omniture

ITC Infotech dan 'Automation Anywhere' Pelopori Tenaga Kerja Digital

ITC Infotech
2019-08-15 12:18 234
  • ITC Infotech akan wujudkan Tenaga Digital Pintar untuk 'Meningkatkan Potensi Manusia' dan memupuk pemusatan kakitangan dalam dunia digital baharu
  • Inisiatif untuk memberi nilai unggul kepada pelanggan ITC Infotech melalui amplifikasi digital produktiviti tenaga kerja

BENGALURU, India, 15 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- ITC Infotech, penyedia perkhidmatan dan penyelesaian teknologi global yang terkemuka dan subsidiari milik penuh ITC Ltd, memperkenalkan penyelesaian tenaga kerja digital yang unik dengan melengkapi setiap kakitangan dengan BOT digital, dengan kerjasama Automation Anywhere®, salah satu penyedia platform RPA yang terkemuka di dunia.

Mengulas tentang inisiatif ini, En. Sudip Singh, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif, ITC Infotech berkata, "Sebagai sebuah syarikat perkhidmatan teknologi yang terkemuka, kami benar-benar menerima pengautomatan dalam seluruh organisasi kami untuk 'Meningkatkan Potensi Manusia'. Kami merupakan sebuah organisasi yang komited untuk mendorong penerimaan pengautomatan dan melihat potensi besar dalam amplifikasi digital tenaga kerja kami. Inisiatif ini akan turut memberikan kecekapan yang lebih tinggi dalam seluruh penglibatan pelanggan. Kami teruja untuk bekerjasama dengan Automation Anywhere dan menerajui usaha dalam mewujudkan tenaga kerja yang benar-benar berciri digital pada masa depan."

ITC Infotech berhasrat untuk memanfaatkan Platform Tenaga Kerja Digital Automation Anywhere bagi memperkasa tenaga kerja globalnya. Dengan menawarkan BOT digital peribadi, ia akan membolehkan kakitangan mengautomasikan dan melaksanakan tugasan serta fungsi yang berulang. Sebagai sebahagian daripada penyelesaian keseluruhan, ITC Infotech dan Automation Anywhere akan membangunkan bot tersuai dalam pelbagai peranan kerja, fungsi dan jabatan di ITC Infotech.

"Di Automation Anywhere, visi kami adalah untuk mencipta dunia yang mana setiap kakitangan akan bekerja bersama-sama bot perisian atau pekerja digital, menjadikan kakitangan jauh lebih produktif dan lebih berpuas hati. Rancangan rintis ITC Infotech begitu selari dengan ikrar kami untuk mewujudkan Tenaga Kerja Digital Pintar," kata En. Milan Sheth, Naib Presiden Eksekutif IMEA, Automation Anywhere.

Penerimaan holistik Pengautomatan ini menyediakan asas untuk ITC Infotech menjadi organisasi Perkhidmatan Teknologi pertama yang membangunkan Persona Digital untuk peranan yang berbeza dalam seluruh organisasi. Dalam persekitaran kerja dipertingkat secara Digital, pembantu digital akan membantu menambah keupayaan tenaga kerja manusia dengan membina kebolehramalan dan tahap produktiviti yang lebih tinggi. Sama pentingnya, pembantu digital ini akan memberi kesan langsung kepada pengalaman kakitangan dengan meningkatkan kualiti hidup di tempat kerja.

BOT digital akan turut memberi peningkatan kecekapan kepada pelanggan ITC Infotech, melalui produktiviti yang dipertingkat daripada tenaga kerja ITC Infotech.

Latar Belakang ITC Infotech

ITC Infotech ialah penyedia perkhidmatan dan penyelesaian teknologi global yang terkemuka, dipimpin oleh Business and Technology Consulting. ITC Infotech menyediakan penyelesaian mesra perniagaan untuk membantu pelanggan berjaya dan bersiap sedia mendepani masa depan, dengan cara menghimpunkan kepakaran digital dengan lancar, pakatan khusus-industri yang kukuh dan keupayaan unik untuk memanfaatkan kepakaran domain mendalam daripada perniagaan ITC Group. Syarikat menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan teknologi kepada perusahaan merentas industri-industri seperti Perbankan & Perkhidmatan Kewangan, Penjagaan Kesihatan, Pembuatan, Barangan Pengguna, Perjalanan dan Hospitaliti, melalui kombinasi model-model perniagaan tradisional dan lebih baharu, sebagai rakan kongsi mampan jangka panjang.

ITC Infotech ialah subsidiari milik penuh ITC Ltd, salah sebuah syarikat dalam sektor swasta yang utama di India dan konglomerat berbilang perniagaan yang terkemuka. Dengan permodalan pasaran mencecah lebih US$ 50 bilion dan nilai pusing ganti sebanyak US$ 8 bilion, ITC Limited diiktiraf sebagai salah sebuah perbadanan perniagaan yang paling bernilai di India. Ia telah disenaraikan sebagai syarikat yang paling dikagumi di India oleh tinjauan yang dijalankan oleh Fortune India, dengan kerjasama Hay Group.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: http://www.itcinfotech.com/

Latar Belakang Automation Anywhere

Automation Anywhere ialah peneraju dalam Pengautomatan Proses Robotik (RPA), platform yang digunakan oleh lebih banyak organisasi untuk membina Tenaga Kerja Digital Pintar yang bertaraf dunia. Platform gred-perusahaan Automation Anywhere menggunakan bot perisian yang berfungsi bersama-sama kakitangan untuk melakukan kebanyakan kerja berulang dalam banyak industri. Ia menggabungkan RPA yang sofistikated, teknologi analitik kognitif dan terbenam. Lebih 1,400 organisasi menggunakan penyelesaian didayakan AI ini untuk mengurus dan meluaskan proses perniagaan dengan lebih pantas, dengan kadar kesilapan hampir-sifar, di samping mengurangkan dengan ketara kos operasi. Automation Anywhere menyediakan teknologi pengautomatan kepada syarikat-syarikat perkhidmatan kewangan, insurans, penjagaan kesihatan, teknologi, pembuatan, telekomunikasi dan logistik yang terkemuka di seluruh dunia.

Untuk maklumat tambahan, kunjungi www.automationanywhere.com

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/959906/ITC_Infotech_Logo.jpg

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/959907/Automation_Anywhere_Logo.jpg

Source: ITC Infotech
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Workforce Management/Human Resources Contracts