omniture

CleverTap Bantu GiftAMeal Tambah Bilangan Sumbangan Makanan sebanyak 2x

CleverTap
2019-08-16 11:10 179

Aplikasi menjamu selera guna suit pengekalan pengguna terbaik dalam kategori daripada CleverTap untuk libatkan pelanggan dan tingkatkan sumbangan 

MOUNTAIN VIEW, California, 16 Ogos 2019 /PRNewswire/ -- CleverTap, platform pengekalan pelanggan tindanan penuh, hari ini mengumumkan perkongsiannya dengan GiftAMeal sebagai sebahagian daripada inisiatif kedermawanan berterusannya - CleverTap4Good. Menerusi perkongsian ini, CleverTap mengukuhkan lagi komitmennya untuk menyokong pertubuhan bukan untung dan pertubuhan sosial di seluruh dunia dengan menjadikan teknologi pemasaran lebih mudah diakses.

GiftAMeal, satu aplikasi mudah alih, membolehkan pengunjung restoran untuk menderma kepada pantri makanan tempatan dengan hanya mengambil foto santapan mereka. Sumbangan disokong oleh restoran-restoran yang membuat bayaran bulanan untuk disenaraikan dalam aplikasi tersebut dan menarik pelanggan baharu. GiftAMeal telahpun membantu rakan-rakan kongsinya menyediakan lebih 260,000 hidangan kepada mereka yang memerlukan.

Dengan CleverTap, GiftAMeal berupaya mendapat pandangan waktu sebenar tentang perjalanan pengguna, membolehkan mereka mensegmenkan pengguna secara automatik pada waktu nyata dan mengaturkan kempen-kempen omnisaluran yang diperibadikan. Dengan menggunakan CleverTap, GiftAMeal bukan sahaja berpeluang memperoleh pandangan pengguna yang terperinci, tetapi turut mencapai 15% penglibatan yang lebih tinggi dan peningkatan dua kali ganda dalam bilangan hidangan yang disumbangkan.

Andrew Glantz, Ketua Pegawai Eksekutif GiftAMeal, berkata, "Suit pemasaran mudah alih berkuasa daripada CleverTap telah membantu kami belajar bagaimana pengguna berinteraksi dengan aplikasi kami melalui analitik waktu nyata dan kami menggunakan pandangan ini bagi meningkatkan pengalaman pengguna. Kami menggunakan kempen-kempen berjadual dan dicetuskan untuk menghantar pesanan diperibadikan kepada pengguna kami, menyelaraskan usaha kami dan mendapatkan pertukaran yang lebih tinggi."

Sunil Thomas, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif CleverTap, berkata, "Hebat rasanya dapat menyumbang kembali kepada masyarakat. Kami bersyukur dapat bekerjasama dengan GiftAMeal yang berusaha untuk menginspirasikan perbuatan baik yang mudah dengan memudahkan orang ramai membanteras kebuluran dalam komuniti mereka sekaligus memperkasa pengguna untuk memberi makan kepada mereka yang memerlukan. Mendayakan mereka dalam misi ini melalui platform CleverTap benar-benar memberi kepuasan."

CleverTap ingin membantu mengubah kehidupan dengan menambah lebih banyak pertubuhan bukan untung dan pertubuhan sosial ke dalam program CleverTap4Good. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi CleverTap4Good.

Latar Belakang CleverTap

CleverTap ialah platform pengekalan pelanggan yang membantu jenama-jenama pengguna memaksimumkan nilai sepanjang hayat pengguna. Sebanyak lebih 8,000 syarikat di seluruh dunia, termasuk Vodafone, Sony, Hotstar, Carousell, Domino's Pizza, Gojek, Fandango dan BookMyShow mempercayai CleverTap untuk membawakan pengalaman diperibadikan serta meningkatkan impak pemasaran omnisaluran dalam seluruh kitaran hayat pelanggan. CleverTap disokong oleh firma-firma modal usaha niaga terkemuka termasuk Sequoia India, Tiger Global Management, Accel dan Recruit Holdings, serta beroperasi dari San Francisco, Seattle, London, Singapura dan Mumbai. Untuk maklumat lanjut, kunjungi clevertap.com atau ikuti di LinkedIn and Twitter.

Perhubungan Akhbar:
Ketan Pandit
Perhubungan Awam untuk CleverTap
ketan@clevertap.com

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/559274/CleverTap_Logo.jpg

 

Source: CleverTap
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Food/Beverages Mobile Entertainment Restaurants Retail Contracts Not for profit Data Analytics