platform pengurusan kewangan, mendorong lebih 500,000 penukaran kepada produk baharu dengan menguji variasi segmen pelanggan dengan mudah — proses yang kini mengambil masa 5 saat, berbanding 5 hari.

Mengukur kesan kempen terhadap hasil pengeluaran pendapatan - Rappi menyaksikan peningkatan 10% dalam pesanan daripada pengguna baharu dengan mengoptimumkan masa kempen dan pemesejan untuk pembelian kali pertama.

Sejak awal tahun 2019, syarikat-syarikat telahpun menggunakan Amplitude Engage untuk menyegerakkan segmen-segmen lebih 550,000 kali kepada instrumen pemesejan dan pemasaran dalam aplikasi mereka.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Amplitude Engage kunjungi https://amplitude.com/engage.

Latar Belakang Amplitude
Amplitude ialah platform kecerdasan produk #1 di dunia. Kami memperkasa pasukan-pasukan untuk menggunakan data pengguna bagi membina pengalaman produk yang hebat untuk pertumbuhan. Lebih 30,000 pasukan dan 20 syarikat Fortune 100, termasuk Microsoft, Adidas, Paypal, Booking.com, Twitter, Doordash, Peloton dan Rent The Runway, menggunakan Amplitude untuk meningkatkan penukaran dan pengekalan.

Perhubungan Media
Nate Franklin
press@amplitude.com

Source: Amplitude
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services Data Analytics