omniture

Artis Rakaman Menang Anugerah Grammy dan Berbilang Platinum Ariana Grande Lancar Wangian Baharu Beliau THANK U, NEXT

LUXE Brands
2019-08-16 01:58 151

NEW YORK, 15 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Pemenang anugerah Grammy Ariana Grande, membotolkan kehebatan lagu beliau "thank u next" menjadi wangian unggul, THANK U, NEXT. Wangian yang amat dinanti-nantikan ini, dengan kerjasama LUXE Brands, akan dilancarkan secara eksklusif di Ulta.com pada 18 Ogos 2019 dan berada di kedai-kedai seluruh negara di Ulta Beauty di Amerika Syarikat serta Shoppers Drug Mart di Kanada pada 1 September 2019.

THANK U, NEXT Campaign Image
THANK U, NEXT Campaign Image

Wangian THANK U, NEXT merangkumkan lagu sensasi dan terkenal Grande "thank u, next", yang dipersembahkan julung kalinya dengan tangga nombor satu dalam carta Billboard Hot 100 dan ketika itu, berjaya memecah rekod bagi video muzik yang paling banyak ditonton dengan 55 juta tontonan YouTube dalam masa kurang 24 jam. "Thank u, next" telah menjadi frasa tahun ini, melambangkan peralihan kepada kehidupan yang lebih baik dan menjadi lebih baik; mengawal kehidupan dengan cara yang positif dan memperakui diri, sentiasa dengan rasa jenaka. Berjaya dengan kemenangan mengujakan menerusi Wangian Tahunan Terbaik 2019 untuk Cloud, Ariana memahami kepentingan untuk membina platform yang kukuh untuk jenama beliau yang seterusnya dan merupakan individu berwawasan di sebalik lanjutan francais "thank u, next" menjadi wangian. Jenama THANK U, NEXT mempunyai keseronokan dan kepekaan dengan daya penarik yang memberi kuasa kepada peminat beliau di seluruh dunia.

"Untuk kempen wangian THANK U, NEXT, Grande dan LUXE Brands sekali lagi bekerjasama dengan Hannah Lux Davis untuk menghasilkan ciptaan wangian terbaharu Grande ke dalam dunia "thank u, next" dengan lancar", jelas Noreen Dodge, Ketua Pegawai Pemasaran LUXE Brands. "Wawasan kreatif Ariana untuk THANK U, NEXT menyampaikan kombinasi daya penarik yang mengghairahkan dan kemanisan dengan sempurna, sambil menyampaikan butiran wangian terkini Ariana dengan bijak melalui cara moden dan segar yang autentik buat Ari dan unik untuk kategori tersebut."

Kata Grande, "Saya ingin menghasilkan wangian yang baunya berkaitan dengan wangian pertama saya Ari namun lebih bercirikan musim panas, maka saya menyemak semula nota wangian buar pir dan raspberi Ari dan mengubahnya dengan menambah sedikit kelapa. Saya mendapat ilham untuk mereka bentuk botol yang menonjolkan pesanan daripada lagu saya "thank u next" - kemunculan minyak wangi daripada hati yang remuk mewakili langkah maju ke hadapan daripada babak hidup yang mencabar."

Dihasilkan oleh Jerome Epinette Robertet, pakar minyak wangi dan tukang berkemahiran di sebalik Byredo dan Atelier Cologne, Jerome terinspirasi untuk menghasilkan produk olfaktif baharu menerusi wangian THANK U, NEXT. Ciptaan yang merubah bahagian edibel dengan meletakkan lapisan bunga-bunga yang indah dan kesturi bertekstur untuk ciri unik yang lebih telus namun masih adiktif kepada wangian berkenaan.

"Setiap wangian Ariana mengatasi wangian yang terakhir sebelumnya dan THANK U, NEXT tidak terkecuali. Harumannya, pempakejan dan kempen kesemuanya merupakan perlambangan sempurna pesanan terangkum secara global oleh Ariana," kata Tony Bajaj, Ketua Pegawai Eksekutif LUXE Brands. "Luar biasa bagaimana Ariana berhubung dengan peminat beliau dan berkongsi minat luar biasa beliau melalui segala-gala yang beliau lakukan. Kami berbesar hati kerana sekali lagi dapat bekerjasama dengan artis yang begitu inovatif dan mengharapkan kejayaan berterusan menerusi pelancaran wangian THANK U NEXT."

"Meneruskan tarikan dan kejayaan global Ariana Grande, kami telah mengembangkan jejak antarabangsa francais wangian beliau secara strategik. Kejayaan kami ialah hasil perkongsian bersama LUXE Brands dan rakan-rakan kongsi jualan runcit utama kami Boots dan Superdrug di UK dan secara eksklusif bersama Douglas di lebih dua belas negara," tambah Dilesh Mehta, Ketua Pegawai Eksekutif Designer Parfums.

Wangian THANK U, NEXT akan disediakan secara dalam talian di Ulta.com pada 18 Ogos 2019 dan di kedai-kedai Ulta Beauty seluruh negara pada 1 September 2019.

