omniture

Badanamu Cadets Capai Kedudukan Nombor Satu dalam Saluran Animasi Kanak-kanak Utama China

Syarikat Pendidikan British Galakkan Pembelajaran STEM di CCTV-14
Calm Island Co., Ltd.
2019-08-16 09:00 461

LONDON, 16 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- Pada 1 Ogos 2019, Badanamu Cadets Calm Island disiarkan di saluran hiburan kanak-kanak utama China, CCTV-14. Badanamu Cadets menerima respons yang amat menggalakkan daripada kaum keluarga di seluruh negara, menduduki kedudukan nombor satu dalam penarafan CCTV-14 dan nombor dua dalam penarafan antara semua saluran kanak-kanak di China. Selain itu, animasi tersebut menerima lebih 6 juta pilihan suka di saluran penstriman CCTV sepanjang tempoh 4 hari.

Badanamu Cadets capai kedudukan nombor satu dalam penarafan di CCTV-14
Badanamu Cadets capai kedudukan nombor satu dalam penarafan di CCTV-14

Badanamu Cadets ialah animasi kanak-kanak berpendidikan yang memperkenalkan dunia menarik sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). Siri ini mengikuti Bada, protagonis utama dan rakan-rakan Cadet beliau dalam misi untuk memastikan dunia Badanamu selamat daripada kerosakan dan kemusnahan. Setiap pengembaraan yang mengujakan penuh aksi, jenaka dan kejutan. Berani dan berazam, rakan-rakan Cadet mengajar penonton kanak-kanak dengan pengajaran moral tatkala mereka melepasi setiap cabaran yang dihadapi.  

Siri ini menyasarkan kanak-kanak berusia 4 hingga 8 tahun dan kini dialih suara dan disiarkan di negara-negara terpilih termasuk China, Perancis, Vietnam, Korea Selatan dan Indonesia. Semua episod juga disediakan dalam bahasa Inggeris di kedua-dua Google Play Store dan Apple App Store melalui aplikasi Badanamu Cadets . Calm Island berharap agar dapat meneruskan siri yang padat dengan aksi ini dengan musim-musim baharu dirancang untuk diterbitkan pada awal tahun 2020.

Latar Belakang Calm Island Co., Ltd.

Calm Island ialah sebuah syarikat teknologi pendidikan yang menggandingkan kandungan melibatkan emosi dengan sains dan data untuk meningkatkan tahap bacaan dan celik huruf awal alam kanak-kanak. Melalui jenama pendidikannya, Badanamu, Calm Island menyediakan penyelesaian pembelajaran di lebih 30 negara di seluruh dunia. 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190814/2551779-2?lang=0

Source: Calm Island Co., Ltd.
Keywords: Education Television STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)