omniture

Webb Fontaine Group FZ-LLC Tandatangani Kontrak Pelaksanaan Jendela Tunggal Kebangsaan Dengan Kerajaan Nepal

Webb Fontaine
2019-08-15 23:18 191

KATHMANDU, Nepal, 15 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Susulan bidaan dua peringkat oleh Bank Dunia, Webb Fontaine Group, Dubai dianugerahkan kontrak dengan Jabatan Kastam Nepal (DOC) untuk Mereka Bentuk, Membekalkan dan Membina platform Jendela Tunggal Kebangsaan untuk Perdagangan di Nepal.

Kerajaan Nepal berusaha untuk melaksanakan Jendela Tunggal Kebangsaan Nepal (NNSW) sebagai platform kolaborasi bersepadu untuk operasi perdagangan, pengangkutan dan logistik yang akan mengoptimumkan pemprosesan maklumat import dan eksport, mengurangkan kelewatan masa selain kos dan meningkatkan kepastian dan kebolehramalan untuk komuniti perdagangan.

"Kami berasa gembira untuk bekerjasama dengan Kerajaan Nepal dalam usaha mereka untuk mengoptimumkan proses, mengurangkan kelewatan dan meningkatkan kecekapan dalam seluruh komuniti perdagangan Nepal; didorong oleh penyelesaian siap guna kami dan platform Jendela Tunggal. Jejak global Webb Fontaine terus berkembang menerusi kehadiran utama di seluruh Asia, Afrika, Eropah dan juga Timur Tengah," Didier Reymond, Ketua Pegawai Eksekutif – Webb Fontaine.

Di bawah kontak tersebut, Webb Fontaine akan melaksanakan penyelesaian siap guna termasuk semua perkakasan, perisian, perkhidmatan dan sokongan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan perniagaan yang ditakrifkan.

Objektif-objektif utama adalah untuk melaksanakan modul pelesenan untuk lebih 30 Agensi Kerajaan Lain (OGA) selain pembayaran elektronik dan sambungan yang kukuh dengan AsycudaWorld, sistem Kastam yang digunakan oleh DOC.

"Kami yakin bahawa inisiatif ini akan meningkatkan kemudahan dalam menjalankan perniagaan di Nepal dan akan memupuk ketelusan dan kecekapan dalam perdagangan luaran melalui penambahbaikan fasilitasi perdagangan, yang hasilnya kami percaya seluruh ekonomi Nepal akan mendapat manfaat daripadanya," kata En. Sushil Pandey, Penyelaras Projek, Jendela Tunggal Kebangsaan Nepal (NNSW), Jabatan Kastam, Kerajaan Nepal.

Projek ini dibiayai oleh Bank Dunia sebagai geran yang diterima oleh Kerajaan Nepal daripada International Bank of Reconstruction and Development (IBRD) / International Development Association (IDA) sebagai komponen dalam Projek Perdagangan dan Pengangkutan Wilayah Nepal-India (NIRTTP). Kementerian Kewangan, Jabatan Kastam bertindak sebagai agensi pelaksanaan untuk projek ini.

Latar Belakang Webb Fontaine 

Webb Fontaine ialah penyedia penyelesaian yang terkemuka untuk pemudahan perdagangan; dikuasakan oleh teknologi bertaraf dunia, melabur dalam pusat-pusat penyelidikan dan pembangunan yang terbesar di kawasan perdagangan. Ibu pejabat Webb Fontaine terletak di Dubai, U.A.E. dengan kehadiran di seluruh Eropah, Timur Tengah, Asia dan juga Afrika.

Untuk maklumat lanjut kunjungi www.webbfontaine.com 

Perhubungan Media:  
Webb Fontaine Group FZ-LLC
Kate Francis 
Pengurus Pemasaran & Komunikasi
communications@webbfontaine.com  
Dubai, UAE 
+971-4-449-53-72

 

Source: Webb Fontaine
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Publishing/Information Service Transportation Contracts Trade policy