WANGIAN: 

Wangian Awal: Buah Pir Putih, Raspberi Liar
Wangian Pertengahan: Krim Kelapa, Kelopak Mawar Merah Jambu
Wangian Akhir: Gula Makarun, Velvet Musk  

PRODUK

Eau de Parfum Spray, 3.4 FL OZ/100 mL    $62.00
Eau de Parfum Spray, 1.7 FL OZ/50 mL    $52.00
Eau de Parfum Spray, 1.0 FL OZ/30 mL    $42.00

Semua harga merupakan harga jualan runcit cadangan pengeluar dalam dolar AS.

LATAR BELAKANG ARIANA GRANDE
Dengan vokal suara yang hebat dan kebolehan luar biasa beliau, Ariana Grande yang memenangi anugerah Grammy muncul sebagai salah seorang penghibur yang paling kuat daya penarik dan amat berjaya dalam industri muzik hari ini. Pada usia 25 tahun, beliau telah mengeluarkan tiga album jualan platinum dan melangkaui strim 35 bilion, selain berjaya menyenaraikan 14 lagu sensasi dalam senarai 10 Terbaik carta Billboard Hot 100. Baru-baru ini, Grande menjadi artis solo pertama dalam sejarah yang mana lagu-lagu beliau berjaya meraih tiga tempat teratas dalam carta Billboard Hot 100, yang belum pernah dicapai sejak The Beatles pada tahun 1964.

Ketiga-tiga lagu tersebut — "7 rings," "break up with your girlfriend, I'm bored," dan "thank u, next" — kesemuanya muncul dalam album kelima Grande thank u, next, yang menjadi kali keempat untuk beliau muncul julung kalinya di tangga No.1 carta 200 Album Terbaik Billboard. Minggu pertama album yang menakjubkan ini melakarkan beberapa catatan rekod pada ketika itu, termasuk paling banyak distrim dalam seminggu untuk album pop dan paling banyak distrim dalam seminggu untuk album oleh artis wanita seumpamanya. Grande telah memecahkan rekod bagi lagu-lagu terkenal 40 Terbaik Billboard Hot 100 paling serentak oleh artis wanita, menyenaraikan 11 lagu (termasuk lagu-lagu yang menduduki kedudukan carta teratas selama beberapa minggu "7 rings" dan "thank u, next") di wilayah berkenaan.

Sejak membuat kemunculan sulung penuh beliau dengan Yours Truly 2013 (menampilkan lagu terkenal dengan tiga pencapaian platinum yang mengubah industri "The Way"), Grande membawakan kehadiran vokal yang menarik perhatian kepada ciptaan lagu pop yang kurang jelas genre, mempersembahkan R&B, soul dan muzik elektronik dengan nuansa dan jaminan yang sama. Muncul pada tahun 2014, usaha rakaman kedua beliau, My Everything, menampilkan lagu-lagu sensasi dengan 6 kali pencapaian platinum "Problem" dan "Bang Bang." Pada tahun 2016, Grande melancarkan Dangerous Woman yang mendapat pujian pengkritik termasuk single "Dangerous Woman," "Into You" dan "Side to Side." Pada tahun 2018, album keempat Grande, Sweetener, muncul julung kalinya di tangga No. 1 dalam carta 200 Album Terbaik, menghasilkan single "God is a Woman," "breathin'," dan single utama "No Tears Left To Cry," serta memenangi "Album Vokal Pop Terbaik" di Anugerah GRAMMY® 2019. Grande, calon anugerah GRAMMY® sebanyak enam kali, ialah artis pertama dalam sejarah muzik yang mana single utama daripada lima album pertama beliau muncul julung kalinya dalam senarai 10 Terbaik bagi carta Billboard Hot 100. Sebahagian besarnya hasil daripada kejayaan "thank u, next," Grande ("Wanita Terbaik Tahunan" 2018 Billboard) merupakan artis wanita dengan Strim Utama di Spotify pada tahun 2018.

Selama bertahun-tahun, pelakon lama dan bekas bintang Broadway itu telah membuktikan skop bakat beliau melalui kemunculan dalam Scream Queens dan Hairspray Live!, serta mempersembahkan bakat komedi beliau dengan menjadi hos untuk Saturday Night Live. Dengan ikutan media sosial beliau yang kini melonjak melebihi 200 juta, Grande turut meraih pelbagai penghargaan daripada MTV Video Music Awards, iHeartRadio Music Awards dan American Music Awards, termasuk hadiah Artis Tahunan yang paling dikagumi.

LATAR BELAKANG LUXE BRANDS
LUXE Brands, Inc. ialah sebuah syarikat kecantikan global yang berprestij, mengkhusus untuk membangunkan jenama-jenama kecantikan bertaraf dunia yang menginspirasikan pengguna di seluruh dunia. Pendekatan inovatif syarikat terhadap reka bentuk, pemasaran dan pembinaan jenama dengan etos yang mengutamakan ciri digital melayakkannya meraih pelbagai anugerah dari serata dunia. LUXE Brands dianugerahkan sebagai Wangian Tahunan Terbaik 2019 bagi pihak Cloud by Ariana Grande. Portfolio penuhnya termasuk Ariana Grande, Nicki Minaj, Eau de Juice by Cosmopolitan dan Jennifer Lopez.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/960682/Thank_U_Next_LUXE_Brands.jpg  

 

Source: LUXE Brands
Keywords: Cosmetics & Personal Care Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Music Retail New products/services